Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Cerita Lawak | Part 7

Kredit kat Yahoo Image
Salam and selamat pagi Malaysia...

aper khabar korang semua???sihat ka? Hari nih aku nak share lawak lagi dengan korang...harap korang semua terhibur lah yer....sebelum mulai bekerja....:)

Jangan tension - tension tau....heheheh

Thursday, July 21, 2011

Sinopsis | Ending Annissa | Tamat Jugak Citer Tuh

Kredit kat Yahoo Image
 Salam,

Fuh...akhirnya...abes jugak citer nih...tuh arrr, kalau dah terjebak tengok cerita Melayu nih..nak pulak cerita yang best macam cerita Annissa tuh...memang puas hati arr stay back depan Tibi sampai lebam...hhahhahaks

so, sesape yang tak sempat tengok cerita tuh, meh aku kasi sinopsis akhir cerita nih....okeh. Tapi, aku just nak listkan jer dalam bentuk nombor. senang siket...kan. Okeh, jom usha:

Friday, July 1, 2011

End Of Keranamu Laila

Salam,

Tamat gak citer Keranamu Laila....sunggguuuhhh buat aku mencurah - curah.....aigoooo...memang ending yang giler terharu...

yer arr...Aunty May still tak berdendam dengan Fendi..siap tak amek balik harta pun.....woohaa.....ini memang kencang...dan nak paling aku haru....siap aunty May kate Fendi suami yang baik.........huhuhuhuhu..

dah2...selesai jugak kesedihan cerita nih...akhirnya Aunty May a.k.a Ghasidah Alex Abdullah meninggal....lepas tuh baru si Laila tau itu mak kandung dia....kesian....:(

p.s: kesimpulan cerita nih....jgn berdendam..jgn simpan banyak rahsia....dan yang paling penting..sila maafkan orang yeee....sekian...live from bilik berkembar:)
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Wednesday, June 22, 2011

Cerita Lawak Part 4

Salam,

lagi cerita lawak untuk dikongsi gelapkan.....woohaaaa


Zinedine Zidane Dan Nenek Tua

Keesokan hari setelah piala dunia berakhir, zidane yang dikenal sebagai kapten dari pasukan Perancis, merasa malu kerana telah gagal memberikan kemenangan kepada negaranya.

Zidane ingin keluar rumah, tapi dia malu dilihat orang ramai. Maka menyamarlah dia dengan menggunakan pakaian perempuan dan make up. Tidak jauh dia keluar rumah, ada seorang nenek memanggil, "Zidane!!!kesini!!!"

 Dia merasa malu, kerana penyamarannya sudah terbongkar. Dia segera berlari kembali ke rumah dan mengganti tema penyamarannya. Kali ini dia keluar dengan menggunakan pakaian koboi dengan topi dan kacamata hitam. Sekali lagi tidak jauh dari rumah, dia dipanggil adengan nenek yang sama, katanya "Zidane!!!mau kemana??sini dulu bro.."(Dalam bahasa prancis) Zidane yang lagi-lagi terbongkar penyamarannya, dengan kecewa dan segera berlari menuju rumah. Kemudian dia mengganti tema penyamarannya. Kali ini dia menggunakan pakaian badut dengan make-up khas ala badut dan hidung khas badut. Dia keluar rumah, dan tidak jauh dari rumahnya, dia bertemu dengan nenek yang sama, dan nenek itu memanggilnya, "Zidane!!!". Dengan perasaan kecewa karena berkali-kali penyamarannya terbongkar oleh nenek itu, dia datang menghampiri nenek itu. Dengan nada agak kesal dan geram, Zidane berkata kepada nenek itu dengan bahasa Prancis, "mau nenek apa ha??dari tadi panggil-panggil terus.."


Kemudian nenek itu menjawab dengan suara agak berbisik, "ini aku, Bartez. Aku juga lagi menyamar, jangan bising-bising ya.." 

Nenek oh nenek!!!!

Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang menuai secara manual..'mengerat' orang Kedah kata, nak elak dari panas depa pakai topi ni ... diperbuat dari rumput 'menerung' kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket...)

Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu pokok yang besar lagi rendang.Topi untuk jualan dia...dia letak la sebelah sambil mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqeh' . Terbangun la dia..dia tengok keliling, tergejut beruk la dia ...'aik!! mana pi topi aku semua?'. Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh.. .sqoh..sqeh' tu kat atas pokok. Langut la dia ke atas...Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku. Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut. Dia ambik galah..jolok- jolok keatas..tak juga dapat topi dia.Dekat-dekat nak 'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat, monyet tu pun ikut lompat semua.. Jeng...jeng. .jenggg..

 dia ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah. Dapat la balik semua topi-topi diaa...Pas waktu dia dah balik kekampung, dia pun cerita la 'keterer an' dia tu kat anak dia. Waktu berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu. Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tuuu. Waktu t/hari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi- topi untuk dijual diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , dia pun bangun dari tidur..aikkkk! !! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqehh' kat atas pokok tu.....hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia. Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya 'bodoh juga monyet2 ni..'..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak. Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba- tiba turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi tu kat ranting atas pokok tu.


Anak monyet tu langsung pi dekat telinga dia dan berbisik,
"hang ingat, hang aja ada nenekkkkkk.. .?"
 



p.s: ader lawak lagi..aku share....lagik..stay tune
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Friday, June 17, 2011

Cerita Lawak Part 2

Salam,

Hari nih aku nak tempek lagi cerita lawak dengan korang...selamat berhibur...



Pak Mat seorang duda kematian isteri, ada anak nama Bedol yg lurus
bendul.Tahap maksima kebendulannya. Pak Mat susah hati mengenangkan jika
dia mati esok siapa nak tengok-tengokkan si Bedol ni. Keputusan diambil
untuk mengahwinkan si Bedol ni dengan seorang andalusia bernama Minah.

Pak Mat:’Bedol!bapak nak kawinkan kau dengan Minah! Setuju tak?’
Bedol:’Ikut suka bapak lah!.Saya ngikut saja’,kata Bedol selamba
walaupun dia tak tahu apa itu kawin.

Dipendekkan cerita maka berkahwin lah Bedol dengan Minah.

Pak Mat pening memikirkan macammana nak ajar Bedol apa-apa yg perlu
dibuat bila tidur dengan Minah sebab si Bedol ni lurus bendul.

Pada malam pertama sebelum masuk bilik Pak Mat bisik kat Bedol…
Pak Mat:’Bedol! Sebelum tidur kau bukak baju Minah!.
Bedol:’Baik pak!’
Besok pagi masa bersarapan Pak Mat tengok muka Minah masam je lalu
sambil berbisik dia bertanya Bedol…

Pak Mat:’kau dah buat macammana yg bapak ajar?’
Bedol:’dah pak! Saya bukak baju dia’
Pak Mat:’Lepas tu kau buat apa?’
Bedol:’Saya tidur’
Pak Mat garu kepala…
Pak Mat:’malam ni lepas kau bukak baju Minah,kau selak kain kau ya!’
Bedol:’Baik pak’
Malam berlalu…beso k masa sarapan pak Mat tengok Minah masam mencuka..
Pak Mat:’Kau buat apa yg bapak ajar malam tadi Dol?’
Bedol:’Dah pak’
Pak Mat:’Kau buat macam mana?’
Bedol:’Lepas bukak baju Minah saya selak kain saya!
Pak Mat:’Lepas tu?’
Bedol:’Lepas tu saya tidur’
Pak Mat merungut-rungut krn kebendulan melampau si Bedol…
Pak Mat:’Bedol!Malam ni lepas kau bukak baju Minah dan selak kain
engkau, kau masukkan anu engkau dalam anu Minah tau!!

Bedol:’Baik pak!’
Besok paginya Minah tak keluar sarapan sebagaimana biasa.Pak Mat
tersenyum memikirkan tentang keberkesanan ajarannya kat Bedol.Tiba-tiba
dia nampak Minah dengan wajah yg lagi masam dr semalam.Dahla macam tu
berjalan pun dihentaknya kaki kuat-kuat.

