Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Nombor Kecemasan | Talian Hayat 24 Jam

kredit kepada FB
Salam,

Hari nih just nak share no. telepon kalu korang rase korang nak guna..So far, no. telepon nih aderlah no. yang kadang kala kita tak pernah terpikir nak pakai langsung....asyik - asyik kalu susah siket call no. BOMBA lah...AMBULLANCE lah...dan kebetulan ader orang sharekan kat aku...terus aku rasa bagus jugak kalu semua orang boleh pakai no. telepon direct line nih...

so, jom check it out...if korang rasa nak guna kan yer....no charge..no tunggu - tunggu operator bagai...

Tuesday, February 14, 2012

Dosa - Dosa | Yang Boleh Menyekat Rezeki

kredit kat Goggle Image 
Salam,

Hari nih nak share 1 input yang boleh digunapakai oleh anak cucu kita dimasa depan. Semoga ilmu yang saya cuba kongsikan ini dapat digunakan oleh den dan seluruh warga bumi. hehehhe. Sebenarnya tujuan ilmu ini disampaikan untuk anak cucu kita dimasa depan. tiadalah jua ingin mengajar kalian diluar sana ek...okey.

Saturday, September 24, 2011

Kenyataan Hukum Hudud Di Malaysia


salam,

Aku nak korang perhatikan aper yang korang boleh paham....okeh..selamat terhibur.

Sunday, May 22, 2011

Berita Tergempar - Runtuhan Tanah Di Hulu Langat

Salam,

Info terbaru...mengenai kejadian tanah runtuh yang membabitkan Rumah Anak - Anak Yatim Hidayah, Madrasah Al - Takwa Jalan Felcra Semungkus Batu 14, Hulu Langat.....huhuhuhuhu...angka korban 10 orang maut dan 6 orang masih dalam pencarian.....

Ya Allah, selamatkan mereka Ya Allah....amin....marilah sama - sama memohon doa agar dimudahkan misi pencarian ini...amin...

Mahu lihat info lagi....jom klik SINI dan SINI

p.s : moga lancarlah operasi malam ini dan keesokkan harinya...amin....Tuan TK....ape kater pihak anda pulak???huhuhuhuhuhu

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Tuesday, March 8, 2011

Tips Mendapat Ketenangan Dalam Senaman.

Salam sayang,

hari nih, aku nak share pulak kebaikkan solat. Emm...mestilah ramai yang taukan....hadoiiii....aku yang tak tahu....hohohoo...so, sebelum aku lupa dan nyanyuk di masa tua nanti...baik aku share kat sini untuk pedoman aku dan sapa - sapa yang nak baca okeh.....heheheheh:)

entry nih agak panjang....sila bersabar dalam men 'scroll' ka bawah okeh....:)


kredit dari Mrs. S jugak.....hehehehe



Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.


Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain, katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )



p.s : terima kasih pada Mrs. S...my opis klik....pada Mrs. S, sila terharu okeh....hahahhaha....siapa lah parent Mrs. S nih....sejuk perut maknyer mengandung....woooohaaaaa.

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Sunday, March 6, 2011

Kisah Di Pondok Kecil

Salam sayang,

hari nih aku nak share satu lagu lagi yang buat aku sedih biler dok melayan lagu nih....okeh...sila melayan di bawah....okeh...

:)

kredit dari yahoo image dan Photograper....tak tau nama aper...hehehhe:)



Kisah Di Pondok Kecil

kredit dari Youtube

Di Suatu Hari....Ayah Berkata...
Jagalah Adikkmu...Ayahkan Pergi Jauh....
Ku Merayu....Pada Ayah......
Jangan Tinggalkan Kami....
Kerana Kami....Sayangkan Ayah...

Ayahku Pergi Berjuang.....
Demi Cita Yang Murni....
Untuk Menegak Kebenaran....
Di Muka Bumi.....
Berlakunya Kisah Di Pondok Kecil.....

Di Pondok Kecil....Di Pantai Ombak....
Berbuih Putih....Beralun - Alun....

Di Pondok Kecil....Di Pantai Ombak....
Berbuih Putih....Beralun - Alun....

Di Suatu Hari....Ayah Berkata...
Jagalah Adikkmu...Ayahkan Pergi Jauh....
Ku Pandang Wajah Ayah....
Dahinya Ku Cium...
Mengalir Airmata...Hatiku Pilu...

