Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Tuesday, November 26, 2013

Keluhan Proffesor Jusa B | Bekas Dekan IPTA

kredit dari pakcik goggle
Salam,

Hari ini just nak share keluhan seseorang lecturer di universiti di Malaysia. Banyak pekara yang kita tidak pernah lalui...harap dapat pertimbangan orang golongan - golongan tertentu.

Sumber dipetikan dari FB

Monday, November 19, 2012

Kedudukan AES | Perangkap Had Laju | Seluruh Malaysia | Part 2

Salam,

Seperti yang dijanjikan, ada part 2 untuk information Kedudukan AES. Tapi kali ini kedudukan AES dikenalpasti untuk tujuan Had Laju..so, silalah memandu kenderaan anda selaju siput yer...

yer..selaju siput....insyaAllah selamat wang, selamat nyawa, selamat anak bini, kucing, haiwan peliharaan....dan segala.....kalau belum membaca Part 1, silalah klik sini Kedudukan AES di Lampu Isyarat.

Friday, November 16, 2012

Kedudukan AES | Di Lampu Isyarat | Seluruh Malaysia | Part 1

Salam,

Berikut adalah laporan terkini kedudukan AES seluruh Malaysia. Perhatikan dan sila pandu kenderaan anda selaju siput yer....

Sekian, dimaklumkan kepada yang sudi menbaca.

Saturday, May 7, 2011

Hati - Hati Teknik Perompak Di Jalanan

Salam,

Hari nih aku nak share ape pesanan dari PDRM...yang ini akan buat korang lebih hati - hati...


Pesanan PDRM  

Jika anda sedang memandu di waktu malam,& cermin kereta anda dilepar telur ayam.Jangan on wiper@pancut air.Terus memandu dengan apa yang mampu dilihat,hingga tiba di tempat selamat.Ini kerana jika telur ayam bercampur dengan air ia akan jadi susu,& akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan mata kita,yang akan memaksa kita berhenti tepi jalan,& disitulah kita akan menjadi mangsa perompak.Inilah teknik baru digunakan oleh perompak...berhati2.......just share...

sumber asal diambil dari..Nota Nieeza

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Wednesday, May 4, 2011

Why Engineer...Why??

Salam,

Try look my new search....ala ter omputih siket...naaaa...scrooolll lah dan teliti..betul tak???

Soalan....

Kenapa Engineer...kenapa....porrrkeeeyayyy!!

Kredit dari Yahoo

Advantage 1: Secure lifestyle

An engineer boyfriend can provide you with a secure lifestyle. At 27 years old, an engineer probably has a respectable, stable job that gives him high income to own a car, invest, have a comfortable life, and get married and buy a house too.
Law graduates are still working as a lowly apprentice in law firm, most management graduates have just failed on their first business plan, the arts graduate is still looking for a job, and the medical school graduate is still living in a hospital.

Advantage 2: Unmatchable industriousness

An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and effort to understand you. Engineers strain really hard to understand their work. You can believe that they will try really hard to understand women too, just like how they understand their work, once they believe that you are the one. So even if they don't understand you initially, they will keep on trying.
Even if they still do not understand, they will figure out the correct method to keep you happy (e.g. buy diamond ring = 1 week's worth of happiness) and once they find out the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear.
Unlike the Lawyer who will argue with you, the Management graduate who will try to control your spending, the Arts graduate who will 'change major', and the medical school graduate who will operate on you. And you know what??? it's really so easy to make engineers believe that you are the 'one’. Say that you like one of their projects and they will be hooked to you forever...

Advantage 3: An engineer boyfriend will never betray your trust.

Let me first tell you what is wrong with the rest of the others... the lawyers will lie about everything, management graduates will cheat your money, the arts graduate will flirt, and you probably just look like another cadaver to the medical school graduate. Your engineer boyfriend is either too busy to have an affair, and even if he does, he is too dumb to lie to you about that.

Hence, an engineer is the most secure boyfriend that you will ever find – rich enough, will keep on trying to understand and please you, has no time for affairs, and too dumb to lie to you.

So girls out there, why procrastinate?!

*** Get an ENGINEER for your BOYFRIEND!!



Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Tuesday, May 3, 2011

Pembiayaan Peribadi MBSB Pakej Waslah Potongan Gaji Melebihi 60%....