Pak Mat pandang Bedol…
Pak Mat:’kau dah buat macam bapak ajar malam tadi Dol?’
Bedol:’Dah pak!
Pak Mat:’kau buat macam mana?
Bedol:’Saya bukak baju Minah,saya selak kain saya dan masukkan anu saya
ke dalam anu Minah’

Pak Mat:’Bagus! Lepas tu?’
Bedol: ‘Lepas tu saya tidur’
Pak Mat betul-betul bengang dgn si Bedol..Takkan yg tu pun dia nak ajar
jugak…baik dia je yg kawin dgn Minah…seharian dia mundar-mandir
mencari idea…last- last idea pun datang dan dia pun bisikkan kat
Bedol…..

Pak Mat:’Bedol!Bapak nak tolong engkau ni tapi bapak tak buleh le
sebilik dengan engkau,bapak kat luar pintu je.Macam ni.lepas kau bukak
baju Minah,lepas kau selak kain engkau dan lepas kau masukkan anu engkau
dalam anu Minah kau tunggu bapak bunyikan botol,bunyi pertama kau sorong
anu kau dan bunyi kedua kau tarik anu engkau..begitu lah seterusnya,
faham? ‘

Bedol:’faham pak!janji bapak tolong Bedol ye!!’
Malam menjelang, Bedol dah ready menunggu bunyi botol,Pak Mat kat luar
pintu, setelah pasti Bedol dah bersedia dia pun”TOING” ketukan
pertama,Bedol pun sorong,”TOING” ketukan kedua Bedol pun tarik…
begitu la kerja Pak Mat….dia terdengar rengekan dari Bedol dan
Minah.dia berasa seronok kerana berjaya membuatkan Bedol bertindak sbg
seorang suami sejati…Last- last dia terdengar Bedol menjerit…
apa yang dijeritkan tu!!KUENG KUENG KUENG

Bedol: ’Bapak! !Boleh lajukan ketuk botol tu tak?Apasal lembab sangat?
Pak Mat: #$%^*&)(*_)+++

Cucu & Atok

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi.
Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."
Atuk: "Tak sama apanyerr???"
Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"
Atuk: "?...?...?...?...?...?" 

Dua Puluh Sen

tersebut alkisahnyer..... adalah di sebuah kampung... namenyer kampung Hulu. Pak Imam nyer memang hari hari setaip masuk waktu p masjid, masuk waktu pi masjid. Ade lah satu hari ni, time tu masuk ler waktu zuhur, tok imam ni pun p la amik basikal die nak mengayuh p masjid kpg hulu, on the way die nak p masjid tu, lalu ler die kat satu umah tu, tiba2 die ternampak seorang budak dalam lingkungan 5 tahun tak pakai seluar ngan sedang berlari2 kat depan halaman umah. Tok imam tu apa lagi, panggil ler budak tu. Tok Imam: budak, mai sini sat. Budak: ye tok imam, naper ni? Tok Imam: hang ni tak pakai sluar psai apo? Budak: mak tak bg. Tok imam tu pun mengelengkan kepala lalu memberi wang kepada budaktu tadi. Tok imam: hang p bag kat mak ni 10 ringgit, suruh p beli seluar. budak tu pun dgn happy nyer pun p la panggil mak dier dan mencerita segalanyer. Mak budak tu pun td merasa terharu. Die pun berfikir lah... kebesokkan harinyer...time nak masuk waktu zuhur, tok imam ni pun nak gi masjid. lalu lah kat depan umah yg smalam. tiba2 die ternampak lagi seorang budak pompuan dalam umur lingkungan 12 tahun tak pakai seluar sedang berlari2 kat depan umah. pak imam pun mengeleng kepala nyer lalu memanggil budak popuan itu td Tok imam: awat tak pakai seluar? budak pompuan: mak tak bagi. Tok imam: tak cukup kot duit bg smalam, tak per la...hang amik duit ni 20 ringgit ni p bg kat mak sruh beli seluar. ape lagi, budak pompuan tu happy nyer, pastu bgtau la kat mak dier.... emak dier berfikirlah lagi..."klo budakkecik 5 tahun bg 10, 12 tahun 20 ringgit... klo umur lagi tue, lagi byk ler.... " kebesokkan hari nyer... tok imam pun lalu lah kat depan umah tu seperti biase. tiba2,tok imam ternampak mak budak tu tak pakai seluar sedang berlati2 kat depan umah. tok imam aper lagi.... gelang ngan terhangguk terus.die pun panggil la mak budak itu. Tok imam: awat hang tak seluar? mak budak itu pun malu2 tersipu2 tak tau nak jwb...sbb die fikir nak duit lebih dari tok imam.... pas tu tok imam pun menyeluk saku nyer nk bagi duit... Tok Imam: nah! amik dua posen ni, p beli gillete(Mate pencukur),cukuq bulu lebat tu.... hahahhahhahahhahha............. epas tu...mak tu pun blah la...

