Showing posts with label bermula. Show all posts
Showing posts with label bermula. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Manis Masa Bercinta - Haida

Salam sayang,

Sudah lama tak hapdetkan???oohh baru dua hari..rasa bagai setahun....itulah ungkapan terbaik bagi orang yang sedang dilamun cinta bersama web blognya sendiri...hahhhahah..giler aper ko....kejadah aper ko bercinta dengan web blog sendiri...

aiishhhh....pedulikkan...itu semua. 

Lupakan yang lain, gantikan pada yang baru.Tempuhi hidup baru. Nanyikan lagu syahdu .Pasti menikam kalbu. Itu sudah tentu. Pastikan hidup kan seindah dulu. Bersemilah wahai jiwa nan kalbu. Harap kita akan bertemu. Di lain masa di lain waktu. InsyaAllah.

So, marilah dengarkan lagu Haida - Manis Masa Bercinta okeh. Keep rolled in...be happy always...keep positive...selalu.


  

Manis Masa Bercinta...
Tutur Dan Kata.....
Bahasa Tersusun Indah....
Jalan Berpimpin Tangan...

Makan Bersuap Sabarnya.....
Lembut Dan Mesra Sentiasa...
Hujan Membasahi Teriknya Suria...
Sanggup Di Hadapi Berdua....

Manis Masa Bercinta...
Biar Bersusah Payah Tidak Mengapa...
Gunung Ganang Nan Tinggi Lurah Berduri
 Lautan Ombak Berapi Rela Tempuhi...

Sesaat Tak Besua Bagai Berabad Tidak Berjumpa,
Rindu Merasuk Diri Setengah Mati...
Buruk Di Mata Orang Pada Matamu Indah Belaka...
Tidak Walau Sekuman Cacat Cela...

Jikalau Bercinta Biar Berpanjangan...
Usah Sehabis Madu Sepahnya Di Buang,
Usah Berlalu Waktu Engkau Berpaling Pandang,
Moga Ke Anak Cucu Berkasih - Kasihan,
Cinta Yang Begitu Diberkati Tuhan.

p.s : hohohoho..terkenangnya aku....feeeling what you all can feel...you feel me??hehehehhe....

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Tuesday, March 8, 2011

Tips Mendapat Ketenangan Dalam Senaman.

Salam sayang,

hari nih, aku nak share pulak kebaikkan solat. Emm...mestilah ramai yang taukan....hadoiiii....aku yang tak tahu....hohohoo...so, sebelum aku lupa dan nyanyuk di masa tua nanti...baik aku share kat sini untuk pedoman aku dan sapa - sapa yang nak baca okeh.....heheheheh:)

entry nih agak panjang....sila bersabar dalam men 'scroll' ka bawah okeh....:)


kredit dari Mrs. S jugak.....hehehehe



Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.


Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain, katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )



p.s : terima kasih pada Mrs. S...my opis klik....pada Mrs. S, sila terharu okeh....hahahhaha....siapa lah parent Mrs. S nih....sejuk perut maknyer mengandung....woooohaaaaa.

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Sunday, March 6, 2011

Kegilaan Yang Meroyan

salam sayang,

kredit dair Yahoo image.

itu adelah titik akupuntur...okeh...so, picit lah mana yang patut..okeh

malam nih aku nak buat entry seringkas boleh...mission entry ini adelah untuk memenuhi hanya 100 patah perkataan sahaja....haaa..dah berape perkataan sekarang...japp..aku kira....29 patah...okeh..sambung...

Tajuk Kegilaan yang Meroyan nih sebab minggu sudah..aku dah tak cukup kaki....minggu nih..aku dah tak cukup otak untuk berfikir...sebab minggu depan aku ade asingment...

so, jadilah aku kegilaan yang meroyan....okeh...tammat..

p.s : sila buat keje awal...kalau tak, jadilah seperti aku...kegilaan yang meroyan. 80 patah perkataan...tidak termasuk (80 patah perkataan...kalu termasuk, jadilah 83, oh..tidak...kesemuanya adalah....96 patah perkataan sahaja. Titik.....(100)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Sunday, February 20, 2011

Tips Mengatasi Krisis Rumah Dan Tangga

salam sayang,


Hari nih, aku sibuk mengemas rumah..sampai terleka...terlupa nak hapdet belog kesayangan aku...hheheh..boleh terima tak alasan nih???kalu tak leh terima, sila buat begini....

Dengan penuh budi bahasa dan berintonasi rendah, sila buat pandang ke atas sambil putih mata sambil angkat kedua - dua tangan dan letakkan di dada....sentap mak nok...woohaaa...

ok..ok...kali nih aku nak share dengan korang pasal ilmu yang aku dapat masa aku buat khusus perkahwinan kat Pahang ek...nak kata hebat, praktikus belum lagi lah...makanya, kalu ade sesapa experiences yang boleh korang share dengan aku, itu lebih baik...betul tak???aku mengaku, aku masih dalam proses belajar lagi, so, please..people out there, tolong bantu kami yang muda mudi mengapai kecemerlangan dalam bahtera kekeluargaan ek....okeh...

mari aku mulai dengan ape yang aku tahu..kalu ade pertambahan, please komen ek...