Salam,

Korang semua....sape kene blacklis..saper..ini berita baik...okeh...boleh usha kalu soka....:)
  • Pinjaman sehingga RM300,000 selama 25 tahun
  • Kadar Keuntungan tetap Serendah 3.5%
  • Kelayakan gaji sehingga 80% potongan gaji tidak melebihi 60%
  • Bayar selepas 6 tahun
  • Payout sehingga 96%
  • Kakitangan baru sekurang2 ada 1 payslip boleh mohon
  • Kontrak Boleh Mohon Melalui Koperasi Yang Sedia Ada

Semak Kelayakan anda:  www.mbsbtemanku.com/form.php?aid=186

Atau Smskan Nama Penuh, No KP, Gaji Pokok + Elaun Tetap ,Potongan kwsp,Angkasa,Lain2 Potongan,Gaji Bersih ,Nama Jabatan..                 

Hubungi Segera Msarosnizan (Shahrul) 019 3066992  atau melalui email untuk sebarang pertanyaan.
*STATUS BLACKLIST JUGA BOLEH MOHON


p.s: lepas nih..sape yang terbukak cawangan baru..sila jangan serang aku naaaa..pi kawal sendiri..

.tersedak mak nokkkk...!!!

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Sunday, May 1, 2011

Gas Kentut Itu Bagus

Salam,

Fakta menarik yang aku jumper untuk share dengan korang....gi scroll kat bawah naaaa

“ Kentut , jika kerap dihidu boleh menyembuhkan pelbagai penyakitberbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain. Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu,” kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

kredit untuk Judin.

ehhh...nih bukan nama orang besau...jaaa.....hahhaks..

p.s : lepasnih, korang boleh lah hidu kentut masing2....nak lagi kaw punyer, makan durian bebanyak okeh....baru ader nikmat lagi terrrrrr baikkk....

p.s : ehh..yang nih p.s ke dua pulak...khas untuk pasangan yang dah kahwin...sila telan jugak kentut pasangan anda...barulah aman dan bertambah harmoni hubungan rumah dan tangga...dulu - dulu, masa bercinta kater kentut pasangan anda semerbak bunga....biler dah kahwin lain pulak jadinyer......inilah adat resam dunia.....alahai...kasihan si bunga...:)


kredit dari Yhaoo Image

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Saturday, April 30, 2011

Sape Soka Telan Ais...Ini Info Pasal Ais

Salam,


Lagi..nak share tips dan info dari officemate aku....okeh...sila tontoninyer punnn....hhahahaks:)


EFFECTS OF COLD WATER



Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.  Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan   menyebabkan   lemak berkumpul dan kita semakin gemuk   dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama  serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...


**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Thursday, April 28, 2011

Penyakit Jantung Bolehkah Dicegah???

Salam sayang,

hari nih aku nak share tips pasal jantung lagik....hahhahaks.

Penyakit Jantung - Bolehkah ia dapat dicegah tanpa menjalani pembedahan?
 
Dr. Satish Gupta dari India menyatakan bahawa, menerusi 'Program Rehabilitasi Kadialogi dan Kardiak (CAD)' yang beliau telah mencipta selama 10 tahun, pesakit-pesakit jantung yang menghidapi masalah tersumbat saluran darah dari 60 hingga 90% dapat menghapuskannya dan baikpulih sepenuhnya dalam tempoh 8 bulan. Punca utama hasil kejayaan  penyelidikan ini adalah berdasarkan membentuk gaya hidup sihat yang menjadi kunci proses pemulihan kesihatan ini.

Dr. Gupta dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan Perubatan Abad ke-21 dari Bangsa-bangsa Bersatu dan IAEWP serta Anugerah Saintis Cemerlang dari IBC, Cambridge, UK dan ABI, Amerika Syarikat.

Penyakit jantung merupakan pembunuh terulung yang membawa kematian sebayak 40% di seluruh dunia. Dr. Gupta telah berjaya membentuk Model Kesihatan Insan bagi Abad ke-21 yang meliputi aspek-aspek fisikal, minda, dan spiritual dalam proses mencegah serangan sakit jantung dan strok. Beliau telah menjelajahi seluruh dunia dalam menyebarkan hasil penemuan dan penyelidikan beliau. 

Dr. Satish Gupta akan memberi ceramah umum PERCUMA dalam Bahasa Inggeris bertajuk
"Perlindungan Jantung 3-Dimensi" (3-Dimensional Heart Care)
di Wisma MCA, Auditorium, Jalan Ampang pada 28 April 2010 (Khamis) pukul 7.00 malam.   
Risalah program ini disertakan bersama-sama ini.