Ungkapan cinta

Teruna: "Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."
Cewek: "Apakah kau rela kalau aku pergi?"
Teruna: "Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu."
Dara: "Apakah kau mencintaiku?"
Teruna:"Tentu! Selamanya akan tetap begitu."
Dara: "Apakah kau pernah berlaku curang?"
Teruna: "Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."
Dara: "Maukah kau menciumku?"
Teruna: "Ya..."
Dara: "Sayangku... Sesudah 5 tahun nikah..."
Sila baca dari bawah ke atas.

p.s: esok - esok...ader mase lagi aku share lagi dengan korang...:)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Tuesday, June 14, 2011

Seth Terkantoi Dengan Nora Elena

Salam sayang,

emm..camner tengok cerita Nora Elena semalam...best tak????haaaa..baru korang tau saper Seth....nampak baik di mata...di hati siapa yang tau....

so..girl - girl kt luar sana..still sukaaa kat Seth lagi tak???aku rase tidak lagi...hhahhah...all men, mari bergumbira...:)

tuh jer aku nak cerita....em, aku rase aku nak carilah novel tuh nanti, aper ek tajuk dia??

p.s: moral of story, kalu tak nak nampak silap, kene buat pengakuan dulu...cam ustaz tuh kate...:)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Friday, June 10, 2011

Permohonan Untuk Menutup Sementara Belog Rising Sun Awaken Moon

salam,

Alert. Alert. Virus Has Been Detected.

Terdapat virus - virus sedang melanda belog Rising Sun Awaken Moon. Ia adelah sebuah virus yang berasal dari   Bilik 404 version 2. Berkemungkinan belog ini akan di tutup sementara bagi tujuan penyelenggaraan. 

Di harap, semua yang singgah di belog ini boleh memberi laluan kepada Yutaka Mushimura menjalankan kerja - kerja penyelenggaraan. Jangkamasa penyelenggaraan tidak dapat dijangka sama sekali.

Semoga kalian sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Allah serta penuh rezekinya...insyaAllah.

p.s : belog ini akan secara automatisnya tertutup pada pukul 12.00 pagi bermula 11 Jun 2011.

segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian.
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Pemutihan Dokumentasi Di Atas Meja

Salam sayang,

Projek pemutihan berlaku untuk hari ini....projek ini berlangsung atas sebab dokumentasi yang penuh di seluruh permukaan meja aku....

haruslah ia berlaku kerana projek ini bakal mengakibatkan tahap keyakinan, tahap motivasi bekerja jugak tahap ke profesional tikamana berada di kawasan pekerjaan..

dan..aku nak ucapkan selamat menjalankan projek pemutihan di bilik sendiri...

p.s: korang ingat, kat luar ja ader projek pemutihan, aku pun boleh buat projek pemutihan....tau...bukan penyakit keputihan.....itu adelah tidak benar sama sekali....choooiii:)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Thursday, June 9, 2011

Tarah - Tarah Bukit Adelah Sesuatu Yang Merugikan

Salam,

tajuk entry nih ader kaitan dengan bukit - bukit..or gunung ganang....al - maklumlah kan negara kita banyak pembangunan di lereng - lereng bukit...banyak mana pembangunan lereng - lereng bukit tuh, sila tanya pada yang  pakar...okeh.

so, cube korang kaji dari sudut peperangan pulak.....mana yang senang..

