Monday, January 31, 2011

Still Demam - Apakah Nasibku....

Salam sayang,

Entry kali nih just pendek jer, sebab sedang menaip entry sambil mengeletar tangan - tangan...kaki - kaki..dan badan...emmm....so, how your holiday pulak????

Meh ar share dengan aku...aku bile baca jer entry korang, mesti rasa best kan...banyak betul aktiviti korang buat....



kredit dari Yahoo Image

Still x baik jugak...telan 2 ketul panadol...huhuhuhu

Aku, still on da bedroom menahan kegetaran badan yang bergerak secara rawak, hanya memenuhi tahap kepanasan di dalam bilik...huhuhuhu...

Okeh..hope korang enyoy korang punyer CNY holiday....bergembiralah selagi boleh.....aku x boleh lagi...dok makan ubat.....

huhuhuhuhu..sakit kepala lorrr....:(

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Sunday, January 30, 2011

Laluan Alternatif Dari KL Ke Lumut - Tak Perlu Ikut Highway

Salam...

Semalam, hari sabtu..... aku bergegas balik dari rumah sewa di KL bersama - sama adik kesayangan aku terus memecut laju dengan kereta ikut jalan lama..xmain lah ikut highway....kadang - kadang tuh bila nak drive jauh nih perlukan adventureous ,barulah x ngantuks betul x???

so, meh aku gitau korang semalam aku ikut jalan mana.....destinasi dari rumah bermula dari area Jalan Ipoh, KL, dan destinasi terakhir aku adalah di Lumut, Perak. Aku just listout jer ek laluan yang tak payah pakai tol bayar mahal - mahal ek....so, check it out bebeh.


kredit dari Yahoo image dan Tokey Crazy Car

Korang suka x rupa kereta nih..kalu aku pakai camne la gamaknya ek???

  1. Destinasi Permulaan - Jalan Ipoh
  2. Laluan menerusi bulatan Kepong, area Brem Mall KL
  3. Teruskan perjalanan ke Jaya Jusco dan terus ke Kuala Selangor - area nih dah hujan renyai
  4. Lepas tuh, jalan punya jauh terjumpa perkampungan omputih, Desa Coalfiled -area nih pun hujan jugak
  5. Then, jumpa route mencabar suspension kereta aku, area Ijok. Jalan punya macam ular kena palu.
  6. Tau - tau ade simpang 3, amek ke kanan terus ke Kuala Selangor - area nih pun hujan lagi
  7. Laluan tuh tempuh Kuala Selangor, Assam Jawa, Sungai Buloh dan lain - lain... - area nih dah hujan dalam 2 ke 3 kali...
  8. So, alternatif jalan nih..memang tak lalu Jalan Klang dan Meru memandangkan semua orang pakat balik cuti CNY
  9. Teruskan laluan sampai nampak signboard ke Pangkor. Kalau terus ke depan, korang akan tempuh Teluk Intan pulak. So, ambillah simpang ke kiri.
  10. Laluan seterusnya adalah lalu Jambatan Sultan Idris.. 
  11. Teruskan penjalanan tanpa belok - belok..akhirnya sampai jumpe signboard ke Seri Manjung. Ambil belok ke kiri.
  12. So, teruskan perjalanan korang...sampai jumpe signboard ke Lumut. - area nih pun hujan jugak...

Emm..camne korang???Hope korang pernah lalu laluan alternatif nih...Just for sharing info dengan korang ek...Kalu nak pergi ikut laluan highway...korang kenalah bayar RM 14++ untuk tol. Kalau aku tersilap kasik info, korang please correct me okeh...bile sama - sama kasik maklumat, barulah dunia blogging bertambah ceria...betul x??

extra information dari Kay :

tol duta - bidor RM17++..
tol putrajaya - bidor RM22++


p.s : kalau korang perasaan, sepanjang aku balik ikut laluan alternatif nih, berapa kali aku tempuh hujan???Dan, sebab terlalu sayangkan kereta, aku pun terus kene Demam yang teruk giler babey...still x sihat lagi...huhuhuh..

p.s : Dan sebagai konklusinya, bila kita sayang pada kereta, kita pun terus berjangkit dengan kereta....nasib baik ar aku belum sayang wanita lagik....perh...kalu x, entah ape la penyakit aku dapat...kui3x.




Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Saturday, January 29, 2011

Ilmu VS Harta...Ohh..Baru Aku Tawuuuu..

Salam choki - choki,

Hari jumaat semalam, seperti biasa aku berjalan kaki terus ke masjid..untuk mendengar ceramah sebelum solat jumaat....seperti biasa, bila kite dengar ceramah, sure kita tersedar diri...baru tahu langit nih tinggi ka rendah ka..

barulah kita x alpa bila hidup kat atas dunia...betul x???


