Hasil nukilan ini diadaptasikan dari novel cintaku. Sekiranya berminat untuk mendapatkan bait2 kata seperti ini dibuat lagu ker..ape ker, boleh PM eden yer....
mana tau boleh jadi pencipta lirik lagu...hahahahah...
Ini lagu jiwang....menjiwang lagi....woohaaaa....lagu ini sebenarnye ader cerita disebaliknya.....emmm, bila kita dengar lagu nih betul - betul....memang tertarik dengan lirik - liriknya....amat sempoi gitu...hehhehe..
Mula - mula dengar lagu nih...aku ingat lagu nih lagu mamat indon...sebab suara dia aku tak pernah dengar...then, setelah puas mencari dan menggodek internet, tengok belog CP Bunga baru aku tau, ini lagu orang Malaysia...pergh mantop pulak dengar suara - suara duet diorang nih...terbaik...SOLUTEEE!!!
Lama tidak bersua...maklumla, kesibukan diri membawa eden ke dunia KESUNTUKAN MASA....so, nih updates blog pun still on curi - curi time....hehhehehe
So, let move to tajuk utama...Tips terbaru, tips kecantikan yang tetibe terjumpe minggu lepas....dalam otak eden, mesti kaum hawa pas nih try nak guna kan....hahhahaha...
Hari nih nak upload picture jer...tak mo cakap banyak...dan den nak ucapkan terima kasih sebab sudi berkawan, berkasih dengan orang yang biase - biase nih. Tak banyak lebihnye tapi akan cube membuat yang terbaik untuk kamu, wahai kasihku Hamizah .
Hari nih nak dedicate to my LOVELY Hamizah Hamdan. Dengarkanlah Hamizahku sayang, bahawasanya daku sangat sayangkan kamu dan mahu dunia tahu yang Yutaka Mushimura sayangkan Hamizah Hamzah.
Enty ini khas buat kekasihku yang sentiasa tersemat di hati sanubariku. Sebenarnya, lagu ini telah lama ingin ku berikan kepadamu, tapi masa nak hapdet entry tajuk nih asyik saja ditangguhkan.
so, jangan buang masa. Jom sama - sama kita cari lagu nih bila kita ader time karok lagi ek...:P
hari nih, aku dok rumah dan tengok tivi....takder kerja...pasang tivi channel 7...tengok cerita cina lame - lama siap ader syair ala - ala opera gitu ....hahahahha...aper lagi aku tengok cerite tuh dari mula sampai abes....sebab aku kan peminat cerita sejarah cina....
pasal siapa Diao Chan nih...wanita nih adelah salah seorang dari 4 wanita tercantik dulu kala kat negeri China...dan ader kaitan dengan zaman Dinasti Han, emmm...mase zaman pemerintahan kuku besi pemberontak Dong Zhou dan General Lu Bu...nak tau lebih lanjutnyer...sila Goggle SINI
ini Diao Chan yang aku amek dari Yahoo Image..okeh:)
so...nak dijadikan cerita...mission Diao Chan nih nak membunuh pemberontak tuh ek...tuh jaaa..
p.s : Rambut sama hitam, hati lain - lain....even wanita/ lelaki pun, kita tak boleh jangka okeh...pesanan untuk diri sendiri...jangan mudah tertipu, dengan sandiwara dunia....cantik itu bonus....yang penting itu hati...
renung - renungkan dan selamat beramal...woohaaa!!!!
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)
hari nih aku nak share aper yang aku dapat dan untuk tontonan umum cucu cicit aku nanti...hahahks...okeh..rollled.
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Aku buat entry nih sebab ade orang dok tanyer kat aku melalui saluran perdana....saluran perdana lah sangat kan...hahhaks...takat FB aku jer lah, saluran perdana untuk aku.....sila menjelosi kalu korang tak add aku kat fb okeh...
mula - mula jom usha ape yang ditanyer okeh..aku tempek jaa...kalu tak jelas lagik..sila klik untuk kegemokkan ek...:)
so...soalannyer kenape bile bercinta jaa...mesti ader orang yang akan dibenci orang dan disalahtafsirkan....woohaa...ko tanyer soalan nih macamlah aku nih pakar bab - bab nih...aigooo..tapi takper, meh aku bagi idea...mungkin korang boleh ikut kot...
