Tuesday, October 25, 2011

Tip Menghadapi Denggi | Denggi Membunuh

Ketam nipah - kredit dari Goggle
Salam,

Dah lame aku tak tulis tip - tip kan...woohaa...tukar mode kepada SUPER GUY!!!hahaha...perasaaan sudah....







okey, kali nih tip yang aku nak share nih mungkin kebanyakkan orang dah tau....tapi takperlah, aku nak tulis jugak disebabkan tip - tip berkenaan mungkin berguna untuk anak cucu cicit aku mase aku dah start jadi ATOK nanti....ce bayangkan cucu korang tanyer kat korang mase tua tuh...

Cucu: atok, cu nak siket tips pasal ayat jiwang - jiwang lah atok. Atok ader tak???
Atok Yutaka : haaa...kebetulan cu, mase muda - muda dulu atok dah tulis dalam belog atok...haa, namapk IT tak atok nih???hahahahha...

Cucu; woohaaa...atok tak buta IT lah....suker lah dapat atok camnih.....hahahahah...

dah..dah...merepek sudah. Jom tengok tip baru aku....

Tips Menghadapi Denggi

1. Mula - mula, cari daun betik muda dan tumbuk - tumbuk dan masukkan dalam air suam or air putih...kalu korang nak boh perisa pun takper kot..try lah koko ka, perisa vanila ka..tapi masukkan daun betik tumbuk tuh yer....pastuh minum....sila tahan siket, sbb memang pahit...tapi...biasalah, ubat memanglah pahit...kalu rasa manis, itu bukanlah ubat tetapi gula - gula.wooohaaaa - ikhlas dari En. Rashid berumur hampir 50an.

2. Mula - mula pergi ke kawasan nipah...pastuh mission korang adalah menangkap sebeberapa banyak mungkin KETAM NIPAH...yes, isinya yang manis dan menyelerakan membuat semua orang rasa teruja...tapi ingat, ketam jenis ini sgt - sgt RARE untuk dijumpai. pastuh masaklah, dan makan mane yang sukai.kalau minat, makan lah sekali dengan kulit - kulitnyer kalau boleh...wooohaaa.... - ikhlas dari Pn. Hali berumur hampir 40 an.

3. Perbanyakkan minum air suam dan air kosong..bukan yang manis. okey.. - ikhlas dari Pn. Fatim berumur hampir 45 an.

dah..tu jer aku nak share...selamat beramal..dan semoga korang cepat - cepat sembuh

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

2 comments:

Aleen Aiden said...

arghh teringinnye nak pegi misi mencarik ketam nipah....ok,komen mcm lari dr en3.hik3

Yutaka Mushimura said...

aleen: okey..sila cari ja kat kedai...kalu cari kat tmpt nipah2 ..takut terkene pacat pula...:)

berhati2 okey.

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...