Kredit dari Yahoo Image
Entah bila la aku dapat ke sini.....huhuhuh

entry kali nih just nak menginsaflkan diri sendiri..takut lupa diri..so, aku pun tulislah untuk pesanan diri sendiri....kalau korang terasa pi main jauh - jauh ek....hehehhe...

mari aku mulakan mukadimah ape yang aku dengar kat ceramah semalam....okeh..so, lets roll out...

Diceritakan pada suatu hari, ada 10 orang pembesar Quraisy datang menemui Saidina Ali. Sepertimana yang diketahui, Saidina Ali merupakan gedung ilmu di waktu itu...maka 10 orang pembesar tu pun menanyakan 1 soalan yang sama dan dijawab oleh Saidina Ali sebanyak 10 jawapan yang berbeza - beza...perg....memang sangat tinggi ilmu Saidina Ali....kagum sungguh!!!!wooohaaa...

So...soalan yang ditanya berbunyi begini.

Soalan 1 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta merupakan tinggalan Qarun dan ilmu sentiasa menjaga harta yang ditinggalakan.

Soalan 2 :  Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana apabila seseorang banyak hartanya akan banyak pula musuhnya tetapi apabila seseorang banyak ilmunya akan semakin banyak pula kawannya.


Soalan 3 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta apabila digunakan akan berkurangan tetapi ilmu apabila digunakan akan makin bertambah.

Soalan 4 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana sesorang yang berharta kerap kali digelar sesuatu yang kurang enak didengar contohnya bakhil, sombong. Tetapi, seseoarang yang berilmu kerap kali digelar dengan sesuatu nama yang baik - baik sahaja.

Soalan 5 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta perlu dijaga tetapi ilmu tak perlu dijaga dan akan menjaga harta.

Soalan 6 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta akan dihisab di akhirat kelak, tetapi ilmu pula akan memberi syafaat di akhirat kelak.

Soalan 7 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta akan semakin rosak dan lusuh, tetapi ilmu pula tak akan rosak sampai bila - bila.

Soalan 8 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta kadang kala akan mengeraskan hati seseorang tetapi ilmu pula akan melembutkan hati seseorang.

Soalan 9 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana pemilik harta kadang kala akan merasa hebat dan alpa, tetapi pemilik ilmu pula selalu akan merasa lemah ketika di dunia.

p.s : alamak, apesal aku tak ingat jawapan ke sepoloh nih......aigoooo....pelupa sungguh aku...huhuhu..sory
weh..still cetek ilmu didada...kalu korang ingat, gitau aku ek..kat komen...akan dihapdet kemudian...okeh.

 p.s : ingatan pada diri sendiri agar tak alpa...pada aku...alangkah hebatnya seseorang itu sekiranya ikut resmi padi.....semakin tunduk semakin berisi....janganlah pula mengikut resmi lalang.....semakin tinggi semakin nipis......so..jangan ade orang teasa..xde kalitan hidup dan mati okeh....

bubuy..nak tengok Astro...korang pun hado kan...jom melayan...




.Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Friday, January 28, 2011

Wasiat Terakhir Part 1

Salam sayang,

Entry yang telah diauto publishkan,
mungkin sebab hari aku menulis, tetiba terasa sakit,
yang teruk.....hingga sesak...


Baju Batik Yang Di Buat Oleh Ibunda Tercinta Si Pemakai

Semalam, tepat pukul 1.43minit petang, aku telah pun selesai melaksanakan tanggungjawab aku sebelum......ajal menjemputku....harap - harap lepas pemergianku nanti adelah wakil yang lebih baik dari aku ek.....perg..giler surat wasiat yang dibuat secara terbuka.....siap boh dalam internet lagik....korang sila tarik nafas panjang - panjang ek....

So far, sebelum ape - ape bek aku dedeikasikan sajak buat korang diluar sana...please roll it bebeh...

Teman
Yang Aku Muliakan,
Perpisahan Itu....
Bukanlah Akhir Pertemuan,
Penghijrahan Itu.... 
Adalah Titik Permulaan,
Kepada Perubahan....
Dan Kejayaan
Abadikanlah....
Semangat Usaha Juang,
Untuk Membina Peribadi,
Insan Berjaya,
Dan Cemerlang,
Terima Kasih....
Teman.....
Atas Jasa Dan Budi,
Segalanya Tetap Di Kenang
Di Sanubari,
Sampai Mati.

Hasil Nukilan - Yang Aku Muliakan, Tuan Yang Terutama Roslan Moh.

okeh....selamat tinggal kalian...aku pergi dulu.

Ada hayat, kita jumpa lagik.

