Sunday, January 23, 2011

Kenali Hati Lelaki Dan Cara Memikat Hati Sanubari Teruna

Salam sayang,

Hari nie, aku nak share dengan korang pulak pasal ilmu laki - laki..asyik - asyik pasal perempuan je...kan..barulah adil camtuh...hehehehe

So far, ilmu yang aku bakal share dengan korang nih pun aku ceduk dari pembacaan dan siket - siket bercampur baur dengan ilmu yang kawan aku ajarkan....woohaa....asyik - asyik kawan aku jer yang ajarkan...haaa..xper, nanti ade mase aku reveal kat korang siapakah makluk itu....okeh...bebeh.:)

Sekarang aku akan revealkan ilmu untuk tontonan umum ek. check it out.

kredit dari kawan aku, Idzwan Syawal pasal amek figura nih pakai camera canggih...
oh yer..Carl Samsudin, aku nak jadik model figura boleh???kui3x.


Kenali Hati Lelaki Dan Cara Memikat Hati Sanubari Teruna.

1. Terima Seadaanya. 
Sejujurnya apabila lelaki berubah mengikut acuan kekasihnya, mungkin adakalanya lelaki berkenaan akan menjadi insan lain yang tak pernah dikenali sebelum ini.So, apa yang penting, tolong kenali teruna anda dan bukannya mengubah secara drastik.okeh bebeh.

2. Persefahaman Perlu Dipupuk
Tolong fahami perangai sedia ada dan sesuaikan mengikut masa dan keadaan.Itu lebih baik dari beranggapan lelaki itu tidak sesuai dengan anda. Sebenarnya, kebanyakkan lelaki sangat memerlukan dambaan kasih sayang si dara. Tetapi, atas desakan dan pengalaman pahit yang dialami...banyak juga lelaki yang tidak percayakan cinta yang penuh kejujuran. Senang citer, tolonglah fahami perasaan si teruna jugak. Nak tau camner ingin fahami perasaan si teruna...nanti ek aku share..so stay tune...okeh.

3. Berubah Untuk Kebaikkan Bersama
Lelaki amat sukar untuk mengubah perangainya jika dipaksa, kecuali lelaki berkenaan mahu. Apa yang boleh dilakukan adalah cuba mempengaruhinya sedikit demi sedikit dan berpihak kepada anda..Tapi hati - hati, ia memerlukan kesabaran yang tinggi, seperti bermain talik tali..okeh.

4. Kritikan Ada Masanya
Setiap kritikan dari sang dara sebenarnya merupakan kata - kata yang bakal merubah teruna kepada lebih bersikap defensive dan sedar tak sedar ingin sedaya upaya mempertahankan dirinya. Itulah ego. Si dara juga sama. Tetapi, adakalanya kritikan boleh menjatuhkan maruah dan selalunya teruna akan berasa sedikit kecewa atas kritikan itu, walaupun kritikan itu membina sekalipun. So, kritiklah secara berhemah ek. :P

so..camner..sokeh x tips kali ni...emm..walaupun aku lelaki, aku perlu banayk lagi belajar dari kawan - kawan yang nak share ilmu diorang kat sini...kalu korang ade tips - tips lain pulak,sharelah kat sini ek..aku sedia terima dengan penuh tangan terbuntang luas...eh..terbuntang ker terbentang???aigooo....

p.s : sapa nak jadikan aku sebagai model stokin pulak ek???janji masuk tibi...hhaha..sok2 aku tengok iklan stokin, aku akan kata kat cucu cicit aku, tuhlah kaki atok mase muda - mudi macam hangpa.....haaaa..bubuy..dah melalut ke laut.


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

4 comments:

Seimura said...

nak jadi model? kui2.

Yutaka Mushimura said...

seimura: hahah....kalu ade rezeki...:)

Anonymous said...

i tot u are girl.nice article

Yutaka Mushimura said...

anon: oohh...:)ahcoooiii

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...