20 Mengatasi Krisis Rumah Dan Tangga

Aku asingkan mengikut apa yang aku dapati dalam khusus tuh ek....please jangan terasa hati, jangan tersentuh, termeraung...ter...segala ek...ini adalah sesi sharing is caring..okeh.

Bagi Si Suami...sebab aku lelaki, makanya baiklah dimulai dengan kaum Adam

  1. Please tunaikan tanggungjawab dan peranan yang sebenarnya kepada si isteri.
  2. Please layanlah isteri dengan baik dan lembut lagi tomahdinah (itu aku tambah..hahha)
  3. Please hindarkan kritikan, sindiran, ugutan dan kekerasan terhadap si isteri.
  4. Please berikan pujian dan penghargaan kepada si isteri.
  5. Please kerapkan kejersama dengan isteri dalam meningkatkan keharmonian.
  6. Please bawa berbincang dengan isteri if ada masalah walaupun kecil.
  7. Please berikan isteri perasaan aman, tenteram, selesa dan selamat.
  8. Please memahami perubahan hati nurani isteri. Contoh, sedih, kecewa..ect.
  9. Please tingkatkan hubungan seksual agar si isteri mendapat kepuasan yang diharapkan.
  10. Please jangan membohongi isteri kerana mereka akan merasa dipermainkan jika diketahui diri dibohongi.
Bagi Wanita. Let continue bebeh...
  1. Please kenalpasti keperluan suami dan berusaha untuk memenuhinya.
  2. Please berikan pujian dan penghargaan tanpa meminta balasan.
  3. Please buangkan sifat cemburu buta.
  4. Please jangan menggunakan kritikan, serangan dan ugutan jika ingin mengubah sifat suami.
  5. Please hilangkan perasaan bangga diri dan sombong.
  6. Please layanlah suami dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
  7. Please tinggalkan penggantungan pada ibubapa dan suamilah tempat mengadu.
  8. Please rajinlah berbincang bersama suami, cara - cara mendidik anak dengan sempurna.
  9. Please berdoalah agar sentiasa berada dalam kesabaran dan keimanan.

Ilmu ini digarap dari Khusus Perkahwinan Di Pahang, Tahun 2008. Perkataan 'please' tuh jer yang aku tambah..nampak lembut sikit kan...hehehhe...:)

p.s: haaa...okeh tak tips kali nih...ade lagi idea lagi, please share dengan aku...jangan pulak ader komen diskriminasi ek...please...komenlah secara membina...ilmu ini...mungkin dibaca oleh pasangan generasi depan...tuh pun kalu masih ada hayat dimasa depan..insyaAllah..:)


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Thursday, February 17, 2011

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Salam sayang,

kredit dari Yahoo image

Hari nih aku nak share lagi tips dengan korang tips nak tahu ciri - ciri orang yang mencintai korang deep - deep giler...Untuk pengetahuan korang la, entry nih aku dah peram sejak aku start blogging lagik, cuma aku tak release je dalam internet....sekarang baru aku release....hahahah....jangan korang tanyer kenapa aku tak release pulak...okeh.

oklah korang, taknak buang masa...jom tengok apa yang aku peramkan dalam edit posts aku tuh...sila baca dengan tenang dan slow - slow..sebab entry nih mungkin amat panjang....okeh...

let rolled it bebeh....


Dalam kehidupan kita, kita tak perasaan atau tak sedar apa yang dilakukan dan gerak geri seseorang tu menunjukkan satu petanda yang dia mencintai kamu..sebenarnye, orang yang macam nie tak nak kamu tahu secara terus dari mulut dia, tapi menunjukkannye melalui PERBUATAN..so, kat sini, nak kongsi dengan korang 24 ciri or tanda yang si dia mencintai kamu, jom usha:


1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu..yang dia tahu, di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tak peduli! Baginya, yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya..fuhh~

3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, di hati dan matanya, kamu yang tercantik walaupun mungkin berat badan kamu dah bertambah..hoho

4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu..

5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', selamat hari minggu', 'gudnite', 'take care', dan sebagainya, walaupun kamu tidak membalas SMS nya..alahai, ciannye..huhu..si dye buat macam tu, sebab dengan kiriman SMS itu lah dia dapat menyatakan cintanya dengan cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung AYAT selain kata cinta tu..

6) Jika kamu menyambut hari lahir dan kamu tak jemput si dye ke majlis tu, setidak-tidaknya dia akan telefon atau SMS untuk ucapkan selamat hari lahir..

7) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan, mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah pown melupakannya, kerana bagi si dye, memory tu merupakan memory yang istimewa/berharga untuknya..sekiranya saat si dye bersama kamu tu tak boleh berulang selalu, mesti si dye akan sedeh atau menangis kerana terlalu mencintaimu..

8) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, sedangkan, mungkin kamu sendiri dah pown lupa yang kamu pernah ungkapkannya..kamu memang lupa, tapi bukan orang yang mencintai kamu..


9) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, mungkin dye pinjam CD milik kamu tu sebab nak tahu apa yang kamu suka, apa kegemaran kamu..walaupun si dye mungkin sukar untuk meminati kesukaan kamu, tetapi dye akan berusaha sehingga berjaya..

10) Kalau kali terakhir kamu dan si dye bertemu, waktu tu, kamu tak sehat, selesama ke, batuk-batuk ke dan sebagainya, si dye akansentiasa mengirim SMS atau telefon untuk bertanyakan keadaan kamu..ini kerana, si dye mengambil berat dan bimbangkan kamu..

11) Jika kamu mengatakan yang kamu ada test/exam, si dye akan bertanya bila ujian itu akan berlangsung, dan bila harinya tiba, si dye akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu..

12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi diri kamu, itu sesuatu perkara yang biasa, tapi baginya barang itu sangat istimewa..



13) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung..kenape??..sebenarnye, saat itu, si dye berasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya..kahkahkah
14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu..

15) Jika suatu saat kamu harus berpindah ke tempat lain, dia akansentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu..

16) Di hatinya, dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah tak dengar, 'jauh dimata, dekat dihati??'..hehe

17) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang KEKASIH SAHAJA..

18) Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari..atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS..sebenarnya ketika itu die sedang memikirkan kamu..Lol, KANTOI..haha

19) Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuatkan kamu pening kepala..ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu, dia akan meminta maaf dan tak akan melakukan kesalahan yang sama..

20) Jika kamu memintanya untuk mengajarmu sesuatu, dia kanmengajar kamu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang TERBODOH di dunia! wakaka~ si dye akan rasa gembira sekiranya dapat membantu kamu dan dia tidak akan pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan kamu..tapi kamu jangan ler mintak permintaan macam PUTERI GUNUNG LEDANG..nak hati nyamuk, nak itu, nak ini..hehe

21) Nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nyasekiranya kamu melihat handphone-nya..dan dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun kiriman SMS itu dah berbulan atau bertahun yang lalu..dia juga akan menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya..

22) Jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dan sekiranya dia akan menyedari tindakan kamu itu, dia akan menghilangkan atau cuba menjarakkkan dirinya dari kehidupan kamu walaupun tindakan itu membunuh/melukakan hatinya..

23) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya peluang atau kesempatan, dia akan ada menunggu kamu kerana dia tidak pernah mencari orang lain, dan sememangnya sentiasa mencintai dan menunggu kamu..

24) Orang yang mencintai kamu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin tahu, kerana baginya, dia tidak mahu membebankan kamu dengan kerenahnya..

Hmmm, so, agak-agak, pernah tak ade orang yang buat tindakan/ciri-ciri macam kat atas nie?? dup dap dup dap dup dap..pk pk..hehehe..kalau ade, cuba hargai ORANG tu.. ;P kalau nak tolak, cuba tolak dengan cara yang baik..ok? tapi, seelok-elok nya, cuba hargai orang tu, YOU WILL REGRET kalau tak tau nak sayang orang yang macam nie..ye laaa, quite rare kan nak cari orang yang macam nie zaman sekarang..kan kan.. ;P

p.s: rugi ooo kalu dah terjumpa orang camnih...dipersia - siakan....pada korang, please jaga orang kesayangan korang baik - baik..okeh....jangan kasik tikam sama belakang diorang....kasihanilah hati dan persaaan mereka....okeh...bubuy.:) 

Credit to: TentangCinta.com



Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Saturday, January 1, 2011

Start 3 Januari 2010, Dah Mula Kelas Balik

Hyeee koranggggg,

sihat ari nie?? aku sihat, kalu korang xsihat pi la cari ubat ape2 yang patut ek..Bukan aper, korang kene jaga diri sendiri, then biler sihat dan cergas baru boleh korang nak berblogwalking or berblog running laju - laju 100km/jam. Betul x??

tenangnyerr aku tgk laut seh..sesape nak dating dengan aku kat tepi laut....:)

Hari nie aku nak gitau korang yang aku bakal masuk kelas balik untuk menunaikan hasrat diri sendiri. So, harapan aku dgn azam tahun baru 2011 nie, aku leh dapat best pointer lagi....n dapat membanggakan ibubapa aku also to my beloved majikan.

jom belajar rerajin dan penuh khusuk. Woohaaa, cam sembahnyang pulak, nak khusuk - khusuk bagai.

korang pulak pointer camner???ok ker x??jeles seh, pointer korang tinggi - tinggi. Aku just suam - suam kuku ja...aigooo....

~~Kejayaan Adalah Bermula Dari Kegagalan~~

betul x??

GA aku nak tamat dah..15 Januari 2011...Kalu berminat, klik SINI
nak contoh, klik SINI pulak ek.

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...