Showing posts with label koleksi Tips - Tips. Show all posts
Showing posts with label koleksi Tips - Tips. Show all posts

Friday, November 22, 2013

Tips Menaikkan Semangat Anak - Anak Luar Nikah | Info Dari TV Al - Hijrah


kredit kat pakcik goggle
Salam semalaysia,

Sepertimana yang diketahui, kehadiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi sentiasa menjadi buah mulut masyarakat malaysia kini. Kenapa ianya terjadi?emmm, pelbagai faktor dan banyak sebab telah diwarwarkan dalam media massa, hasil perbincangan di kedai kopi....namun, sedikit sebanyak tidak banyak yang dapat kita sumbangkan..hanyalah berbual - bual kosong dan akhirnya kurang membuat tindakan yang wajar.

Monday, November 11, 2013

Tips Mengelak Daripada Nyanyuk | Y.B Dato' Ustaz Ismail Kamus

kredit kat Pakcik Goggle
Salam,

Hari ini nak updates siket pasal tips terbaru yang baru sahaja aku temui melalui koleksi tape - tape lama. Al - maklumlah, sambil - sambil buat kerja, menaip sini sana alangkah bagusnya mendengar nasyid ataupun kuliah agama yang kurang - kurang memberi kesedaran sivik kepada aku sendiri. hohohoh.

Monday, October 7, 2013

Tips Menjadi Pekerja Yang Efektif Dan Effisen | Mental Ideaness

kredit kat tuan picture nih...:P
Salam,

Sudah lama tak update blog. Biasalah penyakit statik lagi selalu melanda para pemuda pemudi blog iaitu "MENTAL IDEANESS".....wohaaaa, doktor mana pulak yang ajarkan aku term baru nih...hahahaha...hangpa jangan ingat ini penyakit orang gila ke hape ek. Ini adalah term baru timbul kot yang direka reka oleh aku sendiri...hahahhaha (malas nak check goggle, ada tak bende ni or not). Ce goggle.

Wednesday, August 28, 2013

Tip Penjagaan Anak Kecil : Jangan Dipukul Anak Yang Masih Kecil Menangis

Salam,

Hari ini saya akan memberikan tip berikut untuk keperluan dimasa hadapan. Sila baca dan tatapi dengan penuh kasih sayang kepada si kecil.

Sekian, pendek saja. mood sedang sibuk berurus niaga dengan masa.

Thursday, August 22, 2013

Tips Seronok Bekerja - Sesi 4

kredit dari pakcik goggle
Salam Ramadhan,

Dah lama tak share tip - tip untuk simpanan peribadi...heheheh. al maklumla, sibuk bekerja sana sini. By the way ( eh, teromputih pulak), eden dah bertukar kepompong dan mendapat enviroment kerja yang baru....itu jer. Harap - harap tempat baharu ini dapat memberi ilham yang lebih bagus lagi dimasa akan datang.

Tuesday, June 5, 2012

Tips Kecantikan | Memputihkan Wajah

kredit kat Levovo Image
Salam,

Lama tidak bersua...maklumla, kesibukan diri membawa eden ke dunia KESUNTUKAN MASA....so, nih updates blog pun still on curi - curi time....hehhehehe

So, let move to tajuk utama...Tips terbaru, tips kecantikan yang tetibe terjumpe minggu lepas....dalam otak eden, mesti kaum hawa pas nih try nak guna kan....hahhahaha...

Tuesday, March 6, 2012

Tips Ketenangan | Bersama Suami Isteri

Kredit kat Lenovo Picture - Kedamaian
Salam,

Entry berikut diambil 100% dari sumber yang boleh dipercayai dari seorang muslimah. Mohon untuk share bersama dan sampai - menyampaikanlah. Moga - moga kebahagian dan keharmonian rumah dan tangga diperhebatkan lagi.

Tuesday, February 14, 2012

Dosa - Dosa | Yang Boleh Menyekat Rezeki

kredit kat Goggle Image 
Salam,

Hari nih nak share 1 input yang boleh digunapakai oleh anak cucu kita dimasa depan. Semoga ilmu yang saya cuba kongsikan ini dapat digunakan oleh den dan seluruh warga bumi. hehehhe. Sebenarnya tujuan ilmu ini disampaikan untuk anak cucu kita dimasa depan. tiadalah jua ingin mengajar kalian diluar sana ek...okey.