Maklumat ini pasti dapat menyelamatkan nyawa seseorang! 
Jika kita sihat, produktiviti pasti meningkat!




Klik untuk pembesaran seluas - luasnyer..okeh...:)

kredit to Sarala Poongavanam

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Sunday, April 24, 2011

Iklan Baru Dari Churp - Churp Lagi...





Salam,

Lagi - lagi klik baru...untuk share dan tontonan umum...korang nak menang kete Honda pun booollleeehhh...okeh..

p.s : jom join dan klik kalu mau...boleh usha kat sebelah kanan lagi tuh...okeh....:)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Wednesday, April 20, 2011

Putusnya Tali Persahabatan

Salam,

Korang perasaan tak..dalam dunia nih...Dajjal dok tipu kita...semua bende dalam dunia nih kekal....tapi...SEBENARNYA semua bende adalah tak kekal....

camtuh gak dalam perhubungan kawan dan rakan sekerja....setelah kawan bagai nak giler....setelah bekerja bagai orang separuh mati...tapi disebabkan satu pekara..terus membuatkan kita terpinggir dan jauhhh dari mereka....mungkin....

mungkin sebab terlajak perahu....mungkin terlajak kata....mungkin terlebih cakap....dan mungkin sebab Simpan Pada Almari....

p.s : kesimpulannya, semua bermula dari MULUT dan HATI....so, paham tak kenapa Nabi S.A.W tak cakap banyak???


kredit to Yahoo Image

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Thursday, April 14, 2011

Cerita Pasal Sup Ekor

Salam sayang,

Enry nih aku amek dari ceramah agama dari luar....so...kalu korang nak amek iktibar...ameklah...percaya or tidak...lu orang pikir sendiri okeh...

cuba korang tengok bende nih....

Kredit kat Yahoo Image dan Potret Kasih Blog

sedap tak???perghhhh....kalu aku memang dah tak tahan dah weh..mau ja aku sebat Sup Ekor nih.....

kasik Sup Ekor belah lemak 1 bowl.....:)

tapi kan weh...korang pernah dengar tak cerita yang aku amek dari ustaz yang ceramah kat aku tempoh hari....ceritanyer gini...cer citer..ce citer...hahhahah

sumber sebenar...aku tak pasti...

Katanya, kalu semua lembu dipotong ekor untuk dimakan dan dibuat sup ekor, mana mungkin sesebuah negara dapat beri bekalan yang cukup untuk rakyat jelata. So, bermulalah program mengimport ekor lembu dari luar negara.....dan yang sadisnya, ada negara pengeluar ekor lembu mengexport ekor lembu sahaja....tanpa menyembelih seperti biasa...huhuhuhuhuhu...

p.s : so, adekah kite jugak termakan sup ekor yang diimport dari luar tuh......alamak.......patutlah aku nak study MASTER nak lekat ilmu pun payah...aigooo......ya Allah..maafkan aku sebab aku tak tahu.....tapi, aku minat giler sup ekor...camner ek????


kredit kat yahoo image

pokcik poeeeeiiii dulu naaa...hangpa yang doh makan ekor pokcik nok wat camno....jangan salohkan pokcik....pokcik tak tau, diorang kelar ekor pokcik samo....sakit weh....sakit...hehhehe.

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Monday, April 4, 2011

RM 3672.90...Nilai terkini....akan diterjah

Salam sayang,

Hari nih nak cerita pasal duit. Korang mesti nak terjah kan, bile ader orang cerita pasal duit..maklumlah, dunia kini amat mementingkan duit, even nak kahwin pun pakai duit riban - riban..melebihi RM 3672.90. hahahhaha...


kredit dari Nur Diana

sekarang aku nak tanyer korang, kalu korang perempuan kan..aper sebab korang or family korang mencekik darah biler bab duit - duit hantaran kahwin nih???ce citer sebab aper okeh....please...any women in da world, respon pleaseeee.....bakal bini Tukang Karut pun boleh respon..okeh...

p.s : untuk pengetahuan korang, RM 3672.90 tuh timbul sebab aku mimpi pagi tadi.....kire baru ja bangun dan terus pegi kerja.....hahahahah...ader kaitan tak dengan hidup aku....hanya Allah yang Maha Tahu.

p.s : kalu aku tengok cerita Arrival, lepas nih kita beralih matawang ke Israel...dan bertukar ke Duit Elektronik...so, please simpan duit yang ade sekang elok - elok...