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Thursday, January 27, 2011

Tips Bagaimana Nak Menyayangi Seseorang

Salam sayang,

Hari nie, setelah bertungkus lumus memintak permission dari cik Emma, kenalan dari tempat yang nak kata dekat x beberapa x dekat ar....entry kali nie adalah belas ehsan dari Cik Emma ek...harap korang terhibur...dapat tips lagik....hehhehehe



Tips Bagaimana Nak Menyayangi Seseorang


1.   Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

 2.   Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

 3.   Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

 4.   Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

 5.   Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

 6.   Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

 7.   Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

 8.   BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

 9.   Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

 10.   Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun. 

p.s: So, pada aku, janganlah mainkan perasaan orang, sebab kita bukanlah sentiasa berada diatas sentiasa....Memang betul, kalau seseorang yang sayang giler babey kat korang tuh...sebenarnya dia mengalami kesukaran tahap gaban untuk lupakan korang unless...

dia permainkan korang....kencing giler - giler sampai lencun..berbau hamis yang habes....kui3x...

jom wat keje key...berseronoklah selagi boleh, nanti bila dah terkujur dalam liang lahat...dah tak boleh enjoy kt dunia....hanyalah menunggu result HAKIKI jer...okeh..bubuy.


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Wednesday, January 26, 2011

Akaun Tweeter Pun Boleh Kena 'Block'

Salam korang semua,

hari nie, kehidupan aku seperti extra biasa sikit....woohaaa...extra biasa....kire luar dari kebiasaanlah...sebab penuh x signment nak buat......

tapi xper..terpaksalah aku buat secara kura - kura....biar lambat..asalkan selamat sudah....buat mana yang boleh....dah usaha...kenelah bertawakal pulak.....betul x korang???

Oleh kerana internet kat rumah aku pun macam kura - kura....makanya..lagi lambatlah aku siap kerja kan.....huhuhuhu...empangan pecah betul ar.....(bahasa ingeris perlu disebut begini, DAMMMM betul arrr)

Nak pulak lagi - algi aku usha akaun tweeter aku kat rumah...rabak slow macam siput sedut, nyam - nyam bila dimakan....giler DAAMMMM slow...betul - betul empangan pecah....aigoooo

Sebut pasal tweeter, aku try ar chat dengan otai blogger...tibe - tibe status dia sebut gini...lebih kurang.


Tweeter si Polan bin polan telah di band oleh Tweeter????haaa...aku masih x paham ar, naper pulak tweeter yang canggih manggih tuh leh pulak bane akaun si Polan bin Polan tuh....why????why????why???porkeiyyyyy kater orang sepanyol....kui3x.


korang kalu nak follow aku, klik ar kat sebelah kanan tuh ek...okeh...


p.s: so, korang semua yang kat luar sana...pernah ker ter'bane' akaun tweeter or korang ader experinence nih....kalu ader, boleh gitau aku x kenape boleh kene bane....maklumlah aku masih perlu banyak belajar pasal tweeter burung - burung biru nih.....silap - silap kes, aku pun akan ter ' bane' oleh tweeter nanti...sebelum nasik jadi bubur, kan lebih elok tanya pada yang pakar......heheheh....

p.s: ade komen???please guide aku ek, nape leh jadi gini.....
So, sebelum aku keluar pergi tempat lainKalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Tuesday, January 25, 2011

Ungkapan Kreatif Part 3

Salam sayang,

kredit dari Yahoo Image

Hope hari nie korang terus ceria untuk buat kerja - kerja harian. Aku.....pulak..sibuk ke hulu ke hilir mencari sesuap nasik...


Oleh kerana terlalu sibuk, tetiba terus dapat idea nak bagi ungkapan kreatif part 3 dengan korang,


So..terimalah ungkapan kreatif dari aku.....

Malu Itu Perlu Bertempat...

Persoalannya

Adakah Perlu Malu Berkawan Pada Yang Tak Sudi???

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Monday, January 24, 2011

Overdose Sleeping Pills

Salam sayang,

Hari nie aku nak share dengan korang pasal figura yang akan buat korang berhati - hati makan pill tidur...

Pada sesapa yang suka sangat makan pill tidur ni, pleaselah ek..korang...korang tawukan yang aku sangat sayangkan korang...jagalah diri korang bebaik..ikut nasihat doktor dan pakar perubatan elok - elok..okeh...

Bak kata Maybeline...Kerana Anda Begitu Berharga....woollaaa...


so..let rolling bebeh...kite usha ape side effect makan pill tidur secara overdose.


Bukti Pill Tidur

Kelihatan Satu Amoi Cantek Tengah Posing Baik 


Oh....Begitu Rupanya Amoi Cantek Nih Tidur...Sangat - Sangat Sweet....