1. mula - mula, buat pekakan telinga, butakan mata,biarkan habis diorang sok sek sok sek.. jangan dilayan sangat..sebab manusia nih banyak kerenahnya. Even, kalu dah kahwin pulak, akan startlah tanyer, bila nak planning lah, biler nak tukar keretalah...tapi, orang yang dok tanye - tanyer tuh just nak tahu...itu ja...kalu dilayan sangat...sungguh akan memudaratkan diri sendiri, jiwa dan raga...eceh...
2. Lepas abis diorang sok sek sok sek, try arrr explain lah sedikit sebanyak pada mereka yang tersalah tafsir tuh, orang yang tertanya lebih - lebih tuh....sebab dengan explaination kita, mereka akan paham. Ini adelah prinsip two way komunikasi. Jangan biarkan mereka pikir yang bukan - bukan pulak...nanti kelak turut merana diri sendiri....bak kate Usop Wilcha, itulah pentingnyeeerrr comunication educationnnn....
3. Berdoalah pada Allah, moga - moga diberi limpah kurnia, kesabaran berlipat - lipat kali ganda, dan jangan lupa doakan orang yang dok asyik tanyer kiter bukan - bukan tuh...or orang yang selalu tersilap tafsir tuh, doakan dia terbukak hati nak paham kiter siket - siket pun jadilah.......mungkin, dia tak tahu..mungkin dia pun mahu untuk bersembang dan merindui kamu dalam senyap...hahhaks....
tuh ja...itu pandangan peribadi aku ek....tak mainlah ciplak - ciplak sana sini....hahhahks...
p.s ; dan bagi aku, aku rase manusia nih ade hati dan perasaan, bukannye robot yang tiada naluri dan akal pertimbangan...so, yang terbaik adelah jelaskan apa yang tak jelas....bak kater Usop Wilcha...
so..korang ader idea lagi tak, mungkin aku masih kene banyak belajar dari korang jugak...so, sila komen untuk bertukar - tukar pendapat..okeh..:) Be Posifivlah....hahahha..
emm...Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)
Percubaan Dalam Kemarahan Berinfiniti......even dituang air sejuk tiada menjadi sejuk, diletak ke bara api jua pasti merebak kemarahan...walaupun kesenyuman mekar....indah bagai bunga rose....dahsyat...wa kater luuu..memang cair gak arr..
all figura diambil dari Yahoo Image...
p.s: sepanjang aku hidup, aku tak pernah jumpe orang macam nih....hahhaks....kalu ade, sila hati - hati, gunung berapi mungkin meletus bila - bila masa sahaja.....:)aiyyyyoooo...korang ader jumper, share dengan aku siket...:)
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)
Hari ini aku nak share satu kisah yang agak memilukan buat renungan bersama okeh....yang pastinya..aku cedok kisah nih dari kawan kepada kawan...kepada kawan dan kawan....dan akhirnya kawan tuh tak nak pulak aku tag kan namanya buat references...so..jangan tanyer okeh....:)
Kisahnya bermula dari mengenali pasangan yang entah tiba - tiba terjebak..dan terkecewa....itulah Mr. R. senang citer, aku petik nama Mr. R...kang payah pulak...korang asyik tanya sapa - sapa kan....so...ini adelah pengalaman dari Mr. R..
Biasalah...kehidupan dunia penuh pancaroba...penuh tipu muslihat. nak senang cerita...dunia nih hanya untuk orang yang pandai - pandai....orang yang kurang pandai...kene kasi lebih pandai...supaya tak kene pijak....so..korang setuju tak dengan pandangan Mr. R???kalu setuju, sila angkat kaki dan cabut bulu kaki kiri anda sekarang....hahahahaha...
Akhirnya....Mr. R buat satu conclusion....dan aku nak share conclusion dia dengan korang okeh....let rolled out...
Bile terserempak dengan nama syed...or Syarifah...jangan lah harap korang boleh kahwin dengan diorang....sebab kebanyakkan family diorang akan cari pasangan yang sama, Syed wajib berpasangan dengan Syarifah...dan Syarifah wajib berpasangan dengan Syed. So, kalu korang ade Syed / Syarifah....sila teruskan okeh.