  1. kalu musuh datang, dia mudah keluar masuk dari mana....mestilah kawasan yang lapang kan....
  2. bukit - bukau nih sebenanrnyer benteng negara....ce cube korang try pikir camner nak serang musuh korang, kalu musuh korang tuh dok atas bukit.....melainkan bom je bukit tuh ye dak???kalu just direct ja, sure korang kalah, unless korang adelah RAMBO...tengok aja cerita bukit kepong tuh..


p.s: ce cube tengok Kongming serang Cao Cao, walaupun sikit ja tentera Kongming & Liu Bei, tapi still dapat kalahkan Cao Cao, sebab berperang di kawasan bukit or tanah tinggi...so, sila hentikan pembangunan di kawasan tanah tinggi dengan segera...hahahahah:) choi kan aku..:) aku teringin nak jadi ahli strategist...cam Kongming....sape2 leh jadi sifu aku, aku mau jadi protege anda...:)
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Wednesday, June 8, 2011

Jom Selidiki Tingkahlaku Seth Terhadap Elena

Salam,

Kemaruk cerita Melayu...yes..korang sure layan jugak cerita Seth dan Nora Elena...tuh kan...aku pun sama....woohaaa....memang cerita yang best...tak caya pi layan sendiri....

oh yer...entry kali nih, aku nak listkan segala tingkahlaku Seth lepas kahwin dengan Nora Elena...harusnya kene simpan list ini, mungkin berguna satu masa nanti...:)ahcoooiiii....betul lah..

dah2..tok sah mengarut ke laut..meh aku listkan 1 - 1


  1. mula - mula seth menerima seadanya si Nora Elena, walaupun dia tau Nora bukan suka kat dia pun...giler berani....
  2. lepas kahwin, tidok bawah katil, kasi Nora Elena tidok sorang - sorang...
  3. cuba makan masakan yang disukai si Isteri dan family mertua
  4. sentiasa pikir yang baik - baik je kat Isteri
  5. bercakap dengan penuh lemah lembut dan takder paksaan
  6. sentiasa cool dan tenang di depan Isteri
  7. cuber untuk menjadi perwatakan comel - comel gitu...
  8. beli bunga sekuntum, lepas tuh sejambak..lepas tuh sebonet...lepas tuh selori...lepas tuh sekapal..
  9. banyakkan tolerensi dan hidup harmoni...kurangkan bercakap
  10. dan banayk lagi....nanti aku hapdet lagi....;0
p.s : ader lagi tak list yang terlepas pandang, sila komen untuk disimpan di masa tua...:)


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Saturday, June 4, 2011

Sayangku - Nak Try Tiru Gaya Seth 1 Kali

Salam,

sayangku....eh..jap..jap..ini adelah promotion untuk tah sesaper yang menjadi kekasih gelapku...wooha...

okeh..sambung balik.

sayangku....cintaku...kasihku.....saya mau awak tau saya suka sama awak....Saraheyooo....

okeh..simple...but..hanya akan diungkap secara jelas sambil bisik - bisik ditelinga biler jadi kenyataan...wooha...

tapi....sekarang...hanya mampu tengok Seth dan Nora Elena ja camnih.....aiiigoooo....:)

Tuan TK lagi expert bab - bab nih...oh yer, Taliff pun hebat jugak.

p.s : pada Miss Molecule....cepat2 kahwin okeh...jangan luper jemput aku sekali gi makan kenduri....hehehheh

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Sunday, May 22, 2011

Berita Tergempar - Runtuhan Tanah Di Hulu Langat

Salam,

Info terbaru...mengenai kejadian tanah runtuh yang membabitkan Rumah Anak - Anak Yatim Hidayah, Madrasah Al - Takwa Jalan Felcra Semungkus Batu 14, Hulu Langat.....huhuhuhuhu...angka korban 10 orang maut dan 6 orang masih dalam pencarian.....