Diam - Diamlah Sayang....Jangan Menangis....
Doakan Ayah...Semoga Sejahtera...
Diam Adikku Sayang....Jangan Menangis...
Walaupun Ayah Gugur....Pastinya Dia Syahid....

Di Pondok Kecil....Di Pantai Ombak....
Berbuih Putih....Beralun - Alun....
Di Pondok Kecil....Di Pantai Ombak....
Berbuih Putih....Beralun - Alun....

Wahai Abangku.....Kemana Ayah....
Ku Sayang Ayah....Ku Cinta Ayah....
Wahai Abangku.....Kemana Ayah....
Ku Sayang Ayah....Ku Cinta Ayah....

Duhai Adikku Sayang....Jangan Bersedih...
Ayahmu Pergi..... Menyambut Seruan Illahi....
Tapi Ingatlah Adikku....Pesanan Ayah....
Belajar Berusaha...Walau Di Mana Jua...

Padamu Tuhan.....Aku Bermohon....
Dosa Ayahku Minta Diampunkan....
Ku Iringi Doa....Rahmati Dia...
Tempatkanlah Ayahku...Bersama Kekasihmu....

Di Pondok Kecil....Di Pantai Ombak....
Berbuih Putih....Beralun - Alun....
Di Pondok Kecil....Di Pantai Ombak....
Berbuih Putih....Beralun - Alun....


p.s : Itulah kisah disebalik pondok kecil....harap aku mengambil iktibar di masa hadapan...amin.


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Monday, February 14, 2011

Mari Berselawat Ke Atas Junjungan Nabi Bersama - Sama

Salam sayang,

Esok, kita akan menyambut Maulidur Rasul. Semua orang dah pandai bab Maulidur Rasul nih kan...so, tak payah aku nak describe panjang - panjang....yang penting, 1 dunia Islam sangat - sangat merindui  baginda Rasul utusan dari Yang Maha Agung...


So, aku nak ajak korang semua berselawat sama - sama okeh....jom melayan lagu aku ambil dari Youtube.


dan...akhir sekali aku nak share dengan korang perkhabaran yang perlu aku ingatkan pada diri sendiri....jom layan.....sebelum tuh...maafkan aku...kalau buat korang tersinggung yer....maafkan aku...



p.s: untuk pengetahuan korang, surah tadi just untuk peringatan diri sendiri yer..tak der kaitan dengan sesiapa pun...

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Saturday, January 29, 2011

Ilmu VS Harta...Ohh..Baru Aku Tawuuuu..

Salam choki - choki,

Hari jumaat semalam, seperti biasa aku berjalan kaki terus ke masjid..untuk mendengar ceramah sebelum solat jumaat....seperti biasa, bila kite dengar ceramah, sure kita tersedar diri...baru tahu langit nih tinggi ka rendah ka..

barulah kita x alpa bila hidup kat atas dunia...betul x???


Kredit dari Yahoo Image
Entah bila la aku dapat ke sini.....huhuhuh

entry kali nih just nak menginsaflkan diri sendiri..takut lupa diri..so, aku pun tulislah untuk pesanan diri sendiri....kalau korang terasa pi main jauh - jauh ek....hehehhe...

mari aku mulakan mukadimah ape yang aku dengar kat ceramah semalam....okeh..so, lets roll out...

Diceritakan pada suatu hari, ada 10 orang pembesar Quraisy datang menemui Saidina Ali. Sepertimana yang diketahui, Saidina Ali merupakan gedung ilmu di waktu itu...maka 10 orang pembesar tu pun menanyakan 1 soalan yang sama dan dijawab oleh Saidina Ali sebanyak 10 jawapan yang berbeza - beza...perg....memang sangat tinggi ilmu Saidina Ali....kagum sungguh!!!!wooohaaa...

So...soalan yang ditanya berbunyi begini.

Soalan 1 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta merupakan tinggalan Qarun dan ilmu sentiasa menjaga harta yang ditinggalakan.

Soalan 2 :  Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana apabila seseorang banyak hartanya akan banyak pula musuhnya tetapi apabila seseorang banyak ilmunya akan semakin banyak pula kawannya.


Soalan 3 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta apabila digunakan akan berkurangan tetapi ilmu apabila digunakan akan makin bertambah.