Anak dato' mestilah pulak berpasangan dengan anak dato....kalu korang bukan anak dato nanti dikatakan orang luar nak kikis harta bende diorang. So, kalu korang anak Dato', silalah teruskan okeh.
Status pendidikan macam Master mestilah dicarikan pasangan dengan Master. Kalu Diploma dengan Diploma, Degree dengan Degree...huhuhu..abes, petani di sawah padi pulak???kasihanlah mereka...kan..kan...bende tuh boleh korang tengok kat Universiti okeh.....aku pun tak pernah kaji...okeh
biler jumpe dengan lelaki or perempuan yang biler bercakap dengan kita tapi tak pandang, makanya...beliau adelah seorang yang banyak negatifnya dari positif..tuh kate Mr. R. entah betul ker tak....ishhh
dah..dah..dah...Mr. R mintak aku belanje Pizza 3 set, 3 hari 3 malam....kalu nak menuntut...perh...tak mampoooo.....korang, sila tanggung aku okeh..untuk buat payment...dan aku share nanti kalu ade lagi....okeh..
p.s : so, pandangan aku, dunia sekarang nih dah buat pasangan itu bagai gula - gula. Hanya mencari yang manis dan sedap. Yang tawar, yang masin, yang kelat dibuang masuk tong sampah..balut dalam plastik hitam.. terbiarlah dan hanya menunggu pakcik lori sampah angkut dan bawa ke tempat yang lain bersama sampah - sampah yang lain...
ketahuilah pasangan anda yang anda buang ke tong sampah itu juga punya hati dan perasaan, punya darah pekat merah mengalir melalui tubuh yang sama bentuknya....okeh...
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)
Sudah lama tak hapdetkan???oohh baru dua hari..rasa bagai setahun....itulah ungkapan terbaik bagi orang yang sedang dilamun cinta bersama web blognya sendiri...hahhhahah..giler aper ko....kejadah aper ko bercinta dengan web blog sendiri...
aiishhhh....pedulikkan...itu semua.
Lupakan yang lain, gantikan pada yang baru.Tempuhi hidup baru. Nanyikan lagu syahdu .Pasti menikam kalbu. Itu sudah tentu. Pastikan hidup kan seindah dulu. Bersemilah wahai jiwa nan kalbu. Harap kita akan bertemu. Di lain masa di lain waktu. InsyaAllah.
So, marilah dengarkan lagu Haida - Manis Masa Bercinta okeh. Keep rolled in...be happy always...keep positive...selalu.
Manis Masa Bercinta...
Tutur Dan Kata.....
Bahasa Tersusun Indah....
Jalan Berpimpin Tangan...
Makan Bersuap Sabarnya.....
Lembut Dan Mesra Sentiasa...
Hujan Membasahi Teriknya Suria...
Sanggup Di Hadapi Berdua....
Manis Masa Bercinta...
Biar Bersusah Payah Tidak Mengapa...
Gunung Ganang Nan Tinggi Lurah Berduri
Lautan Ombak Berapi Rela Tempuhi...
Sesaat Tak Besua Bagai Berabad Tidak Berjumpa,
Rindu Merasuk Diri Setengah Mati...
Buruk Di Mata Orang Pada Matamu Indah Belaka...
Tidak Walau Sekuman Cacat Cela...
Jikalau Bercinta Biar Berpanjangan...
Usah Sehabis Madu Sepahnya Di Buang,
Usah Berlalu Waktu Engkau Berpaling Pandang,
Moga Ke Anak Cucu Berkasih - Kasihan,
Cinta Yang Begitu Diberkati Tuhan.
p.s : hohohoho..terkenangnya aku....feeeling what you all can feel...you feel me??hehehehhe....
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)
Hari nih aku terpikir ungkapan kreatif bagi seseorang yang Annoying dalam hidup kita. Emmm...kalu dalam dunia blog, boleh dikategorikan sebagai Mr @ Mrs. Anon. Or, unknown. Kata orang putih british - british...
Aku rase korang pernah dengar nama anon nih kan...tapi if diorang masuk dalam belog aku pulak...diorang akan mndapat title best dari aku...dan title tuh aku jadikan Ungkapan Kreatif kali ini..okeh...
