Saturday, May 7, 2011

Kau Mawarku..Ibuku...

Salam,

Hari nih aku nak tribute entry ini untuk ibu yang mencurah kasih sayang tak berbelah bagi...

Mula - mula, sila scroll bawah dulu....okeh..dan hayati lirik lagu dibawah...korang klik dulu lagu tuh, pastu continue baca..baru ade sebak siket...hhahahk:)



Mawar Putih Untuk Mamaku Sayang...

Kau Sinaran Bulan,
Menyerikan Bintang - Bintang,
Kaulah Fajar Yang Menerbitkan Pagi....

Kau Sirami Embun,
Menyegarkan Pepohonan,
Kau Bukakan Tadbir Siang Untukku...

Chorus

Kau Berikan Mama,
Kasih Sayang Maha Suci,
Betapa Agungnya Tiada Ternilai...

Ohhh Mama,
OOOoooOOOooo Mama,
Tiada Cinta Yang Murni,
Setulus Cintamu....

Ku Suntingkan Mama,
Sekuntum Mawar Putih,
Sebagai Lambang Kesucian Cintaku...

Repeat Chorus

Ohh Mama,
OOOooOOoooo Mamaaaaku,
OOOoooOOOooo Mama...


Emm..wahai ibuku yang aku kasihi, sungguh anakmu ini sentiase jauh darimu....sungguh...tiada pula berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa untukmu....walaupun hati ini senantiase membuak - buak untuk balik kampung....tapi, apekan daya...ade jaaa Test lah, Assignment lah, dan anakmu ini tidak pantas untuk memberikan seribu alasan berbanding pengorbanan mu, wahai ibuku yang ku sayangi. Tidak pernah pula ibuku memberi seribu alasan tatkala membesarkan anakmu ini....

Wahai ibuku yang ku kasihi, tolong maafkan anakmu ini..dari segala segi...dan janganlah berkecil hati...janganlah gundah gulana...inyaAllah, minggu ini dah abis exam...dah tak der masalah....so, bolehlah balik ke kampung kan....hehehe...aper nih..aper nih...spoil mood sedih...

jap..jap..sambung mood sedih balik okeh

Wahai ibuku yang ku cintai, bila terkenang akan segala kasih sayang yang diberikan...rase memang dunia yang    begitu aman, tenteram dan penuh kebahagiaan...terima kasih ibuku...terima kasih...tapi, biler terkenangkan apa yang anakmu lakukan untukmu, wahai ibu....memang terharu...tak sama pengorbananmu dan anakmu ini...maafkanlah anakmu ini sekali lagi....maafkanlah...dari hujung rambut sampai hujung kaki....

dan, sempena HARI IBU...anakmu ini ingin mengucapkan...

SELAMAT HARI IBU pada Ibuku yang ku kasihi....yang ku cintai, yang ku sayangi..yang ku....emmm aper lagi .....ah doooiiiii..

p.s : wahai ibuku, nanti kalu saya balik kampung, kiter gi jalan - jalan ek...nak tak???ibukulah jua mengubat rindu, mengubat hati duka lara....dari dunia dan akhirat....tiada lain....hanya punya seorang ibu yang cekal dan penuh ketabahan....terima kasih ibu...

p.s : al, sila beritau ibu kite...ini buat ibu kite okeh....:)dah...kalu sedih2...sila kesatkan air mata ibuku yer, al...hahahks:) 



Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

4 comments:

zati embong said...

sweetnya O.o

sejuk hati mak dpt anak cm kamu O.o

Yutaka Mushimura said...

zati: hahhaks..tang mane arr yang sweet tuh??

fatian athiea said...

tbe2 ak rse nak nagis..pdhl mama ad dpn ak je kot

Yutaka Mushimura said...

molecule: hok aloh....pesal nak tersedu2 pulak...aigoooo....gi cepan cium pipi ibu anda..hahak:0

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...