Sunday, January 16, 2011

Tip Meredakan Kemarahan Orang Lain. Ayat Penyejuk Jiwa Raga.

Salam choki - choki,

Hari ni, aku nak share pengetahuan ringkas yang aku dapat dari pembacaan dan beberapa pengalaman dari kawan aku. Em..yer lah kan, kadang - kadang tuh, kita ter ' buat' orang lain marah, terkedu, tersedih dan macam - macam ter....lah.....sesuai dengan pengajaran dari kawan aku, No Body Perfect....No Body But You...No Body But You...sudah..melalut sampai terkeluar tajuk lagu Korea....

Oh yer, sebelum aku listkan tips tuh, perlu diingat, perkataan berikut perlulah dipraktiskan dan diluahkan dengan penuh perasaan dan penuh rasa menyesal ek....kalu setakat sebut tapi xde bawak ape - ape erti dalam percakapan korang tuh...baik korang hentikan...buang je ke laut. Jangan jadik boneka sendiri ek. Orang akan semakin marah kalu tau perkataan tuh just omong - omong kosong je...

Okehlah, meh sini aku listkan ape pembelajaran dan pengajaran yang aku timba hari nie dari kawan aku tuh ek.

Kalimat 1.

Maafkan saya, saya telah menyakitkan hati awak.Maafkan saya yer....
(Ayat berikut menunjukkan betapa perilaku menitikberatkan perasaan pasangannya itu)

Kalimat 2.

Saya sejujurnya harus mengetahui apa yang awak fikirkan dan apa yang awak maksudkan.
(Ayat berikut menunjukkan perilaku sangat prihatin dan memberi perhatian kepada pasangannya)

Kalimat 3

Saya sangat berharap agar awak dapat meluahkan segala yang terpendam dihati awak tanpa rasa risau dan takut akan saya mentertawakan dan merendah - rendahkan awak.
(Ayat berikut membuatkan pasangan si pelaku merasa dihargai dan dilindungi seadanya)

Kalimat 4

Pada pandangan awak, apa yang boleh kita lakukan bersama untuk memperbaiki keadaan sekarang ni?
(Ayat berikut menunjukkan perilaku begitu komited dengan hubungan bersama pasangannya)

Kalimat 5.

Untuk pengetahuan awak, saya menyesal sebab tak pandai megambil hati awk.
(Ayat berikut menunjukkan rasa kesal dan marah perilaku tanpa menghina sesiapa)

So, camner??Ok x pengajaran dan pembelajaran yang aku dapat share siket - siket dengan korang semua....nasib baik aku xde awek lagi.(giler ar pengakuan berani mati nieee, caya or x terpulang ek)..just buat pengetahuan je...pada korang yang sedang dilamun asmara dana, sila jaga perasaan dan hati pasangan memasing....cam tips sebelum nie kan.....hehehhe..

p.s: Aku pun heran, apesal aku yang xde awek nih wat tips untuk orang bercinta.....masa da time ka???pelik bin ajaib sungguh.....aigooo


Klik kalu nak derma aku sikit duit Tahun Baru Cina

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

8 comments:

MisZ Aien said...

hihii,,hebat tips awak..

umm..laki susah ar nak meluahkan peraasaan dia..tapi bila dia ready nak luahkan perasaan yang terbuku, saya pulak yang menangis.tiba2 rasa waaa..banyaknya salah aku yang dia ignore je..xambik ati pon...keke..lau saya, asik kecik ati je

Seimura said...

hahah. bagos punya tips. hehe.

Muttallif said...

hahahah....bgs2...tips yang baik nie~~~kekekeke

wonderpetz dalam kesusahan

bunga_rose said...

haa tau takpe... sila cari aweks ok.. pasni leh bagi tips yg lagi bagoss hiihi

Yutaka Mushimura said...

CP Bunga: kah3x...ada rezeki x kemana...xde rezeki pun kene bersyukur jugak...betul x?

Yutaka Mushimura said...

talif: heheh..ye la tuh..tips yang biase2 jer...

Yutaka Mushimura said...

seimura: masih perlu belajr dari orang len...tuh ilmu yang saya dapat dari kawan saya.....ade lagik..nanti share kat sini...

Yutaka Mushimura said...

Miz Aien: Emm..kalu gitu, hargailah sedaanya selagi masih ada...hidup jangan penuhkan dengan misteri....kui3x...bergumbiralah selalu..okeh:)

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...