Itu Bile Korang Tengok Melalui Gambar...Tapi Sebenarnyer...Nak Dekat Dengan Amoi Cantek Nih Pon Kene Pakai Mask.....huhuhuhu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bila Di Alihkan Tangan Si Amoi Cantek.....huhuhuhu....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kesedihan Aku Tengok.....huhuhuhu




p.s : pada korang semua..please gunakan pill tidur dengan betul ek....jangan men taram jer.....okeh..bubuy....soo...korang ade selera x untuk makan tengahhari nie.....kui3x...pi muntah sekarang naaa....

source dari email aku.


:)
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Sunday, January 23, 2011

Kenali Hati Lelaki Dan Cara Memikat Hati Sanubari Teruna

Salam sayang,

Hari nie, aku nak share dengan korang pulak pasal ilmu laki - laki..asyik - asyik pasal perempuan je...kan..barulah adil camtuh...hehehehe

So far, ilmu yang aku bakal share dengan korang nih pun aku ceduk dari pembacaan dan siket - siket bercampur baur dengan ilmu yang kawan aku ajarkan....woohaa....asyik - asyik kawan aku jer yang ajarkan...haaa..xper, nanti ade mase aku reveal kat korang siapakah makluk itu....okeh...bebeh.:)

Sekarang aku akan revealkan ilmu untuk tontonan umum ek. check it out.

kredit dari kawan aku, Idzwan Syawal pasal amek figura nih pakai camera canggih...
oh yer..Carl Samsudin, aku nak jadik model figura boleh???kui3x.


Kenali Hati Lelaki Dan Cara Memikat Hati Sanubari Teruna.

1. Terima Seadaanya. 
Sejujurnya apabila lelaki berubah mengikut acuan kekasihnya, mungkin adakalanya lelaki berkenaan akan menjadi insan lain yang tak pernah dikenali sebelum ini.So, apa yang penting, tolong kenali teruna anda dan bukannya mengubah secara drastik.okeh bebeh.

2. Persefahaman Perlu Dipupuk
Tolong fahami perangai sedia ada dan sesuaikan mengikut masa dan keadaan.Itu lebih baik dari beranggapan lelaki itu tidak sesuai dengan anda. Sebenarnya, kebanyakkan lelaki sangat memerlukan dambaan kasih sayang si dara. Tetapi, atas desakan dan pengalaman pahit yang dialami...banyak juga lelaki yang tidak percayakan cinta yang penuh kejujuran. Senang citer, tolonglah fahami perasaan si teruna jugak. Nak tau camner ingin fahami perasaan si teruna...nanti ek aku share..so stay tune...okeh.

3. Berubah Untuk Kebaikkan Bersama
Lelaki amat sukar untuk mengubah perangainya jika dipaksa, kecuali lelaki berkenaan mahu. Apa yang boleh dilakukan adalah cuba mempengaruhinya sedikit demi sedikit dan berpihak kepada anda..Tapi hati - hati, ia memerlukan kesabaran yang tinggi, seperti bermain talik tali..okeh.

4. Kritikan Ada Masanya
Setiap kritikan dari sang dara sebenarnya merupakan kata - kata yang bakal merubah teruna kepada lebih bersikap defensive dan sedar tak sedar ingin sedaya upaya mempertahankan dirinya. Itulah ego. Si dara juga sama. Tetapi, adakalanya kritikan boleh menjatuhkan maruah dan selalunya teruna akan berasa sedikit kecewa atas kritikan itu, walaupun kritikan itu membina sekalipun. So, kritiklah secara berhemah ek. :P

so..camner..sokeh x tips kali ni...emm..walaupun aku lelaki, aku perlu banayk lagi belajar dari kawan - kawan yang nak share ilmu diorang kat sini...kalu korang ade tips - tips lain pulak,sharelah kat sini ek..aku sedia terima dengan penuh tangan terbuntang luas...eh..terbuntang ker terbentang???aigooo....

p.s : sapa nak jadikan aku sebagai model stokin pulak ek???janji masuk tibi...hhaha..sok2 aku tengok iklan stokin, aku akan kata kat cucu cicit aku, tuhlah kaki atok mase muda - mudi macam hangpa.....haaaa..bubuy..dah melalut ke laut.


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Saturday, January 22, 2011

Teka - Teki Teka Tengkuk

salam sayang,

Teka teki teka tengkuk....Tengkuk sapa pulak nie...aishhh...malas lar nak padam biarkan jer...baru ar nampak lain dari yang lain...betul x korang??