Ya Allah, selamatkan mereka Ya Allah....amin....marilah sama - sama memohon doa agar dimudahkan misi pencarian ini...amin...

Mahu lihat info lagi....jom klik SINI dan SINI

p.s : moga lancarlah operasi malam ini dan keesokkan harinya...amin....Tuan TK....ape kater pihak anda pulak???huhuhuhuhuhu

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Saturday, May 21, 2011

Terlayan Cerita Retro Diao Chan..

Salam,

hari nih, aku dok rumah dan tengok tivi....takder kerja...pasang tivi channel 7...tengok cerita cina lame - lama siap ader syair ala - ala opera gitu ....hahahahha...aper lagi aku tengok cerite tuh dari mula sampai abes....sebab aku kan peminat cerita sejarah cina....

pasal siapa Diao Chan nih...wanita nih adelah salah seorang dari 4 wanita tercantik dulu kala kat negeri China...dan ader kaitan dengan zaman Dinasti Han, emmm...mase zaman pemerintahan kuku besi pemberontak Dong Zhou dan General Lu Bu...nak tau lebih lanjutnyer...sila Goggle SINI

ini Diao Chan yang aku amek dari Yahoo Image..okeh:)

so...nak dijadikan cerita...mission Diao Chan nih nak membunuh pemberontak tuh ek...tuh jaaa..

p.s : Rambut sama hitam, hati lain - lain....even wanita/ lelaki pun, kita tak boleh jangka okeh...pesanan untuk diri sendiri...jangan mudah tertipu, dengan sandiwara dunia....cantik itu bonus....yang penting itu hati...

renung - renungkan dan selamat beramal...woohaaa!!!!

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Saturday, May 7, 2011

Kau Mawarku..Ibuku...

Salam,

Hari nih aku nak tribute entry ini untuk ibu yang mencurah kasih sayang tak berbelah bagi...

Mula - mula, sila scroll bawah dulu....okeh..dan hayati lirik lagu dibawah...korang klik dulu lagu tuh, pastu continue baca..baru ade sebak siket...hhahahk:)



Mawar Putih Untuk Mamaku Sayang...

Kau Sinaran Bulan,
Menyerikan Bintang - Bintang,
Kaulah Fajar Yang Menerbitkan Pagi....

Kau Sirami Embun,
Menyegarkan Pepohonan,
Kau Bukakan Tadbir Siang Untukku...

Chorus

Kau Berikan Mama,
Kasih Sayang Maha Suci,
Betapa Agungnya Tiada Ternilai...

Ohhh Mama,
OOOoooOOOooo Mama,
Tiada Cinta Yang Murni,
Setulus Cintamu....

Ku Suntingkan Mama,
Sekuntum Mawar Putih,
Sebagai Lambang Kesucian Cintaku...

Repeat Chorus

Ohh Mama,
OOOooOOoooo Mamaaaaku,
OOOoooOOOooo Mama...


Emm..wahai ibuku yang aku kasihi, sungguh anakmu ini sentiase jauh darimu....sungguh...tiada pula berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa untukmu....walaupun hati ini senantiase membuak - buak untuk balik kampung....tapi, apekan daya...ade jaaa Test lah, Assignment lah, dan anakmu ini tidak pantas untuk memberikan seribu alasan berbanding pengorbanan mu, wahai ibuku yang ku sayangi. Tidak pernah pula ibuku memberi seribu alasan tatkala membesarkan anakmu ini....

