Monday, October 7, 2013

Tips Menjadi Pekerja Yang Efektif Dan Effisen | Mental Ideaness

kredit kat tuan picture nih...:P
Salam,

Sudah lama tak update blog. Biasalah penyakit statik lagi selalu melanda para pemuda pemudi blog iaitu "MENTAL IDEANESS".....wohaaaa, doktor mana pulak yang ajarkan aku term baru nih...hahahaha...hangpa jangan ingat ini penyakit orang gila ke hape ek. Ini adalah term baru timbul kot yang direka reka oleh aku sendiri...hahahhaha (malas nak check goggle, ada tak bende ni or not). Ce goggle.


.
.
.
.
surelah takde kat internet kan, since aku yang reka sendiri.....asyik orang barat je yang reka perkataan canggih maggih sehingga orang disini tidak langsung diberi perluang untuk kehadapan....tuuudia, ayat pedas untuk aku sendiri ek, tiada tuju - tuju or (sniper - sniper) kat orang bagai. Tapi, kalu korang terasa, aku ucapkan tahniah sebab masih ada rasa nak berubah kan. So, marilah kita berubah ke arah yang sihat lagi dapat memajukan negara 'terchinta'....:)
.
.
.
.
.
Oleh yang demikian, aku ingat nak share kat korang apa yang aku dapat masa Dr. Hj. Tengku Asmadi Bin Tengku Ahmad since beliau yang berikan talk berkenaan dengan tajuk: BIAR SIBUK JANGAN MENYIBUK tak tentu pasal (ayat 3 terakhir tuh aku tambah sendiri, bagi tambah garam, bagi tambah gula, baru sedap siket nak baca..hahahahha). So,  aku nak kongsikan kepada orang yang tengok belog biasa - biasa nih. Tip untuk menjadi pekerja efektif.

1. Tulis senarai apa yang perlu dilakukan. Kira macam checklistlah.
2. Meja yang kosong kemas dan teratur. Supaya hati pun tenang bila masuk keja.
3. Fokus dan senaraikan satu kerja dalam satu masa. Ni penting, kalu buat yang tu siket, yang ni siket..alamatnya bila nak abis.
4. Fokus pada kerja yang perting dan utama. Kira korang tengoklah dateline mana yang dekat gitu.
5. Boss perlu beri arahan dan keputusan yang jelas lagi terperinci. Kalu tak, mampus kering anak buah nak buat kerja ikut selera boss...ikut selera sendiri, masuk kicap, masuk telor goreng sibijik..lalu berikan kepada boss untuk dijamu...rupenya boss tak makan kicap....hahaha padan muka boss.

tuh jer tips terkini, anda mau tips lagi...sila tekan SINI ek.

See ya next time.

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

2 comments:

NasQ said...

tip patut diamalkan, kalau tak hanya sekadar tip yang tak berguna...

Yutaka Mushimura said...

@Tukang Karut


yup...kene amal selalu beb..:)

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...