Emm...hari nie, aku nak share dengan korang pasal teka teki teka tengkuk nie ek..feel free to jawab kat ruangan komen...okeh...let roll it down bebeh.:)

kredit dari Yahoo Image

  1. Dalam dunia nie, bende ape yang paling besar dan paling berat.Cluenya benda tuh berwarna hijau.
  2. Kawasan manakah yang paling banyak Jawa di Malaysia?
  3. Warna hitam lawannya putih...koko lawannya aper ek?
  4. Ada sepasang baju yang siap. Masalahnya, bila dipakai baju tuh, sesiapa yang menyarungkan baju tuh akan merasa seronok giler babey...baju apakah itu?
  5. Dulu orang bengkak kaki kerana berjalan kaki, sekarang orang bengkak tangan kerana apa?

Dah..dah....so far setakat nie dulu teka teki tak tengkuk aku....so, ade jawapan...meh sini aku dengar ek...okeh...harap korang stay tune..inyaAllah ade lagi teka teki teka tengkuk aku share dengan korang ek...

lets party bebeh....wooolllahhh:)

dah sakit tengkuk x memikir???kui3x...

tarikh mereveal jawapan akan dibuat esok pagi..kalu terlajak...mungkin tengahari siket..kui3x...

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Friday, January 21, 2011

Koleksi Tips - Tips Yang Aku Dah Buat Setakat Ni.

salam kasih sayang sesama umat,


Hari nie, just nak kumpulkan balik segala list tips - tips yang aku buat dalam belog aku ni. Bukan aper, just nak share dengan korang gak dan mungkin ade kawan - kawan pembaca belog simple yang terlepas pandang or terlepas baca yang dulu - dulu punya tips....

Untuk pengetahuan korang, ade sesetengah tips yang aku paparkan kat sini memang aku ceduk dan garapkan mengikut bahasa aku pulak...kalu korang tak beberape nak paham, korang gitau aku...aku akan cuba berubah untuk kebaikkan bersama ek...inyaAllah...

Okehlah korang semua....meh lah aku listkan balik segala tips yang aku pernah paparkan kat belog simple - simple aku nie ek. harap korang terhibur...klik mana nak baca...




  1. Tip Buat Assigment - Jom Buat Sama - Sama 
  2. Tip Menjadi Pemalas Tegar... 
  3. Tip Mengurangkan Energy Badan
  4. Tips Berguna - Penawar Sakit Jantung 
  5. How to Get USD 1,000,000,0000,000 
  6. Tip Pemilihan Jam Tangan 
  7. Tip Untuk Mencapai Kecemerlangan Syarikat  
  8. Tip Kenapa Kene Minum Air. 
  9. Tip Seronok Berkerja - Sesi 1 
  10. Tip Seronok Berkerja - Sesi 2
  11. Tip Seronok Berkerja - Sesi 3
  12. Moroccan Rose - Rose Du Maroc 
  13. Korang Patut Tengok HARGA Belog Korang Kat Sini 
  14. Tip Berwajah Cantik Dan Lawa 
  15. Jangan Jadi Buta Kerana Contact Lens 
  16. Jawatan Kosong Sepanjang Masa 
  17. Pembelian Panik Minyak Masak, Kelapa Parut, Santan - Itu Mungkin Strategik Perniagaan 
  18. Tip Bercinta Berpanjangan 
  19. Tip Meredakan Kemarahan Orang Lain. Ayat Penyejuk Jiwa Raga. 
  20. Berterima Kasihlah Kamu Sebelum Kamu Diterima Kasih Kan 
  21. Kenali Pekara Yang Perempuan Benci 
  22. Mari Menimbang Berat Dan Letak Tangan Ke Dada 
  23. Kenali Pekara Yang Menjengkelkan Wanita 
  24. Kenali Hati Lelaki Dan Cara Memikat Hati
  25. Tips Bagaimana Nak Menyayangi Seseorang
  26. Tutorial Melipat Baju
  27. Ketahuilah Cinta Itu Romantik
  28. Ketahuilah Perkataan Sengal Itu
  29. Kalau Suka.....Jangan Tunggu
  30. Tip Melembutkan Dan Menenangkan Hati Sanubari.
  31. 24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu
  32. Tips Penjagaan Gearbox....Buatlah Ia Seperti Awek, Okeh
  33. No Condom - NO PLAY PLAY
  34. Semua Untuk Kamu, My Lovely Follower
  35. Tips Mendapat Ketenangan Dalam Senaman
  36. Tips Menghadapi Jerawat
  37. Tip Memupuk Minda Kelas Pertama
  38. Apekah Pasangan Itu Gula - Gula???
  39. Bila Bercinta...Dan Disalahtafsirkan..huhuhu
  40. Tips 10 Petanda Dia Jodoh Kita
  41. Penyakit Jantung Bolehkah Dicegah????
  42. Petua Untuk Mengandung - Petua Untuk Masa Kini Dan Masa Depan
  43. Ketahuilah Apa Punca Anak Derhaka
  44. Si Anu yang Baru
  45. Rumah Tangga Berkecai Nak Salahkan Saper??
  46. Pemutihan Dokumentasi Di Atas Meja
  47. Tips Menghadapi Sakit Perut | Seksa Sakit Perut
  48. Tips Jiwang - Jiwang | 70 Ayat Jiwang - Jiwang Karat
  49. Tip Menghadapi Denggi | Denggi Pembunuh
  50. Ayat Jiwang Lagi | Jiwang Karat
  51. Rahsia Mendapat Pasangan | Forum Bersama Dato' Dr.  Mohd Fadilah & Dr. Mashitah Ibrahim
  52. Tips Menguruskan Pipi Tembam | Pipi Comel | Pipi Montel
  53. Dosa - Dosa | Yang Boleh Menyekat Rezeki
  54. Tips Ketenangan | Bersama Suami Isteri
  55. Tips Kecantikan | Memputihkan Wajah
  56. Tips Seronok Berkerja Sesi 4
  57. Tip Penjagaan Anak Kecil: Jangan Dipukul Anak Kecil Yang Sedang Menangis
  58. Tips Menjadi Pekerja Yang Effektif Dan Effisen | Mental Ideaness
  59. Tips Mengelak Nyanyuk | YB. Dato' Ustaz Ismail Kamus
  60. Tips Menaikkan Semangat Anak - Anak Luar Nikah | Info Dari TV Al - Hijrah
  61. Format | Tips Untuk Mengomen | Pelajar Praktikal.
  62. Akan Datang.....dan aku terus akan hapdet...