Wahai ibuku yang ku kasihi, tolong maafkan anakmu ini..dari segala segi...dan janganlah berkecil hati...janganlah gundah gulana...inyaAllah, minggu ini dah abis exam...dah tak der masalah....so, bolehlah balik ke kampung kan....hehehe...aper nih..aper nih...spoil mood sedih...

jap..jap..sambung mood sedih balik okeh

Wahai ibuku yang ku cintai, bila terkenang akan segala kasih sayang yang diberikan...rase memang dunia yang    begitu aman, tenteram dan penuh kebahagiaan...terima kasih ibuku...terima kasih...tapi, biler terkenangkan apa yang anakmu lakukan untukmu, wahai ibu....memang terharu...tak sama pengorbananmu dan anakmu ini...maafkanlah anakmu ini sekali lagi....maafkanlah...dari hujung rambut sampai hujung kaki....

dan, sempena HARI IBU...anakmu ini ingin mengucapkan...

SELAMAT HARI IBU pada Ibuku yang ku kasihi....yang ku cintai, yang ku sayangi..yang ku....emmm aper lagi .....ah doooiiiii..

p.s : wahai ibuku, nanti kalu saya balik kampung, kiter gi jalan - jalan ek...nak tak???ibukulah jua mengubat rindu, mengubat hati duka lara....dari dunia dan akhirat....tiada lain....hanya punya seorang ibu yang cekal dan penuh ketabahan....terima kasih ibu...

p.s : al, sila beritau ibu kite...ini buat ibu kite okeh....:)dah...kalu sedih2...sila kesatkan air mata ibuku yer, al...hahahks:) 



Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Wednesday, April 27, 2011

KRU TV...Aper Pandangan Korang..

Salam,

cerite pasal KRU TV...woohaaa..sudah bertambah koyan - koyan trio KRU nih kan....tuh la pasal, mak aku suruh aku jadi doktor gaji beso...tapi nak jugak aku memilih jadi ape yang aku jadi sekarang....dan dah tak kaya cam trio KRU tuh.....hahahahks...melawak ja weh...

so..jom usha info terbaik hasil dari Budiey nih

Banyak kan..hiburan sekarang nih....aigoooo....nih tambah 1 lagi channel...channel yang dah ader sekarang nih pun aku tak habis hadap.....hahhahhaaks....biler mau belajar daa..asyik ja tengok tv - tv...huhuhuhu.

oh yer..jangan luper tinggalkan pendapat korang kat sini...aku nak dengar....:)
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Tuesday, April 26, 2011

Follow Lori Dan....Tayar Terpelanting

Salam,

Malam tadi..area pukul 8.30 malam...aku dan kawan aku baru ja keluar lepas beli tiket bas dia kat area Hentian Duta...

Dan...sempat lagi aku try test suara aku yang tak beberapa sedap cam itik serati nih kat bilik kedap bunyi...token lagu pun bubuh 5 token ja.....kater try...haruslah siket..takkan nak bubuh 10 lagu kan.....dah suara aku cam itik serati....hahhaks.

Sebelum abis melalak memanggil itik serati pulang, aku dan kawan aku try satu lagu nih....Tiada Kata Seindah Bahasa - P.Ramlee style..dan aku tukar node jadi pitching tinggi 1 kali, style Monolog...hahahaks....semakin meninggilah gaya aku memanggil itik serati pulang ke ganggang....

pastuhkan...kiteorang pun pulang.....follow sebuah lori dan dengan semena - menanya tayar belakang lori tuh tercabut....perg......dah cam cerita ROMBONGAN CIK KIAH kan...hahahha...nasib baik lori tuh tak bawak laju - laju sampai cucur atap....kalu tak, dengan aku sekali tayar tuh bedal....gilos hiloros.....ehh...bahasa aper tuh!!!!

p.s: biar bawak pelahan - pelahan...ingatlah orang yang tersayang, tercinta or ape - aper ter...lah ek...:)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Wednesday, April 20, 2011

Putusnya Tali Persahabatan

Salam,

Korang perasaan tak..dalam dunia nih...Dajjal dok tipu kita...semua bende dalam dunia nih kekal....tapi...SEBENARNYA semua bende adalah tak kekal....