Apa yang kreatifnyer????hahaha..nak tau dengan lebih lanjutnyeeeerrr...mari rolled sama - sama ek...
.
.
.
.
.
Cuba korang perhatikan pantulan Anon bila direfleksikan jadi aper???
.
.
.
.
.
Jadi NONA, terbalikkan huruf A....dalam mimpi...hahah
.
.
.
.
Ungkapan Kreatif Part 6 kali nih adelah....seperti berikut.
Anon..atau lebih dikenali sebagai Unknown...atau orang yang tidak dikenali...aku naikkan taraf korang sebagai....treng teng teng...
oh...kali nih korang boleh buat pilihan sendiri untuk menaik tarafkan diorang jugak dibelog korang sendiri...okeh....so..mau piley...sila piley dibawah...
Anon sama dengan +, -, x , / then =
Penyiasat Antarabangsa....
Mata - Mata Antarabangsa...
Pemerhati Antarabangsa..
Penyibuk Antarabangsa...
p.s : sila pileh dengan wajar dan marilah sama - sama menukarkan title diorang..aku dah bosan dengan nama Anon nih...hehehhe...:)
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)
Hari nih hari Ahad. Fuh...lega beb, dah abis seksa aku jawab test...then, tetiba kaki aku rasa gatal nak gi IKEA pulak...hehehe...kalu tak dapat pergi ke IKEA pun, pegi GIANT pun jadilah...nak melepaskan gian...sambil memotong rambut bagai menebas lalang dibelakang rumah, dan membasuh kereta di kedai Dobi kereta...haahhhah...ade tak orang panggil kedai Dobi Kereta????
Dan...tikamana aku berkeliaran keluar menghirup udara segar, mesti aku terpandang pasangan yang begitu romantika, kekasih yang sedang bermadu asmaradana, dan sebagainya..Tapi, perlulah diingatkan, kejadian penyakit sosial masa kini makin parah, makin menjadi - jadi. Aku pun menjadi risau dan sedih...mana tak nya, Buang anak sana sini, tetiba jumpe kat sungai lah, tepi sampah lah, eee...macam - macamlah...so, memang aku risau akan keselamatan anak gadis diluar sana....Please, take care of your self okeh..my little fellows.
So, tetiba, aku dapat idea macam mana nak menyedarkan diri aku sendiri aar tak menjauhi penyakit sosial nih...ape - aper pun, thanks ek, Sekamar Rindu..yang mengetengahkan isu nih balik, aku just tempek kat sini dengan izin beliau...
kasihan bayi ini, kalu korang nak tau, inilah hasil keguguran bayi..
sebelum mengalami trauma yang serius, marilah sama - sama membanteras kezaliman ini...okeh...
p.s : apa pendapat korang pulak???pada aku, tidak perlulah menunding jari kat sesiapa, tidak perlulah mencari silap siapa, cuma yang penting adalah menanam keinsafan dalam diri sendiri, dan minta dijauhi. Semoga Allah melindungi kita semua...amin...
p.s : kalau nak tau, kebanyakkan ibu yang keguguran jenis ini akan menghadapi trauma untuk melupakan janin yang dikandungnya..itu yang pernah aku dengar....just share untuk peringatan bersama.
BERSAMA MEMBANTERAS ZINA
klik SINI untuk tips yang berkaitan dengan membanteras Zina
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)
Hari nih hari sabtu...so, camner korang punyer weekend day???pegi mana???ade tengok cerita Merong Mahawangsa yang dah meletop - letop kat pawagam???
Aku pulak...baru je habis test yang markahnyer macam Final Exam...makanya aku perlu study dan tak boleh bersuka ria hari nih....esok, mungkin boleh..aku ingat nak ke IKEA...sapa - sapa yang terserempak aku kat sana, sila lambai tangan seperti Usop, Bekas Penari Kebudayaan...dalam citer Hantu Mak Limah tuh...aigoooo...tak kan korang tak tau...
emmm...kali nih aku nak share tips Jerawat yang aku amek dari YouTube jer ek...just share sesama...maklumlah...banyak sangat info yang menarik kat youtube nih...so, let check it out...ape yang bestnyer...okeh....just sharing the tips...