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Wednesday, March 30, 2011

E- Mail Pemalsuan LHDN

Salam sayang,

Cerita gempar, pemalsuan email yang dikenalpasti....sila check sebelum terlambat..kang menyesal tak sudah.....okeh...kredit to Mrs. Rosminah atas pemberian info nih...





p.s : so, sekarang nih...dunia dah makin canggih...IT sana sini...so, please beware aper - aper maklumat yag korang dapat.....heheheh...silap - silap, aku punyer maklumat nih pun salah...aigoooo....sila percaya ini adelah maklumat benar...dari LHDN, untuk dikongsi bersama.


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Monday, March 21, 2011

Maybe....

Salam sayang,

Hari nih aku nak share cerita dari my pren officemate...heheh..let rolled out ek....opss..lupe nak gitau, entry kali nih berbahasa omputih british british ek....




MAY BE…

Maybe. . we were supposed to meet the wrong people before meeting the right one so that, when we finally meet the right person, we will know how to be grateful for that gift.

Maybe . . . it is true that we don't know what we have until we lose it, but it is also true that we don't know what we have been missing until it arrives.

Maybe . . . the brightest future will always be based on a forgotten past; after all, you can't go on successfully in life until you let go of your past mistakes, failures and heartaches.

Maybe . . you should hope for enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep you human, and enough hope to make you happy.

Maybe . . . the happiest of people don't necessarily have the best of everything;

they just make the most of everything that comes along their way.

Maybe .. . . the best kind of friend is the kind you can sit on a porch andswing with, never say a word, and then walk away feeling like it was the best conversation you've ever had.



Maybe . . . happiness waits for all those who cry, all those who hurt, all those who have searched, and all those who have tried, for only they can appreciate the importance of all the people who have touched their lives.



May be . . you should do something nice for someone every single day, even if it is simply to leave them alone.

Maybe . . . there are moments in life when you miss someone -- a parent, a spouse, a friend,

a child -- so much that you just want to pick them from your dreams and hug them for real, so that once they are around you appreciate them more.



Maybe … giving someone all your love is never an assurance that they will love you back. Don't expect love in return; just wait for it to grow intheir heart; but, if it doesn't, be content that it grew in yours.

Maybe .. . . you should dream what you want to dream; go where you want to go,

be what you want to be, because you have only one life and one chance to do all the things you dream of, and want to do.

"Life is only travelled ONCE; Today’s MOMENT becomes Tomorrow’s MEMORY.
Enjoy every moment, good or bad, because the GIFT of LIFE is LIFE itself…."



Try Positive Thinking



Don't wear a frown, try positive thinking, Laugh at your troubles instead....


p.s : kredit buat MR. R.
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Sunday, March 6, 2011

Kegilaan Yang Meroyan

salam sayang,

kredit dair Yahoo image.

itu adelah titik akupuntur...okeh...so, picit lah mana yang patut..okeh

malam nih aku nak buat entry seringkas boleh...mission entry ini adelah untuk memenuhi hanya 100 patah perkataan sahaja....haaa..dah berape perkataan sekarang...japp..aku kira....29 patah...okeh..sambung...

Tajuk Kegilaan yang Meroyan nih sebab minggu sudah..aku dah tak cukup kaki....minggu nih..aku dah tak cukup otak untuk berfikir...sebab minggu depan aku ade asingment...

so, jadilah aku kegilaan yang meroyan....okeh...tammat..

p.s : sila buat keje awal...kalau tak, jadilah seperti aku...kegilaan yang meroyan. 80 patah perkataan...tidak termasuk (80 patah perkataan...kalu termasuk, jadilah 83, oh..tidak...kesemuanya adalah....96 patah perkataan sahaja. Titik.....(100)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Sunday, February 20, 2011

Tips Mengatasi Krisis Rumah Dan Tangga

salam sayang,


Hari nih, aku sibuk mengemas rumah..sampai terleka...terlupa nak hapdet belog kesayangan aku...hheheh..boleh terima tak alasan nih???kalu tak leh terima, sila buat begini....