Soalan 4 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana sesorang yang berharta kerap kali digelar sesuatu yang kurang enak didengar contohnya bakhil, sombong. Tetapi, seseoarang yang berilmu kerap kali digelar dengan sesuatu nama yang baik - baik sahaja.

Soalan 5 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta perlu dijaga tetapi ilmu tak perlu dijaga dan akan menjaga harta.

Soalan 6 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta akan dihisab di akhirat kelak, tetapi ilmu pula akan memberi syafaat di akhirat kelak.

Soalan 7 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta akan semakin rosak dan lusuh, tetapi ilmu pula tak akan rosak sampai bila - bila.

Soalan 8 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta kadang kala akan mengeraskan hati seseorang tetapi ilmu pula akan melembutkan hati seseorang.

Soalan 9 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana pemilik harta kadang kala akan merasa hebat dan alpa, tetapi pemilik ilmu pula selalu akan merasa lemah ketika di dunia.

p.s : alamak, apesal aku tak ingat jawapan ke sepoloh nih......aigoooo....pelupa sungguh aku...huhuhu..sory
weh..still cetek ilmu didada...kalu korang ingat, gitau aku ek..kat komen...akan dihapdet kemudian...okeh.

 p.s : ingatan pada diri sendiri agar tak alpa...pada aku...alangkah hebatnya seseorang itu sekiranya ikut resmi padi.....semakin tunduk semakin berisi....janganlah pula mengikut resmi lalang.....semakin tinggi semakin nipis......so..jangan ade orang teasa..xde kalitan hidup dan mati okeh....

bubuy..nak tengok Astro...korang pun hado kan...jom melayan...




.Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Friday, December 17, 2010

Kami Anak - Anakmu..

salam my little princess n prince,

ari nih, subuh2 nak share dengan korang lagu nih....huhuhuhuhu......bleh leleh air mata woooo...


so, camner....ade insaf siket x????

jom solat subuh ek..hehheheh....KAMI ANAK - ANAK MU....

INGIN MEMOHON RESTU....

..
...
......

Wednesday, December 15, 2010

Ya Allah...Rindu Aku Menunggu

Salam,

Kredit dari Yahoo Image

Nie entry pendek ja...sambil mengucap syukur kepada Illahi atas ketentuanNyer. Aku sekali lagi diberi peluang untuk melepas rindu membaca entry yang aku tunggu selama ini. pasal aper aku rindu sangat nak baca....aderlah sebebnyer....kalu nak aku revealkan...aku kene mintak permision empunya belog dahulu ek.

~~Heheehehe~~

tapi yang paling penting, aku nak semua orang tawu, aku sedang membaca entry korang dalam senyap2....mungkin xde komen. Tapi, memang aku cukup2 terhibur, merawat segala rindu dan keinginan untuk mengupdates diri sendiri dengan info korang tuh....kadang2 pengalaman korang, aku memang xkan terjangka. Dan yang lebih havoc lagi, korang adalah

~~PERMATA EMAS YANG SEDANG BERKILAUAN DI LAUT BIRU~~

p.s : Selamat kembali ke dunia belog wahai kawanku yang baik hati.:)


Zaman Kegelapan Hampir Tiba



~~Sungguh, pohon itu bukan selalunya berbuah lebat.~~

Salam, share Info yang aq baca dari Zairol Hisham Ozex

~~hehehehee..sharing is caring kan..kan...~~


Untuk renungan kita bersama... Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi...


Di mana kamu akan berada pada tahun 2012?



Imam Mahdi akan muncul dan muslimin sedang menunggu kemunculannya.



Rasulullah bersabda; "Dunia tidak akan kiamat sehingga seorang lelaki dari keluarga ku muncul dalam kalangan manusia dan keadilan. "




Mujurlah Rasullullah menyediakan kita pelbagai tanda kedatangan Mahdi untuk memberitahu kita tentang pendekatannya, Tanda-tanda ini akan berlaku di Bumi.


Salah satu tanda kemunculan Mahdi adalah kemunculan sebuah Bintang dengan ekornya yang bercahaya berhampiran dengan Bumi yang menyinari ruang angkasa dan menyebabkan penenggelaman kawasan pesisiran pantai.