Kalau dah baca semua...terima kasih ek...sebab baca belog nie..

So far...camner dengan list tips yang aku bagi...korang ade idea lagik...meh kongsi dengan aku pulak tips korang dengan aku....emm,kalu ade perancangan len waktu akan aku tambahkan lagi list - list tips aku nie ek....so stay tune..kalu berminat untuk tahu tips - tips aku yang baru....terjahlah selalu ek....kunjungan korang ke sini memang aku hargai sampai bila - bila...ade masa tinggalkan jejak di merata - rata ek...heheh...okeh..aku nak buat kerja balik....wooolllaaaahhh...:)

bubuy bebeh....:) 

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Thursday, January 20, 2011

Kenali Pekara Yang Menjengkelkan Wanita

Salam sayang,

Seperti biasa, aku akan try buat lagi ilmu yang berguna hasil susulan aku mengejar ilmu dari kawan aku yang pakar giler arr pasal bab awek - awek nih....aku pon heran..tah mana la dia nih belajar bab - bab nie..nak kater kat Universiti, xde pulak....aigooooo...

So so, aper la sosok...bukan sosok lah....so dan so....cam orang korea kater...so so...baru betul...kui3x...

Soso, aku nak nak kongsikan dengan korang pulak ilmu baru yang aku pun baru tahu...ek...check it out lah kat bawah tuh...

scroll down babeh...

cantik kan si Olivia Wilde nie....hehhehe
kredit dari Yahoo Image


lagi figura si Olivia Wilde nie...cair beb..
kredit dari Yahoo Image

Pekara Yang Mengjengkelkan Wanita.

1. Bergurau Kasar Ala - Ala Pemain Ragbi Di Tengah Padang
Oleh sebab girl nie lembut hatinya, kawan aku gitau janganlah bergurau x tentu pasal, takut - takut dia termakan hati....kalu korang buat contact body cam main ragbi tak per kot....woohaaa....giler ar..sure dapat kad merah.....tetttt..

2. Cepat Naik Darah.
Lelaki nie sebenarnyer cepat naik marah dan naik hangin. kadang - kadang giler kutuk - kutuk,kritik - kritik, itik - itik (camner terlekat nama binatang nier)...dan banyak lagi ar...malas nak describe....Kan bagus kalau berkongsi pendapat, itu lagi best aper...

3. Cakap Besar
Bab nie, aku tak pasti...ade yang suka buat tak tentu pasal...kire lelaki nie syok sendiri lah kan...sampai si dia tuh korang je yang terbaik di alam semesta raya...woohaa..giler ayat tendangan pada maut aku bagi....kui3x...jangan marah naaa.

4. Suka Mengawal.
Perlu aku mengingati diri sendiri, yang wanita nih bukanlah remote control Astro yang kita boleh pegang hari - hari..dan suka - suki nak tekan mana channel yang best....channel yang best, kita layan..yang tak best kita katakan 'ke lautlah ko'.....aigooo....patutnya kene cuba memahami si dia seadanya...baru best kan..kan..