Dengan penuh budi bahasa dan berintonasi rendah, sila buat pandang ke atas sambil putih mata sambil angkat kedua - dua tangan dan letakkan di dada....sentap mak nok...woohaaa...

ok..ok...kali nih aku nak share dengan korang pasal ilmu yang aku dapat masa aku buat khusus perkahwinan kat Pahang ek...nak kata hebat, praktikus belum lagi lah...makanya, kalu ade sesapa experiences yang boleh korang share dengan aku, itu lebih baik...betul tak???aku mengaku, aku masih dalam proses belajar lagi, so, please..people out there, tolong bantu kami yang muda mudi mengapai kecemerlangan dalam bahtera kekeluargaan ek....okeh...

mari aku mulai dengan ape yang aku tahu..kalu ade pertambahan, please komen ek...

20 Mengatasi Krisis Rumah Dan Tangga

Aku asingkan mengikut apa yang aku dapati dalam khusus tuh ek....please jangan terasa hati, jangan tersentuh, termeraung...ter...segala ek...ini adalah sesi sharing is caring..okeh.

Bagi Si Suami...sebab aku lelaki, makanya baiklah dimulai dengan kaum Adam

  1. Please tunaikan tanggungjawab dan peranan yang sebenarnya kepada si isteri.
  2. Please layanlah isteri dengan baik dan lembut lagi tomahdinah (itu aku tambah..hahha)
  3. Please hindarkan kritikan, sindiran, ugutan dan kekerasan terhadap si isteri.
  4. Please berikan pujian dan penghargaan kepada si isteri.
  5. Please kerapkan kejersama dengan isteri dalam meningkatkan keharmonian.
  6. Please bawa berbincang dengan isteri if ada masalah walaupun kecil.
  7. Please berikan isteri perasaan aman, tenteram, selesa dan selamat.
  8. Please memahami perubahan hati nurani isteri. Contoh, sedih, kecewa..ect.
  9. Please tingkatkan hubungan seksual agar si isteri mendapat kepuasan yang diharapkan.
  10. Please jangan membohongi isteri kerana mereka akan merasa dipermainkan jika diketahui diri dibohongi.
Bagi Wanita. Let continue bebeh...
  1. Please kenalpasti keperluan suami dan berusaha untuk memenuhinya.
  2. Please berikan pujian dan penghargaan tanpa meminta balasan.
  3. Please buangkan sifat cemburu buta.
  4. Please jangan menggunakan kritikan, serangan dan ugutan jika ingin mengubah sifat suami.
  5. Please hilangkan perasaan bangga diri dan sombong.
  6. Please layanlah suami dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
  7. Please tinggalkan penggantungan pada ibubapa dan suamilah tempat mengadu.
  8. Please rajinlah berbincang bersama suami, cara - cara mendidik anak dengan sempurna.
  9. Please berdoalah agar sentiasa berada dalam kesabaran dan keimanan.

Ilmu ini digarap dari Khusus Perkahwinan Di Pahang, Tahun 2008. Perkataan 'please' tuh jer yang aku tambah..nampak lembut sikit kan...hehehhe...:)

p.s: haaa...okeh tak tips kali nih...ade lagi idea lagi, please share dengan aku...jangan pulak ader komen diskriminasi ek...please...komenlah secara membina...ilmu ini...mungkin dibaca oleh pasangan generasi depan...tuh pun kalu masih ada hayat dimasa depan..insyaAllah..:)


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Saturday, February 19, 2011

Siapakah Idola Korang?????

Salam sayang, 

Hari nih aku nak bercerita pasal bab - bab idola nih. Malaysian Idol atau Amerika Idol tuh tak termasuk okeh....

Setiap orang dalam dunia nih mesti ade idola korang masing - masing kan. Kalu korang tak de tuh, aku tak tahulah. Mungkin berbeza dari orang lain..so, angkat tangan okeh, kalu korang tergolong kat sini...geng tak suka ber idola do re mi fa so la ti do....haiiishhhh.....awat aku melalut nih...dah tak der keje...

Sambung balik.

Kurang - kurang pun, ibu bapa korang jadi idola kan...kan...ibu dan ayahlah yang mendidik kita sampai besar, umur dah tua bangka still terkenang - kenang, tercall - call, teringat - ingat kat kampung halaman kan..buktinya senang jer, kalau ade cuti panjang sikit, mesti cari akal pulang ke kampung halaman. Siapa tak suka balik kampung sila angkat tangan dan buat gaya lenggok - lenggok Usop Wakil Penari Kebangsaan dalam cerita Hantu Mak Limah Balik Kampung ek....hahhaha

Ha a, yang angkat tangan cam Usop, sila mulakan komen anda dengan perkataan berikut dalam komen anda:

Saya Menyokong Usop, Kiter Bako...Kiter Bako...korang taip ringkas jer ek...(K.B)..ada bran???

ok..ok..Kalu korang tergolong dalam geng meng 'idola' kan ibu bapa sendiri..Syabas Beteeey Ucapkan..Syabbas...Beteeey...Syabbasss!!!Tapi, yang aku cari adalah idola selain ibu bapa..korang key..

