Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

Extremist Sukaneka Secara Ilutrasi

Permandangan Indah di Hotel Herritage tempat moonsoon cup
Salam,

Jurucakap Radio Hot 69: Pertandingan antara Johan Kampung Batu berentap dengan Johan Kampung Hulu Langat still dileading oleh Johan Kampung Batu. Mata terkini yang direbut oleh Johan Kampung Batu sehingga kini adalah sejumlah 10 berbalas 8, dengan agggregate secara keseluruhan adalah 2.

Wednesday, May 11, 2011

Minggu Siang Yang Perlu Menapak Sebanyak Hampir 4000 Tapak Sehaluan Dalam Sehari

Salam sayang,


kredit dari Wikipedia...giler legend gambar...

Untuk minggu ini ja, aku perlu menapak hampir 4000 tapak untuk sehari, sehaluan okeh...woohaaa..mesti banyakkan kalori aku hilang untuk minggu ini...hhahaks...dan haruslah tambahkan zat glukosa untuk tenaga demi mencari sesuap nasi untuk masa depan, untuk anak - anak yang bakal lahir akan datang, untuk bakal isteri : maaflah, tak dapat lagi kita ketemu kan..kan....ini monolog seorang diri okeh..sila jangan percaya.

emmm..dan, bile aku dok kire tapak hari - hari...secara automatisnya aku akan ketinggalan dalam menghapdet belog aku nih...sorilah..dalam diari n hp aku nih, ader bende nak tulis, tapi takder masa jaaa...sabaq naaa....sekejap ja....dan doakan aku berjaya bawak scroll balik ke kamar jugak....

scroollll...haaa....nanti aku cerite kemudian..buat mase nih...korang anggap ja aku bagai 

Seorang Ninja yang kesepian berjalan seorang diri lalu hutan konkrit, gunung besi, tali dawai, tiang batu dan segala isi alam...Untuk pengetahuan korang, aku diupah oleh Tachibana dan mission aku adelah mengambil sebuah scroolll dari Kamuyamato Iwarebiko, Emperor JimmuPresumed Legendary; claimed descent from the sun goddess, Amaterasu.

Korang nak kenal rupe Lord Tachibana???naaah..nih dia...


kredit dari Wikipedia
gilos legend gambar gak...:)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Tuesday, March 8, 2011

Tips Mendapat Ketenangan Dalam Senaman.

Salam sayang,

hari nih, aku nak share pulak kebaikkan solat. Emm...mestilah ramai yang taukan....hadoiiii....aku yang tak tahu....hohohoo...so, sebelum aku lupa dan nyanyuk di masa tua nanti...baik aku share kat sini untuk pedoman aku dan sapa - sapa yang nak baca okeh.....heheheheh:)

entry nih agak panjang....sila bersabar dalam men 'scroll' ka bawah okeh....:)


kredit dari Mrs. S jugak.....hehehehe



Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.


Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain, katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )



p.s : terima kasih pada Mrs. S...my opis klik....pada Mrs. S, sila terharu okeh....hahahhaha....siapa lah parent Mrs. S nih....sejuk perut maknyer mengandung....woooohaaaaa.

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Saturday, February 5, 2011

Brian Tudor Generation X - High Skilled Magic Cards

Salam sayang,

Ape khabar weh??aku sihat siket - siket...still batuk. camner korang punye cuti lak???Emm..hari tuh aku mintak cadangan korang pasal lappy kan...tq ek bebanyak riban - riban sebab korang bagi cadangan ek..Aku terharu seh...terharu...

Hari nih, aku nak share lagi pasal satu lagi high skilled Magic cards revealed by Brian Tudor pulak...haa..omputih lagik....dashyat - dahsyat weh diorang....jom usha kat bawah ek..

lets rolled it babeh....kalau lambat, sila tunggu ek....hehheh



p.s : Haaa..camner weh???tinggi tak skilled dia...kalau korang nak tau, mamat Brian Tudor nih menajdi bertambah kaya raya bila buat skilled magic - magic nih....so, aper lagik, jom jadi Magician....hahhaha...jadi bloggers still x kaya - kaya....