Menghadapi Jerawat..So...sila usha YouTube kat bawah okeh..
Kredit dari YouTube
p.s : aku pun nak ikut arr tips cam youtube nih kasik...kalu tak bermahawangsalah aku punyer jerawat....huhuhuhu...:(
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)
Minggu dih aku dah kemaruk lagu nih pulak....kisah cinta terlarang....pilu weh..pilu....:(
So, tak kirelah ek..aku nak share dan nak tempek kat sini....hhehe..sapa nak layan..jom layan...tak moh layan, buang kelaut noh....hehheeh:)
Isabella Feat Joe Flizo
Isabella Adalah...(Cinta)
Kisah Cinta Dua....
Dunia....(Ku Mencintainya Seperti)
Mengapa Kita Berjumpa....
Namun Akhirnya...(Namun)
Terpisah....
Ku Mencintainya Seperti...
Ku Mencintainya Seperti...
Laksama Tuah Dan Gusti Putri...
Retno DumillahUntuk Dia Ku Seberangi Selat,
Bertemu Suatu Menaiki Satu Pesawat,
Pada Mula Suaranya Buat Aku Hampir Tewas,
Bila Aku Lihat Wajah Aku Memang Hampir Tewas,
Sungguh,
Mata Cantik Macam Pernah Melewat,
Kapal Terbang Berlepas,
Ku Langsung Beralih Tempat,
Dia Mengizinkan Ku Duduk Di Pinggirnya Dengan Sopan,
Memperkenalkan Dirinya Sebagai Isabella,
Senyumannya Ramah,
Pertuturannya Manja,
Waktu Kami Bicara,
Waktu Tinggi Di Antara Kuala Lumpur Dan Jakarta....
Ku Telah Jatuh Cinta...
Dan Dia Pun Juga...
Bulan Jatuh Ke Riba,
Suka Sama Suka,
Walau Apa Halangan Atau Pancaroba,
Tetapkan Cuba Demi Isabella...
Dia...Isabella,(Cintaku...)
Lambang Cinta Yang Lara...(Ratuku..)
Tapi Sang Kerana...(Namun)
Adat Yang Berbeza...
Ku Mencintainya Seperti Dia,
Cintaku yang Pertama,
Seperti Dia Yang Ku Ingin Tua Bersama,
Setelah Ku Menunggu Untuk Sekian Lama,
Melengkapkan Ku Bagai Lagu Dan Irama,
Setiap Detik Di Jakarta,
Aku Di Sampingnya,
Dan Dia Di Sisiku Bagai Isi Dan Kuku,
Kita Berdua Tahu Walau Ramai Menggangu,
Kasihkan Tetap Utuh Dan Bertambah Kukuh,
Jadi, (Jadi)
Kita Mula Berbisik Lebih Dekat Genggam Tangan Lebih Erat,
Tubuh Di Peluk - Peluk Lebih Kuat,
Di Sinari Bintang - Bintang Di Angkasa Lepas,
Tidak Mahu Lelapkan Mata Walaupun Malam - Malam Pun Dah Lewat,
Hatiku Ditambat Bidadari,
Dan Bila Waktu Ku Harus Pulang ke Tanah Air,
Di Ruang Menunggu Dia Katakan Padaku,
Cintaku Tungguku Di Kuala Lumpur,
Yeah!!!
Dia...Isabella,(Cintaku...)
Lambang Cinta Yang Lara...(Ratuku..)
Tapi Sang Kerana...(Namun)
Adat Yang Berbeza...
Ku Mencintainya Seperti Uda Mencintai Dara,
Ku Perlukanya Bagaikan Ku Perlukan Udara,
Seperti Hamba Yang Menunggu Angin Lalu,
Namun Ku Rasakan Dirinya Amat Jauh,
Pencarianku Seperti Meraba Dalam Gelap,
Ku Menanti Panggilannya Siang Dan Malam,
Kemudia Tiba Hari Suaranya Di Ganggang,
Perbualan Pilu Yang Bermula Dengan Sayang,
Walaupun Ku Cinta Untuk Selamanya,
Kita Tidak Bisa Berdua Bersama,
Jika Kau Kasih Jangan Tanya Mengapa,
Kerana Hatiku Merana Dan Ku Jua Duka,
Berakhirlah Kisah Cinta Yang Terlarang,
Kita Cuma Manusia Hanya Bisa Merancang,
Sebak Di Dada Masih Terasa Hingga Kini,
Untuk Dia Aku Nyanyi Lagu Ini. Yeah!!