Rasullullah bersabda;"Pada malam Ramadan ke 15, malam Jumaat akan ada suatu suara yang akan mengejutkan orang tidur, menggentarkan yang bangun, membuatkan hamba perempuan keluar dari tempatnya. Pada hari itu banyak terjadinya gempa bumi".


Apabila peristiwa bencana ini berlaku, tiada keraguan lagi yang semua teknologi, tenaga elektrik, bangunan, bandar raya, pencakar langit dll... akan semua musnah. Bermakna semua pembangunan manusia akan tidak wujud lagi. Dan teka apa........

... percaya atau tidak kita akan kembali ke zaman gelap.

Rasullullah bersabda;"Selepas aku, akan ada tanah runtuh di Timur, Barat, dan di Semenanjung Arab. " Sebaik mendengar, Ummi Salmah bertanya, "Ya Pesuruh Allah, adakah Bumi akan menelan segalanya di permukaannya...

... walaupun ada sesetengah orang yang beriman di atasnya. " Rasullullah menjawab, "Bila perkara jahat dan zalim melebihi segalanya. "

Adakah peristiwa yang digambarkan Rasullullah adalah Planet X yang dibicarakan orang ramai hari ini dan dikaji oleh saintis dijangkakan berlaku pada tahun 2012.

Teruskan membaca dan kamu akan terkejut.




Allah berfirman, "Dan kamu akan menunggu apabila langit mengeluarkan kepulan asap yang meresapi mata seluruh manusia dan ini Penyucian yang amat menyakitkan. "


Rasullullah bersabda; "Jam yang terakhir tidak akan tiba sehingga kalian nampak Asap yang akan membuak dan melitupi seluruh dunia. Asap ini akan mengenai kedua-dua pengikut dan penentang yang akan berterusan selama 40 hari dan malam. "

Imam Mahdi akan muncul sebelum Dajjal dan Dajjal akan muncul kemudian selepas keputeraan Imam Mahdi.


Rasullullah bersabda; "Dajjal akan tinggal di Bumi untuk 40 hari, sehari seperti setahun, sehari seperti sebulan dan sehari seperti seminggu, 37 hari seterusnya akan jadi seperti hari biasa kita.

Sekarang seperti yang dimaksudkan adalah berpandukan Qur'an mengatakan; "Dan sebenarnya, satu hari bagi Tuhan mu adalah seribu tahun bagi mu. "

Jadi sekarang, 1 hari bagi Allah adalah seribu tahun bagi pengiraan kita.

Sehari bagi Tuhan mu adalah seribu tahun bagi mu 1 hari=1000/1=1000 tahun 1hari=1000/12bulan=83. 33 tahun 1 hari=1000/52minggu=19. 23 tahun.

Berpandukan pengiraan ini, Dajjal diramalkan memulakan rahsianya dan pengaruh pertubuhannya yang dibawakan oleh pengikutnya di British semula pada tahun 900an hingga 1900 yang mana tempohnya adalah 1000 tahun.

Kemudian, Dajjal sudah menyempurnakan hari pertamanya seperti setahun. Dajjal seterusnya bertukar kuasa kepada Amerika Syarikat pada tahun 1917 menyambung pertubuhannya melalui USA sehingga tahun 2000 yang bersamaan dengan 83. 33 tahun, tahun di mana G. Bush menguasai USA.

Selepas setahun kepimpinannya, tragedi 9/11 berlaku. Kemudian, Dajjal telah menyempurnakan hari keduanya seperti sebulan dan bertukar pertubuhannya kepada Israel. Dajjal sekarang telah memasuki hari ketiganya yang bersamaan seminggu dari...

... 9/11/2001 dan akan berakhir mengikut perkiraan 19. 23 pada hari ketiga yang seperti seminggu dan akan berakhir menjelang tahun 2020. Ia akan terjadi pada tahun 2020 di mana Dajjal akan tiba di Bumi secara fizikal untuk37 hari berikutnya seperti...

... hari biasa di mana manusia akan melihatnya seperti seorang manusia biasa dan dia akan mula mempengaruhi dunia melalui pemerintahannya yang diikuti oleh 70,000 pengikut Yahudi.

Beberapa Hadis menyatakan yang Imam Mahdi akan memerintah untuk 7 tahun manakala Hadis lain menyatakan dia akan memerintah untuk 9 tahun. Walaupun ia telah dipersetujui oleh pertubuhan umat Islam yang Imam Mahdi akan memerintah untuk 7-9 tahun dan selepas itu dia akan meninggal dunia.