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Tuesday, February 1, 2011

Magic Linking Cigarette - Giler Babey Rare

Salam

Semalam, aku berborak dengan adik aku yang kaki peminat Magic - Magic jalanan nih, kira macam kipas-susah-mati arr bila sembang move magic - magic nih...even aku pun terkesima tahap bapak terbahak - bahak bila tengok free show adik aku buat depan aku...maklumlah, dah lama berkecimpung dalam dunia Under World - Magic - Magic nih....

So, sedang elok jer kiteorang berborak sampai pagi tak ingat dunia, tibe - tiba dia show satu move yang dia tengah kaji dan aku percaya korang kalau tengok magic tuh, sure korang terpegun giler babey...siap camera buat secara slow motion lagik...perh....giler x hengat....

Aku just gitau jer performance nih dibuat oleh orang jepun, Akira Fujii yang berkawan baik dengan Cyril Takayama tuh...still x pernah dengar????yer ar...aku pun asal x pernah dengar gak....xper, jom rolled movement magic dia yang sangat - sangat kewl...okeh....

lets rolled.

Magic Linking Cigarette - please usha baik - baik...



p.s : kalu adik aku boleh buat camnih, mau nyer jadi Famous Amos....perh....camner, giler kan move dia..nanti aku share move best - best untuk korang tengok..


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Wednesday, January 19, 2011

Mari Menimbang Berat Dan Letak Tangan Ke Dada

Salam sayang,

Hari ini, aku nak share dengan korang pasal kejadian benar - benar berlaku di sekitar Shah Alam. Kali ni aku nak share gambar - gambar pulak dengan korang ek....stay tune dan tengok dengan teliti. Sebab, ade gambar yang kurang jelas pada nombor berdigit 2 tuh ek....kalu x selas, sila klik secara kegemokkan. Kalu x boleh nampak jugak, korang tempek kat desktop korang dan terus guna Adobe photoshop ka, ape -aper lah..asal boleh zoom sampai terjuling - juling cam Fatimah Juling....opppsss...pada Fatimah Juling, anda telah ter ' famous' kat sini....

kui3x;)

Ok..roll on babeh...

Berat No 1....dan kenyataan di belakang kad yang diberikan adelah......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makanya....orang yang berat nombor 1 sangat - sangat digilai dan perlu dikejar oleh gurl di luar sana.....

Mari tengok berat nombor yang kedua.

Berat No 2....dan kenyataan di belakang kad yang diberikan adelah......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makanya....orang yang berat nombor 2 perlu jugak dikejar oleh gurl di luar sana........

Mari tengok berat nombor yang ketiga.

Berat No 3....dan kenyataan di belakang kad yang diberikan adelah......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makanya....orang yang berat nombor 3 perlu buat aper ek........boleh bagik pendapat korang....kui3x

p.s: Pada kawan aku yang terasa....wahai sahabatku yang aku kasihi....bukanlah tujuan untuk menunjuk bagai....bukan jugak untuk mengutuk - kutuk....tapi nilai korang nih kan...boleh menghiburkan aku masa aku tua nanti.....sure aku tergelak sambil tunjuk kat cucu - cucu aku.....nenek dia entah sapa...mungkin cucu angkat kot....woohaaa..

p.s : Pada korang pulak, cuba try teka..aku terbabit ka tidak dalam aktiviti riadah kali nie...hehhehe;)


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Sunday, January 9, 2011

Main Boling...Menggunakan Tangan Kanan Atau Kiri??