Dia...Isabella,(Cintaku...)
Lambang Cinta Yang Lara...(Ratuku..)
Tapi Sang Kerana...(Namun)
Adat Yang Berbeza...
Cinta Gugur Bersama...
Daun - Daun Kekeringan...
Moga Di Bukakan Pintu Hatimu Untukku,
Agar Terbentang Jalan,
Andainya Engkau Setia...
Oh Isabella....
p.s : camner..best tak bait - bait lirik joe flizzo nih???apa aku..sangat - sangat padu maut..menikam kalbu sanubari aku okeh...hangpa camner pulak???sila komen kalu mahu...
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)
hari nih aku tak tribute kat korang semua sebab sudi jadi follower dan silent reader....entry kali nih just meluah hati aku kat korang semua...sebab sudi baca entry aku yang entah hape - haper....hahahah....
oh ya, aku nak ucapkan terima kasih sangat - sangat kat korang, support aku punyer belog putik jagung nih...ek...so, aku nak tribute lagu kat korang semua...tett trett tet teeeetttt...mempersembahkan lagu Dangdut...
kredit kat yahoo image...
comel tak awek nih..aku entah biler dan camner la rupe awek aku nanti...hahahah:)
SEMUA UNTUK KAMU
penyanyi - Iwan dan penyanyi wanita nih aku tak ingat nama...maafkan aku ek...:)
Teruna......(Dara)
Kau selalu berdandan.....(ya ingin di pandang kamu)
Rambut mu di sisih......(ya ingin di pandang kamu)
Pipimu pakai bedak....(ya ingin dipandang kamu)
Bibirmu pakai lipstik....(ya ingin dipandang kamu) Baaannnggg..
Dara......(Teruna)
Kalau aku tetap cantik....(cintaku bertambah dalam)
yai yai yai....
Kalau aku tetap cantik....(diriku tak menyeleweng)
yai yai yai....
Oohhh ooo ya ya yai...
Dara
Semuanya untuk kamu,
Segalanya untuk kamu,
Sayangku cintaku,
Kasihku dan rinduku....
Sampai mati untuk kamu.....
Teruna
Pinta padamu juga,
Janganlah dibelah dua,
Kasihmu cintamu,
Berikalah padaku....
Teruna & Dara
Sayang,
Kaulah dambaan hidupku.....
Sayang,
Kaulah penglipurlaraku....
Ooohhh yayaya...
Ooohhhh yayaya...
Repeat semua lagu nih balik....1 kali okeh...
p.s : minggu nih, aku giler sibuk weh...cam runner pulak aku rase..assingment berlambak...tugas itu ini...jugak harus diselesain....aigooooo.....sila percaya okeh...;) peace no war....
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)
kredit kat kawan aku punyer FB...nama tak boleh reveal okeh.
Nih orang putih punyer advertisement...jap..jap..aku nak tulis balik..
He says ' No Condom" dan Minah - minah pulak...say "NO PLAY PLAY" sila buat gaya Phua Chu Kang okeh...hehehe..Phua Chu Kang, Jangan marah ek..aku petik nama anda..:)
Asalnyer...advertise camnih..adelah bertujuan untuk kesedaran Aids...ek....tapi, sedar tak sedar....orang putih telah mencocok minda kita dengan perkataan sebaliknya....emm..korang paham ker tak ape aku pikir...???haaa..nah aku kasik contoh mudah.....
Kalu kita diberi pilihan :
No Condom - No Play - Play...
MAKA...
If You Had Condom, You May Play - Play.....emmm...kaedah nih okehlah kalau dah berkahwin, suami or isteri telah dijangkiti Aids...kalau untuk orang bujang cam aku nih camner pulak???
Can You Enjoy Play - Play If You Had Buy Condom Everywhere????giler ke haper aku nak buat bende ngarut nih.....so...alangkah baiknya kalu slogan berikut digunapakai...