Rasullullah bersabda; "Di antara Peperangan Hebat dan penakhlukan Bandar Istanbul, ia akan ada enam tahun, dan Dajjal akan keluar dalam tahun yang ke tujuh.

Hal ini menjelaskan kita bahawa Dajjal akan muncul pada tahun ke-7 dalam pemerintahan Imam Mahdi. Dalam kata lain, Dajjal akan keluar selepas tahun ke-7 pemerintahan Imam Mahdi. Jadi, jika Dajjal akan keluar pada tahun 2020...

... seterusnya kemunculan Imam Mahdi adalah 2020 - 7 = 2013




Salah satu tanda-tanda kedatangan Imam Mahdi adalah kemunculan sebuah KOMET dengan ekor yang bercahaya yang akan muncul dari timur


Mari kita tanya diri kita, Adakah komet ini seperti yang digambarkan oleh Nabi Muhammad semasa riwayatnya lebih kurang 1, 376 tahun lalu adalah sama dengan Planet X yang dikaji baru-baru ini???

Adakah dentuman yang mengejutkan orang tidur dan menggentarkan orang yang berjaga adalah bunyi dari Planet X???


Adakah tanah runtuh utama di kawasan pesisiran pantai seperti yang digambarkan oleh Rasullullah adalah kesan dari Planet X???

Adakah ASAP yang keluar dan melitupi seluruh dunia seperti yang digambarkan dalam QUR'AN dan Rasullullah adalah kesan dari Planet X???

Adakah API yang menyala dari Yaman dan mengambil orang ke tempat yang di tujui seperti yang digambarkan oleh Rasulllullah adalah kesan dari Planet X???

Adakah semua peristiwa bencana alam yang akan menyebabkan kematian orang ramai seluruh dunia seperti yang digambarkan oleh RAsullullah adalah kesan dari PLANET X yang dikaji baru-baru ini dan dijangkakan berlaku pada tahun 2012???

Ia telah dinyatakan bahawa apabila Planet X tiba pada tahun 2012, kesannya akan menyebabkan gempa bumi, tanah runtuh, ombak dagang, taufan, puting beliung dan semua gunung berapi di seluruh dunia akan meletus dll.... dan kesannya, 2/3 dari penduduk Dunia akan lenyap.

Buat kajian tentang Planet X dan terowong bawah tanah. Rahsia Kerajaan AS yang telah membina dalam 120 terowong bawah tanah di seluruh Amerika Syarikat..

selidik kenapa, tapi saya fikir kamu semua sudah tahu mengenainya. Jangan tunggu untuk bertindak bila masanya terlalu lambat, kamu masih ada peluang sekarang

Kamu tidak perlu percayakan saya tapi kamu boleh buat penyelidikan kamu sendiri dan tolong kirimkan kepada kawan-kawan kamu dan semua orang yang kamu kenali untuk memberi peringatan kepada mereka supaya bertaubat. Terima Kasih..

Sumber daripada Himpunan Buku-Buku Hadis Dan Riwayat Nabi... Wabillah hitaufi1 walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu..

apa pendapat korang pulak???

Tuesday, December 14, 2010

Rindu Untuk Mengadap Allah

Salam, kat korang 


Entry pendek ja....adalah bek manusia tuh ade perasaan RINDU untuk mengadap Allah dan sunnah RasulNya.

Cam sebelum nih, entry pasal Gadis Magribi, Gadis Malaysia, Gadis Logamaya, Gadis Alammaya, Gadis Luarmaya, semuanya CINTA mereka tidak kekal hatta kalu tersilap pilih akan terjerumus ke NERAKA.

so, sepatutnya mesti ada perasaan RINDU pada Allah dan RasulNya selalu...baru hidup aman sentosa, pasal pasangan tuh....

p.s: pernah dengar orang bujang mati kene langgar lori????so, aper jadi kat lelaki tuh yer, jumpe pasangan x???

p.s: hidup hanya 1 kali, pilihan terletak pada diri sendiri, tanya hati, tanya diri. entry nih just untuk keinsafan diri sendiri sahaja. TIADA KENA MENGENA DENGAN MANUSIA LAIN.

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...