Salam sayang,

bukan bola aku....just tempek dari Yahoo image je

Malam nie aku akan berada kat Ampang, Flamningo..pukul 8.30 malam. Ada Liga boling anjuran majikan kesayangan aku....bukan aper..sementara masih ada umur yang panjang, kan elok merapatkan hubungan sesama kita..

betul x??ko korang yang tengah bermasam muka, bermuram durja..ape kata cari pendekatan baru untuk memantapkan hubungan sesama manusia kan...

kita manusia...bukan nyer robot, tiada salah sini sana....cuma insan kerdil bernama manusia....woohaaa..jom ber - bowling.....xcukup???

mungkin boleh cari pendekatan lain....selamat beramal...hadoi,....dah terpengaruh dengan bait - bait kata Dr. Fadilah Come To Me......Haaadoiee...

p.s: sebenanrnyer aku nie boleh main bowling kanan dan kiri....so, camner ek???hope hari nie aku boleh usha mane satu tangan aku yang well perform....korang pulak camner??
:)
Kalau suka, boleh Like:)

Sunday, January 2, 2011

Jenis - Jenis Gasing Yang Baru Aku Tawu

 Hye korangggg...

weh, aku nak share tentang bende tradisional yang aku xpernah nak selidik. banyak giler spesis gasing. Dulu - dulu pon, aku main 1 spesis gasing ja. Kalau x silap, gasing jantung. oklah weh, aku nak preview kat korang aper yang aku dapat ek. Check it out....


Terdapat pelbagai jenis gasing iaitu :-
 Ã˜  Gasing jantung
Ø  Gasing kelawar
Ø  Gasing telur
Ø  Gasing piring
Ø  Gasing kepala
Ø  Gasing uri
Ø  Gasing leper Kelantan
Ø  Gasing kuno
Ø  Gasing baba
Ø  Gasing tanjung

GASING LEPER KELANTAN
     kredit dari Yahoo Image

Ciri-ciri
  1. Berbentuk rendah dan juga leper
  2. Beratnya 8kg
  3. Lilitannya 48cm
  4. Berketinggian 6cm
         Gasing jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional sahaja. Gasing ini sangat berat dan itu sebabnya ia mampu berpusing dengan ligat dan lama. Simparan gasing ini meliputi 60%  berat asal  gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat di pasaran tetapi harganya terlalu mahal.


GASING URI
    kredit dari yahoo image 

Ciri-ciri
  1. Berbentuk rendah dan agak leper
  2. Beratnya 6kg
  3. Lilitannya 30cm
  4. Berketinggian 8cm 
   Gasing ini amat terkenal di Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dan dililit dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi, atau plumbum. Jika simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.


GASING KUNO
    kredit dari wikipedia 

Ciri-ciri
  1. Berbentuk sederhana dan berembang
  2. Beratnya 0.6kg
  3. Lilitannya 30cm
  4. Berketinggian 8cm 
         Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk buah barembang. Biasanya ia hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji.


GASING BABA
     kredit dari yahoo image

Ciri-ciri
  1. Berbentuk tinggi dan seperti telur
  2. Beratnya 0.6kg
  3. Liliyannya 38cm
  4. Berketinggian 20cm 
          Gasing yang berinditi wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa digunakan oleh pemain baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asalnya gasing ini berbentuk telur.


GASING JANTUNG
    kredit dari yahoo image 

Ciri-ciri
  1. Berebntuk jantung
  2. Beratnya 0.25kg
  3. Lilitannya  20cm
  4. Berketinggian 2cm 
          Gasing ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga yang menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan negeri gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala pemain negeri lain menggunakan  kayu seperti kayu melawis, menggaris dan sepetir.


GASING TANJUNG
     kredit dari yahoo image

Ciri-ciri
  1. Berbentuk tinggi dan barembang
  2. Beratnya 0.6kg
  3. Lilitannya 30cm
  4. Berketinggian 10cm 
         Gasing tanjung sama  fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia berfungsi sebagai gasing pengacau dan untuk memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan juga merbau.

p.s : biler tgk gasing - gasing nih, rase cam nak main balik la pulak...kui3xx..korang camner....pulak???


Monday, December 27, 2010

Big Gathering Untuk Blogger Di Time Square

Salam piweet..piweet..

Semalam, aku dah ter'clash' dengan 2 event serentak...1. event Big Gath kat Times Square dan yang ke 2. event sport bowling anjuran majikan aku yang baik hatinya. Dengan rasa rendah diri, aku xdapat nak hadir ke event ke 2 pasal aku da janji dengan 1st timer BIG GATH anjuran MELROMEO dan rakan - rakannya. Soriii..andai ku boleh kerat tubuhku menjadi 2 kan senang...hahahh..

