Friday, November 22, 2013

Tips Menaikkan Semangat Anak - Anak Luar Nikah | Info Dari TV Al - Hijrah


kredit kat pakcik goggle
Salam semalaysia,

Sepertimana yang diketahui, kehadiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi sentiasa menjadi buah mulut masyarakat malaysia kini. Kenapa ianya terjadi?emmm, pelbagai faktor dan banyak sebab telah diwarwarkan dalam media massa, hasil perbincangan di kedai kopi....namun, sedikit sebanyak tidak banyak yang dapat kita sumbangkan..hanyalah berbual - bual kosong dan akhirnya kurang membuat tindakan yang wajar.

Ya. kepada siapakah yang perlu membuat tindakan? tindakan polis kah? tindakan ustaz kah? atau tindakan pejabat agama?haaaaa. disini perlu diperjelaskan dengan lebih dalam lagi. Pada pandangan saya, perlunya pendidikan dirumah perlu diutamakan serta ibubapa sewajarnya memberikan perhatian kepada anak - anak. Di usia kecil hingga meningkat ke alam pekerjaan.

Sebenarnya, saya kasihan pada anak - anak yang tidak berdosa ini dihukum oleh orang sekeliling dengan gelaran anak luar nikah. Sekiranya diberi peluang, saya merasakan mereka pun tidak mahu melihat dunia ini melalui pemandangan dari tepi longkang, tepi tong sampah, nak lagi haru dalam tong sampah atau dalam lubang tandas....hanya dapat bernafas selama beberapa minit sudah tenggelam ke dalam lubang tandas tergaul bersama - sama najis manusia yang lain. aiiiishhh. kasihan.

ohhh.....sudah melalut intronya kan....so far, bagi golongan anak luar nikah disana...secara teknikalnya anda semua sering menjadi bahan gelak ketawa dan bahan ejekan dari sebilangan kecil masyarakat. Ya...sebilangan kecil sahaja. Namun, anda ada peluang untuk memperbaiki diri anda dan sewajarnya anda bebas dari cengkaman ejekan dan gelakan orang - orang sebegini. Nah, saya listkan tips buat anda yang saya temui dalam suatu program di TV Al Hijrah. Harap dapat membantu.

Tips menaikkan semangat kalian: Gunakan pendekatan 5H

1. Hati. Memperbaiki hati dengan sering membaca Al - Quran agar diri menjadi tenang.
2. Hampiri orang - orang yang baik budi pekerti.
3. Hindari pekara - pekara yang berdosa, tidak bagus.
4. Hajat hidup anda untuk menggembirakan Allah selalu. Buat pekara yang mendekatkan diri dengan Allah serta Rasullullah S.A.W
5. Hijrah. Berhijrahlah ketempat baharu dan berkenalan dengan orang yang baharu, moga - moga tidak dicemuh lagi.

Sekian, terima kasih.

 Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

2 comments:

NasQ said...

aik... kawen tak, tetiba ada anak ke?

bila lagi nak kawen ni?

parang kalau simpan lama lama berkarat tau...

Yutaka Mushimura said...

loh..info yang berguna apa salahnya dikongsi...

:0

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...