camtuh gak dalam perhubungan kawan dan rakan sekerja....setelah kawan bagai nak giler....setelah bekerja bagai orang separuh mati...tapi disebabkan satu pekara..terus membuatkan kita terpinggir dan jauhhh dari mereka....mungkin....

mungkin sebab terlajak perahu....mungkin terlajak kata....mungkin terlebih cakap....dan mungkin sebab Simpan Pada Almari....

p.s : kesimpulannya, semua bermula dari MULUT dan HATI....so, paham tak kenapa Nabi S.A.W tak cakap banyak???


kredit to Yahoo Image

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Saturday, April 16, 2011

Balasan Allah Jua Pasti Menanti Pada Yang Hak

Salam Sayang,

Ini adelah entry marah....sila jangan kasik orang lain marah jika tak mau dikasari oleh orang lain....okeh.

Adelah dimaklumkan aku sedang berkeadaan marah....dan nak sambung entry pasal SAMPAH.

tak tau entry tuh....sila klik SINI

Dan, biler cerita pasal SAMPAH, aku akan ingat tarikh April yang amarah......

Dan, biler tengok result macam SAMPAH, aku kembali MARAH.

Konklusinya,

MARAH dan SAMPAH buat aku MENYAMPAH. itu jaaa....tata.titi tutu.

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Monday, April 11, 2011

Makan Sampah Ker Kami Di Masa Depan

Salam sayang,

Wahai web blog yang aku cintai....



kredit dari Yahoo Image

Hari ni..aku nak share kisah di balik MAKAN SAMPAH.....adekah korang tau....zaman sekarang...kerja semakin sukar nak dapat....lelaki tiada pasangan sebab khuatir bini or anak diorang MAKAN SAMPAH....perempuan semakin pandai..semua nak masuk universiti...woohaa....memang perempuan sekarang sangat pandai.....itu aku tak menafikan....

So..berbalik dari MAKAN SAMPAH.....berbalik dari faktor kekurangan kerja di sini....bukan kat sini ja...seluruh dunia.....hatta kat Bangladesh pun nak makan nasi ka..nak makan bende len ka..mesti MAKAN DENGAN CILI...supaya boleh minum air banyak - banyak..sampai kenyang.....Ss...please.....buatlah sesuatu agar cucu cicit...dan orang len boleh makan nasi, makan ayam supaya sihat sejahtera......BUKAN MAKAN SAMPAH akibat nak DAPAT KERJA PUN SUSAH....

p.s : maklumlah, dunia zaman sekarang kene survive...LIFE is WAR. Jangan biarkan semua masyarakat terpaksa MAKAN SAMPAH untuk hidup. MAKAN TELUR BUSUK sebab TELUR BUSUK menjadi murah..dan boleh dikategorikan sebagai SAMPAH...

dah...esok aku belasah lagi...

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Monday, April 4, 2011

RM 3672.90...Nilai terkini....akan diterjah

Salam sayang,

Hari nih nak cerita pasal duit. Korang mesti nak terjah kan, bile ader orang cerita pasal duit..maklumlah, dunia kini amat mementingkan duit, even nak kahwin pun pakai duit riban - riban..melebihi RM 3672.90. hahahhaha...


kredit dari Nur Diana

sekarang aku nak tanyer korang, kalu korang perempuan kan..aper sebab korang or family korang mencekik darah biler bab duit - duit hantaran kahwin nih???ce citer sebab aper okeh....please...any women in da world, respon pleaseeee.....bakal bini Tukang Karut pun boleh respon..okeh...

p.s : untuk pengetahuan korang, RM 3672.90 tuh timbul sebab aku mimpi pagi tadi.....kire baru ja bangun dan terus pegi kerja.....hahahahah...ader kaitan tak dengan hidup aku....hanya Allah yang Maha Tahu.

p.s : kalu aku tengok cerita Arrival, lepas nih kita beralih matawang ke Israel...dan bertukar ke Duit Elektronik...so, please simpan duit yang ade sekang elok - elok...


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...