So far, meh aku nak boh figura - figura aku n blogger - blogger yang Affamoss sa....(perkataan diambil bile aku dekatkan perkataan famous amos)

~semangat giler aarr aku walaupun kaki terseliuh patah riuk...memang happening ooo...rugi kalu x pergi.~

kredit untuk BEAN MORENO
aku paling hujung...yang paling tinggi : MELROMEO dan BEAN MORENO

kredit untuk BEAN MORENO
posing paling aku gemar. dok membelakangkan kamera. aku dok dgn si HAZMAN ARIF

kredit untuk BEAN MORENO
posing bersama botol air.Sila tengok cara aku memegang botol, ade cara cam aku pegang KATANA x?? Si kacak mata tuh sebenarnyer CARL SAMSUDIN

kredit untuk BEAN MORENO
tengah seronok tengok korang ber ' celoteh'. yang tengah bukak mulut tuh, isteri kepada BEAN MORENO. HAAIEN SEPET 

kredit untuk BEAN MORENO
aku di balik dinding, ingin bertransform jadi 'sesumpah' color MERAH...oh..tidak, nanti sama sgn GTO..jgn marah ek...yang tengah cakap2 dgn GTO tuh FREAK-ID

Si gadis comei berbaju putih paling depan tuh HANA.

kredit untuk BEAN MORENO
Ini adalah acara tepuk amai - amai. comel gop si tudung pink nie GADIS TERBILANG ,1,2,3.. minah ade taring kat gigi kiri dia ooo...heheheh...jgn mare ek....

POOH dan aku sedang membuat tepuk amai - amai....sampai cucur atap...hahahha...


kredit untuk BEAN MORENO
aku dok dekat dgn CIK EPAL gojeng n CIK HELENA...memang mantooopppp arrr dia.

esok, aku updates lagi figura dalam handpond cikai aku nieee..yang nie..terbaikk punyerr lorr...


p.s : still berminat dgn GA aku...tarikh tutup 15 Januari 2011. Klik SINI kalu berminat.

p.s : semua figura diambil dari Face Book BEAN MORENO.Aku xde kamera. 

p.s : pada sesiapa yang tidak disebutkan namanya, jgnla marah. Aku bukan leh ingat nama korang semua...maklumlah blogger newbie. Kalu korang nak updates nama sorang - sorang, gitau aku ek..aku kene banyak belajar dari korang yang blogger Afamosssss sa nie....

menjeeerittttttttt......CIK EPAL ,TIA n HANA....aaaaaaa..updates esok pulak.

heheh..jgn mare ek...:)

Wednesday, December 22, 2010

Tip Berwajah Cantik Dan Lawa

Salam sayang - sayang kat korang,

Hari nie aku nak share lagi tip yang aku dapat dari Program Samurai aku kat Bukit Tinggi. So, tip yang dah lepas aku share kat korang pasal ayam kan.....haaa..xbaca lagik, klik


oklah, so aku nak kongsi tip yang kedua. Tip Berwajah Cantik dan Lawa, aku terus terpikat kat korang pasnie...sila bagi no HP ek...

Mula - mula aku pon terkejot beruq dengar tip tuh, tapi kesannyer boleh dilihat masa akan datang ek..korang janganla nak harap buat tip nie terus aku tengok muka korang, aku jadi pengsan pasal terlaku cantik cam bidadari kasyorga.

Nie dia tip yang aku dapat.

1. Tip nie diamalkan masa korang nak makan, hatta makan ice kream, xpon gula - gula getah.
2. Sebelum makan atau kepam sesuatu yang bleh ditelan, korang tarik nafas sekali dan tahan dalam kiraan 7 - 8 kali.
3. Lepas tuh, hembus mlalui mulut ek..Ingat M.U.L.U.T. bukan lubang telinga atau mata....
4. Ulang langkah 2 dan 3 tuh sebanyak 3 kali.
5. Bagi umat Islam, korang bolehlah baca doa makan dan ape2 doa yang korang minat nak baca. Yang kristian, boleh baca doa dari Bible kalu ade, yang len - len agama, buatlah aper yang korang nak buat ek, aku x taulah..janji korang leh memenuhi masa tuh.
6. Pastuh, aper lagi, makan dan sudahi dengan syukur kepada Tuhan sekalian Alam Semesta.