Monday, December 26, 2011

Tips Bercinta | Cinta

kredit kat Yahoo Image
salam,
dah lame tak hapdet belog...heheh...sebab sibuk selalu...maklumlah, sekarang den dah ader aktiviti baru....hheheheh...sila jangan marah key....

so. ari nih nak kongsi tips baru yang aku ubah suai ikut suke hati aku....pulak....heeeheh..:)jom usha...

Thursday, November 24, 2011

Tips Menguruskan Pipi | Pipi Tembam | Pipi Montel

Amek dari FB seseorang yang femes ames.
Salam, hari nih aku nak kasi tips untuk pada yang bertanya benda yang sama.....okey. Sila reveal di bawah untuk maklumat lanjutnyerrrrr...heheheh

Tuesday, November 22, 2011

Rahsia Mendapat Pasangan Part 1 | Aziz Desa | Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah | Dato Dr Mashitah Ibrahim

Kredit kat video klip forum berkenaan
Salam,

Harituh aku ader promise dengan korang pasal rahsia mendapat pasangan kan. sila klik SINI kalau nak tengok yang lama...emm. So, aku dah tengok forum tuh then adalah siket - siket tips camne nak mendapat pasangan...tapi, itu cuma sekadar tips sahaja ek. ape yang penting adalah usaha, tau...USAHA.....sampai berjaya, dan jangan pula tidak percaya akan USAHA korang, sebab korang dah buat yang terbaek.

Dah. Dah...aku malas nak jadi klon USTAZ DON okey...
so, let reveal the secretlah....hehheh...opss...jangan lupe korang jangan bagi tau sesape ek...:)

Friday, October 28, 2011

Ayat Jiwang Lagik | Jiwang Karat

kredit kat Goggle Image
Salam,

Jiwang karat....pergh...tajuk tahap gaban nih...penulis belog pulak dah tak der gf mahupun isteri yang mau disayangi...hhaha...takper, sebab kalau nak bercerita pasal jodoh - jodoh nih baek ditanya Allah saja. Buat aper nak berperang mulut, berperang sesama manusia..tiada gunanya. betul tak?

Tuesday, October 25, 2011

Tip Menghadapi Denggi | Denggi Membunuh

Ketam nipah - kredit dari Goggle
Salam,

Dah lame aku tak tulis tip - tip kan...woohaa...tukar mode kepada SUPER GUY!!!hahaha...perasaaan sudah....

Monday, October 3, 2011

Tips Jiwang - Jiwang | 70 Ayat Jiwang - Jiwang Karat

Salam,

Hari nih aku nak share dengan korang pelbagai jenis dan susun kata ayat - ayat jiwang untuk dipraktiskan dimasa hadapan. oh, sebelum tuh, aku nak gitau, ayat - ayat tuh semua telah di Washinton kan...okeh...sila bukak kamus kalu anda masih tak reti - reti bahasa Washinton D.C nih...

okeh...let go bebey:)


Wednesday, July 20, 2011

Tips Mengadapi Sakit Perut | Seksa Sakit Perut

Kredit kat yahoo Image
Salam,

Hari nih aku nak share camner nak hadapi sakit perut kat korang semua....so, kalau salah sila beri tunjuk ajar yer.

okeh.Mula - mula, bila korang mengalami sakit perut, langkah yang harus korang ambil adalah seperti berikut:

Tuesday, July 5, 2011

Format | Tips Untuk Mengomen | Pelajar Praktikal.

kredit kat Lenovo Image
Salam,

Korang pernah dapat pelajar praktikal tak kat tempat korang???tuh kalu korang bekerja lah....kalu korang tak bekerja lagi.....nanti korang kerja, korang sure dapat pelajar praktikal dok bawah korang kan....so, entry nih khas untuk sesaper yang takder idea nak buat ayat untuk komen korang punyer pelajar praktikal.

berikut adelah ayat - ayat yang korang nak tempek kat komen pelajar praktikal korang...kalu korang berminat...ek...dan jgn luper kredit kat aku jugak...hahahahhaha:)

dah..dah...jom tengok aper contoh ayat komennyer...