5. Ego Sebesar Matahari
Woohaa....aku tukar ayat sebesar matahari.....kalu boleh aku nak boh benda yang lagi besar dari si Gajah..Gajah x beberapa besar lah..kalu nak kompare dengan matahari kan.....bende nie pon memang sangat - sangat menjengkelkan....bab nie, korang lagi arif kot..aku x pandai nak describe...

okeh...abes....pada korang pulak..ade lagi ker pekara yang menjengkelkan kaum hawa nie...kalu ade..share untuk tontonan umum..aku pon nak tawu.....jugak...okeh....jangan terasa hati pulak...

bubuy..bebeh.

p.s: ade bende nak share kat sini????

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Wednesday, January 19, 2011

Mari Menimbang Berat Dan Letak Tangan Ke Dada

Salam sayang,

Hari ini, aku nak share dengan korang pasal kejadian benar - benar berlaku di sekitar Shah Alam. Kali ni aku nak share gambar - gambar pulak dengan korang ek....stay tune dan tengok dengan teliti. Sebab, ade gambar yang kurang jelas pada nombor berdigit 2 tuh ek....kalu x selas, sila klik secara kegemokkan. Kalu x boleh nampak jugak, korang tempek kat desktop korang dan terus guna Adobe photoshop ka, ape -aper lah..asal boleh zoom sampai terjuling - juling cam Fatimah Juling....opppsss...pada Fatimah Juling, anda telah ter ' famous' kat sini....

kui3x;)

Ok..roll on babeh...

Berat No 1....dan kenyataan di belakang kad yang diberikan adelah......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makanya....orang yang berat nombor 1 sangat - sangat digilai dan perlu dikejar oleh gurl di luar sana.....

Mari tengok berat nombor yang kedua.

Berat No 2....dan kenyataan di belakang kad yang diberikan adelah......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makanya....orang yang berat nombor 2 perlu jugak dikejar oleh gurl di luar sana........

Mari tengok berat nombor yang ketiga.

Berat No 3....dan kenyataan di belakang kad yang diberikan adelah......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makanya....orang yang berat nombor 3 perlu buat aper ek........boleh bagik pendapat korang....kui3x

p.s: Pada kawan aku yang terasa....wahai sahabatku yang aku kasihi....bukanlah tujuan untuk menunjuk bagai....bukan jugak untuk mengutuk - kutuk....tapi nilai korang nih kan...boleh menghiburkan aku masa aku tua nanti.....sure aku tergelak sambil tunjuk kat cucu - cucu aku.....nenek dia entah sapa...mungkin cucu angkat kot....woohaaa..

p.s : Pada korang pulak, cuba try teka..aku terbabit ka tidak dalam aktiviti riadah kali nie...hehhehe;)


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Tuesday, January 18, 2011

BE Dari Celcom - Tahukah Aku Sudah Menggilai Kamo

Salam sayang,

Hari nie, aku nak reveal kat korang pasal first Buffer Earning aku. Kalau x silap aku, aku start dapat BE lepas beberapa hari setelah aku join BIG GATHERING area Times Square. Korang ingat x nombor nie, 

26.12.20.10.10.00.06.43.

Kalau x ingat, sila usha time gathering kiteorang reramai....


Emmm....selepas tuh...dengan tidak semena - mena aku di terjah oleh syarikat Celcom....terciptalah award tulus ihklas dalam bentuk Buffering Earning tuh....so..sebagai bukti pembelian,aku tunjukkan pada korang ek....bukan untuk sapa - sapa pon, just untuk bekal aku mengumpul duit menyambung PHD jer...korang pon tahu kan, yuran PHD adalah sangat - sangat mahal. Dalah sangat bertuah kalu Celcom taja aku cara gini, bagi BE....memang terharu sesangat.....huhuhuhu

Bukti pembelian ringgan dari Celcom - Rock Celcom

Pada syarikat yang berminat nak bagi BE kat saya, saya ucapkan terima kasih tak terhingga pada pihak - pihak berkenaan....setakat nie, syarikat Celcom berjaya mencuri hati dan sanubariku oooohhh...terharu lagik...

p.s : mungkin korang jugak berpeluang dapat BE ni nanti...dan kalu berminat bertukarlah kepada Celcom yer.....iklan siket...jom bertranform kepada Celcom....Celcom..Celcom....

p.s : Enty ini just untuk makluman korang dan aku sangat - sangat berharap korang pulak akan mendapat BE....berbeloglah secara happy dan maju kedepan...aja -aja fighting....fighing ohhh Celcom..

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Kenali Pekara Yang Perempuan Benci

Salam sayang,

Hari ini aku nak share dengan korang apa yang aku belajar dari pakar motivasi tersohor aku, iaitu kawan baik aku sendiri. Sembang punya sembang kat kedai mamak hampir 30 minit sambil melantak roti naan cheese khasmir sekeping sorang area Shah Alam memang membuahkan hasil yang giler babey gempak. Mula - mula tuh, tujuan aku cuma satu, iaitu melepaking sekejap..sambil menghirup udara bercampur baur ketiak masam mamak yang tengah khusuk menebar roti canai dan roti naan. Giler arrr berpeluh....perg...tapi aku gagahkan jugak....untuk makan...nyum..nyum..nyum...