Korang nak jadi camnie...
Kredit dari Yahoo Image

memang ketip - ketip arrr....comel giloeesss..
Kredit dari Yahoo Image

nie pon gilosss putih susu....
Kredit dari Yahoo Image

untuk makluman, consultant tuh yan dikenali dengan Miss X, dia teruja dengan kawan dia yang dia hampir x kenal sebab wajahnyer bertambah cantik, menarik dan Gojeng......cam Haniz Zalikha.

p.s : nak join GA aku.....klik SINI ek...

Tuesday, December 21, 2010

Map Yang Terpaksa Dihafal Secara Berlari - Lari Anak

Salam sayang - sayang kat korang,

weiiyuuu....korang nak tengok picture nie x???ape kate korang gi hafal..nanti mase Team Buliding korang pulop, xyah nak terhafal - hafal mase tuh....

tertonggeng - tonggeng tengok dinding secara songsang....memang terkejuk beruq, panas otaq, kejang peroq...

woohaaa...pandai giler korang berbahase utara ek.....clap handss......:)
sekali lagi...

tertonggeng - tonggeng tengok dinding secara songsang....memang terkejuk beruq, panas otaq, kejang peroq...

Klik untuk kasi gemok ek...korang..:)
Kredit dari Yahoo Image

p.s : pasnie, teambuling consultant kene la cari MAP len pulop untuk dihafal secara berlari - lari anak....oh yer, korang nak cop aku MOLE x?????

MOLE 

Mole (animal), a.k.a. "true moles", many mammals in the family Talpidae, found in Eurasia and North America

~~aiii.....koranggggg saayanggg....~~
Kredit dari wikipedia ek...sayang..


p.s : still minat nak follow GA aku...meh klik SINI

Saturday, December 4, 2010

Girl, Please Pakai Baju Balik - Sangat Bogel

Morning kat korang semua,

ari nih n3 aq berbaur lucah kan...tp tah camne aq leh terjumpe video klip nih mase aq shok2 usha Youtube semalam....yelah seach pasal "Shot bola sepak terbaik"..tp last last aq jadi pelik..camne tertiba ade 1 entiti masuk padang ...

heran aq....emm pada korang jom usha....oh yer..aq lepaskan n3 nih bile sampai masanya ek....hohoho.....


selamat menonton, hehehe....pada korang, jgn marah aq ek...just sharing is caring kan....

hehehhe..
.
.
.
.
.
p.s:  Girl, Please Pakai Baju Balik......huhuhu - Sangat Bogel. Aq xmau tengok korang.....:)

Tuesday, November 30, 2010

Go - Go Malaysia!!!!!!!

morning, kt korang,
ari nih pulop nak citer pasal sukan. so, puas da aq tgk result kt tenet pasal Sukan Asia 2010 nih, jom ushaaa jap,


so, malaysia rupanya tangga ke 10. Oklah tuh, bangga aq sebagai rakyat Malaysia. hehehhe. tp kan, aq tertanye - tanye 1 sukan nih, Malaysia ade participate x????maybe korang tawu kot, aq x tawu....heheheh...korang gitau aq ek.



kalu aq tgk data nih, Malaysia de dalam senarai rupanya....sukan Catur nih. Ataupon, Malaysia ada hantar wakil, tapi x masuk kot...aigoooo...

xperlah. Janji Malaysia dapat Top 10....heheheh..Tahniah aq ucapakan kat Squad Terbaik Malaysia yang bertungkus lumus untuk dapat medal. Jasa korang akan dikenang.....wooohaaaa....

oh yer, bawah nih, aq upload video untuk korang, sempena Sukan - Sukan.. Zaaaazzzz layan...


p.s : Pada Squad Terbaik Malaysia, tahun akan datang mari sama - sama menuju ke ranking TOP 5 pulak....:)

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...