He says ' No Condom" dan Minah - minah pulak...say "NO PLAY PLAY"
kepada
He says ' No Condom" dan Minah - minah pulak...say "STILL NO PLAY - PLAY UNTIL WE GET MARRY OK. UNDERSTAND WHAT I SAID!!!!" dengan penuh nada kekerasan dan ketegasan...sila jangan ternoda ok....aku sayangkan girl - girl di luar sana...
p.s: Sungguh..jagailah mahkota korang semua ek...nih pesanan untuk aku ok...even aku lelaki pun aku punya mahkota aku sendiri...okeh...please....Peace No War...No Aids...No Play - Play....mak bapak tak suka...:)
Jangan Terasa Okeh...
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)
Hari nih, aku sibuk mengemas rumah..sampai terleka...terlupa nak hapdet belog kesayangan aku...hheheh..boleh terima tak alasan nih???kalu tak leh terima, sila buat begini....
Dengan penuh budi bahasa dan berintonasi rendah, sila buat pandang ke atas sambil putih mata sambil angkat kedua - dua tangan dan letakkan di dada....sentap mak nok...woohaaa...
ok..ok...kali nih aku nak share dengan korang pasal ilmu yang aku dapat masa aku buat khusus perkahwinan kat Pahang ek...nak kata hebat, praktikus belum lagi lah...makanya, kalu ade sesapa experiences yang boleh korang share dengan aku, itu lebih baik...betul tak???aku mengaku, aku masih dalam proses belajar lagi, so, please..people out there, tolong bantu kami yang muda mudi mengapai kecemerlangan dalam bahtera kekeluargaan ek....okeh...
mari aku mulai dengan ape yang aku tahu..kalu ade pertambahan, please komen ek...
20 Mengatasi Krisis Rumah Dan Tangga
Aku asingkan mengikut apa yang aku dapati dalam khusus tuh ek....please jangan terasa hati, jangan tersentuh, termeraung...ter...segala ek...ini adalah sesi sharing is caring..okeh.
Bagi Si Suami...sebab aku lelaki, makanya baiklah dimulai dengan kaum Adam
Please tunaikan tanggungjawab dan peranan yang sebenarnya kepada si isteri.
Please layanlah isteri dengan baik dan lembut lagi tomahdinah (itu aku tambah..hahha)
Please hindarkan kritikan, sindiran, ugutan dan kekerasan terhadap si isteri.
Please berikan pujian dan penghargaan kepada si isteri.
Please kerapkan kejersama dengan isteri dalam meningkatkan keharmonian.
Please bawa berbincang dengan isteri if ada masalah walaupun kecil.
Please berikan isteri perasaan aman, tenteram, selesa dan selamat.
Please memahami perubahan hati nurani isteri. Contoh, sedih, kecewa..ect.
Please tingkatkan hubungan seksual agar si isteri mendapat kepuasan yang diharapkan.
Please jangan membohongi isteri kerana mereka akan merasa dipermainkan jika diketahui diri dibohongi.
Bagi Wanita. Let continue bebeh...
Please kenalpasti keperluan suami dan berusaha untuk memenuhinya.
Please berikan pujian dan penghargaan tanpa meminta balasan.
Please buangkan sifat cemburu buta.
Please jangan menggunakan kritikan, serangan dan ugutan jika ingin mengubah sifat suami.
Please hilangkan perasaan bangga diri dan sombong.
Please layanlah suami dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
Please tinggalkan penggantungan pada ibubapa dan suamilah tempat mengadu.
Please rajinlah berbincang bersama suami, cara - cara mendidik anak dengan sempurna.
Please berdoalah agar sentiasa berada dalam kesabaran dan keimanan.
Ilmu ini digarap dari Khusus Perkahwinan Di Pahang, Tahun 2008. Perkataan 'please' tuh jer yang aku tambah..nampak lembut sikit kan...hehehhe...:)
p.s: haaa...okeh tak tips kali nih...ade lagi idea lagi, please share dengan aku...jangan pulak ader komen diskriminasi ek...please...komenlah secara membina...ilmu ini...mungkin dibaca oleh pasangan generasi depan...tuh pun kalu masih ada hayat dimasa depan..insyaAllah..:)
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)
Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.
Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.
Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.