Friday, June 10, 2011

Pemutihan Dokumentasi Di Atas Meja

Salam sayang,

Projek pemutihan berlaku untuk hari ini....projek ini berlangsung atas sebab dokumentasi yang penuh di seluruh permukaan meja aku....

haruslah ia berlaku kerana projek ini bakal mengakibatkan tahap keyakinan, tahap motivasi bekerja jugak tahap ke profesional tikamana berada di kawasan pekerjaan..

dan..aku nak ucapkan selamat menjalankan projek pemutihan di bilik sendiri...

p.s: korang ingat, kat luar ja ader projek pemutihan, aku pun boleh buat projek pemutihan....tau...bukan penyakit keputihan.....itu adelah tidak benar sama sekali....choooiii:)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Monday, June 6, 2011

Rumah Tangga Bekecai Nak Salahkan Sapa???

Salam,

hari nih, entry nih aku nak kupas sikit aper yang diperkatakan oleh Tuan ITO..sila klik SINI untuk lebih lanjutnya...okeh.

so..korang dah baca entry nyer???kalu tak baca, korang takkan paham aku yang aku nak kupas kat sini okeh...sekali lagi...sila ke SANA untuk lebih lanjutnya...

Rumah tangga bekecai nak salahkan aper ek...meh aku listkan 1 per satu..


  1. tak bersefahaman dan takder didikan agama
  2. takder toleransi sesama mereka
  3. berkahwin semata - mata nafsu dan cinta tapi tak melihat dari sudut agama
  4. berkahwin paksa..semua orang tak suka okeh...
  5. tak bertanggungjawab
  6. tak beramanah
  7. campur tangan ibu dan bapa...
  8. terburu - buru dalam membuat keputusan...
  9. tak cukup nafkah zahir
  10. tak cukup nafkah batin
  11. mungkin ader lagi...tapi aku tak listkan...sila cari sendiri...okeh :)
dan..aper kaitan nyer entry aku dengan Tuan ITO tuh??? mudah aja, kahwin bukan setakat pendidikan tetttttt..tuh..okeh...banyak lagi pekara yang perlu dipikirkan...

p.s : entry ini bukan untuk menggalakan keruntuhan rumah tangga....sila pikir dari segi positif. Perbaikilah mana - mana list diatas kiranya kalu ingin sampai ke hujung nyawa...

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Tuesday, May 31, 2011

Si Anu Yang Baru

Salam,

Siapa si anu yang baru??? adekah anu di dalam botoOoOoOol???oh..tidak sama sekali...

hari nih aku nak bagi pembelajaran baru untuk si anu....

si anu..si anu...kalu ko sukakan wanita...cepat - cepat terus terang kat si dia.....jangan tunggu lama - lama key...

si anu..si anu...pastikan wanita yang ko suka tuh rase selesa dan ko tanyerlah wanita tuh terus terang....jangan ko tafsir sendir ikut kepala otak ko sendiri...nanti badan binasa....

si anu..si anu....dan kalu ko dah suka giler kat perempuan itu...pastikan perempuan itu adelah wanita yang boleh bagi kebahagiaan kepada ko dan seluruhnya....

si anu...si anu....dan kalu ko dah nak couple sangat....cepat - cepat gitau si wanita itu...kurang - kurang, kalu dia tolak ko mentah - mentah, tak lah melarat sangat sebab tak sempat bercinta dengan dia lama - lama.

si anu....si anu....tahukah ko, wanita sangat tunggu - tunggukan kata - kata sayang dan cinta dari ko wahai si anu....ko tak caya, ko buat....but, ko jgn salahkan aku kalu ko kene dump again...ahcooooiiii...

dah...tamat..selamat berjuang wahai si anu.

p.s: cube teke, siapa si anu???? korang mesti nak tahu siapakah si anu.....sila tanya aku untuk maklumat lanjutnya.....hehhe:)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Wednesday, May 25, 2011

Ketahuilah Apa Punca Anak Derhaka

Salam,

Hari nih nak kongsi ilmu dengan korang....:)...

renung - renungkan dan selamat beramal


Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun . Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.  Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif. .. . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan  . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka  . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka ". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.  Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan  , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh . Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.  Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya  .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali .

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda . Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja . Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda .    

ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

p.s : mak..ayah...saya akan cube yang terbaik untuk kamoooo berdua....okeh:) nak cuba ilmu baru ini nanti...:)

kredit kat Yahoo Image
kucing dang tajuk entry tidak berkaitan...wooohaaaa...
meooooooowwwwww.:)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...