Masa bersembang tuh kan, kawan aku nie ade dok peringat kat aku pekara yang perempuan sangat benci...banyak betul....kalu aku tak listkan..memang aku xingat arr...nasib baik aku ade akal mintak resit kosong dan 1 batang pen kat mamak tuh...untung jugak rupanya melepaking tempat mamak ni.Tempat lain hado????aku rasa nan hado kot.....kah3x.

Meh aku sharekan ape yang aku catatkan untuk pengetahuan bersama ek....

kredit dari yahoo image
Mata menawan kalbu

kredit dari yahoo image
Tengah berSMS pakwe agaknyer....


20 Pekara Yang Di Benci Oleh Wanita

1. Meninggikan Suara
2. Mengongkong
3. Cemburu Buta
4. Panas Baran
5. Kaki Rokok
6. Ego
7. Menipu
8. Main Kayu Tiga
9. Suka Cuci Mata
10. Perasan
11. Mementingkan Diri Sendiri
12. Kurang Memberikan Perhatian
13. Mata Duitan
14. Komited Terhadap Kerjaya
15. Gelojoh
16. Putar Belit
17. Tak Tahu Menghargai
18.Pengotor
19. Suka Kontrol Macho
20. Pentingkan Kawan - Kawan

So...ape pandangan korang...boleh caya ker dengan ilmu yang kawan aku sampaikan ni x???Pada aku, ada jugak betulnya....cuma bab 3, 6, 7, 8, 11,dan yang paling penting bab 13....aku rasa perempuan pon sama kot....

p.s : Dalam perhubungan, sejujurnya kita haruslah menerima pasangan kita seadanya.Kalau nak ikutkan pekara yang dibenci...pekara yang giler meluat kat pasangan kita....aku rasa sampai bila - bila pun x jumpe...sebab aku pernah dengar orang kata...No Body Perfect....jom melalak lagu korea...No Body No Body But You...okeh...chow dulu...

p.s : Jangan korang terasa pulak....just muhasabah diri sendiri jugak...kui3x...
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Monday, January 17, 2011

Berterima Kasihlah Kamu Sebelum Kamu Diterima Kasih Kan

Salam sayang,

Entry kali ini ada maksud tersirat..sila teliti dan perhatikan kalu terjumpa....eh..macamlah aku xpernah buat entry maksud tersirat.....kah3x...

Kredit dari Yahoo Image

meh aku kasi tawu korang, kebanyakkan entry aku sebenarnyer dikarang secara maksud tersirat....tapi kalu korang paham...maknyenyer....korang paham ar maksud tersirat aku.....betul x...korang memang sempoi ar..sebab baca entry - entry tersirat aku.....terima kasih sekali lagi....

Haaa...cerita pasal 'terima kasih' apeyang korang paham???adakah ayat terima kasih tuh just suka - suki korang nak sebut atau aper???

Aku percaya korang sangat suka kalau korang diucapkan perkataan 'terima kasih'...lalu korang pun terus terkinja-kinja keseronokkan dan kalu boleh nak melompat lebih tinggi setinggi langit...nasib baik lah ader dinding pemisah tingkat atas dan bawah kan.....kui3x

Dan.....pada aku, bila tengok makcik yang bersusah payah berenang dari Indonesia dan terus ke Malaysia hanya dengan berbekalkan sedikit Rupiah untuk ke seberang.....tinggal anak bini, suami.....motifnya cuma satu. Ingin mencari sesuap nasik....so, diorang xkishalah bekerja apapun hatta pemunggut sampah....yang pasti bukannya Sampah Masyarakat.Itu lebih bermasaalah. 

Makanya...alangkah bagus kiranya kalu kita mengucapkan ucapan 'Terima Kasih' pada mereka...sebab entah bila pula kita akan berada di tempat mereka....omputih kata "Think like them, as we are on their shoes".

p.s: Bukan aper, just bermuhasabah tentang diri ini, entah sampai bilakah kerjaku begini......sampai masanya mungkin aku pula menjadi pemungut sampah seperti mereka....Kalu terjumpa aku, memungut sampah, mohon orang bertegur sapa dengan aku ek....sebab aku pernah dengar kata - kata " Hari Ini Kita Di Atas, Esok - Esok Mungkin Kita Di Bawah"

p.s: sampaikan bila aku makan sekalipun, aku sangat menghargai makanan...entah sampai bila boleh makan sehebat kini.....huhuhuhu.....:(
Kredit dari Yahoo Image

Kliklah Untuk Menderma


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)