Let say..haaa..dah omputih pulak...tukar.tukar. Sebagai contohnya, idola korang mungkin yang tersenarai:

  1. Tun Dr. Mahathir Mohamad
  2. Tun Abdullah Ahmad Badawi
  3. Dato' Seri Najib Bin Tun Razak
  4. Dato' Seri Dr.Utama Rais Yatim
or mungkin korang suka idola luar negara pulak....
  1. Adam Lambert
  2. Mariah Carey
  3. Albert Einstein
  4. Hosni Mubarak
  5. Adolf Hitler
  6. emmm...mungkin banyak lagik...korang kan ada calon yang lagi best...hheheh
So, meh sini aku citer siapa idola aku....mula - mula tentulah ibu dan bapa jadi pilihan..tapi tuh tak kira okeh..then aku kasik korang 3 orang yang aku anggap idola. Idola tuh just idola, tak der maksud lain okeh..takder..korang jangan tersinggung pulak..

meh sini aku revealkan kat korang...tiga orang...pasnih mungkin ke 4...hehe...makin tua umur kita..mungkin makin banyak idola kita. Emmm....3 orang jer setakat nih...nah..my idola aku :

  1. Rasullullah S.A.W
  2. Zhuge Liang @ Sleeping Dragon
  3. Lui Bei 
Zhuge Liang...Kredit kat wikipedia


Lui Bei...Kredit kat wikipedia

p.s: so, ape pulak korang punyer idola, meh sini share dengan aku...kiter bertukar - tukar idea...please state 3 orang calon idola korang ek....:)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Friday, February 18, 2011

Tips Penjagaan Gearbox....Buatlah Ia Seperti Awek, Okeh

Salam sayang,

hari nih, aku baru jer pergi bengkel kereta..nak pasang kangroo bar yang dah damage arituh...hope petang nih siaplah gamaknya...kalu tak, lambatlah aku pergi kelas hari nih. Pada tokey kedai kangroo bar, please kasik siap cepat - cepat okeh...hahhaha..giler aper aku hantar message nih dalam tenet, bukan tokey kedai tuh nak tengok pun. Hahahahaha....

Em, oleh sebab ari nih mood bertukar kepada kereta, aku nak share dengan korang lagi tips terbaru untuk tontonan korang. Tips nih aku dapat dari kawan opis aku, so kredit pada En. N. okeh..taknak kasik nama penuh, just nick name je, nanti ade pulak orang nak saman aku. Dohla duit ciput, kalu riban - riban, takper gop. Still kene banyak belajar lagik dengan otai - otai kereta.

Ok.Ok..banyak pulak intro aku hari nih. Jom terus rolled bawah, usha tips terbaru aku. Ade pertanyaan, sila tanye tokey kedai kereta.okeh.


Info Kereta : Tips Penjagaan Gearbox

Kredit dari Mudah.my
Gearbox Wira




Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta.

Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box.
Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.


Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda.
Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda.
Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan “normal operating temperature” sepanjang masa.
Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box(ikut panduan dalam manual kereta).
Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima.


JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.


MANUAL


Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth.
Ini boleh memendekkan jangka hayat clutch plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. 

JANGAN CUBA LAKUKAN ‘SPIN WHEEL’.

Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik).Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu. Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.



AUTOMATIK

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3.
Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan “overdrive button”.
Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button.

Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam.
Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah(bergantung pada jenis kereta). Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak.

kredit dari Yahoo Image


JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR.


Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar. Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah ‘mati’. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.


Akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba ‘belai’ dan ‘memandu dengan lemah lembut’.

kredit dari Blog Amnan

kredit dari Yahoo Image

p.s: haa...camner dengan tips kali nih..ok x???emmm...jangan luper ek, buatlah gearbox korang camne korang jaga awek or isteri korang yer.....untung - untung bila korang jaga gearbox, tak yah lah spent duit lebih - lebih, dan boleh enjoy ke tempat lain...beli lipstik or alat mekap untuk si isteri lebih baik...wooohaaa..


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Thursday, February 17, 2011

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Salam sayang,

kredit dari Yahoo image

Hari nih aku nak share lagi tips dengan korang tips nak tahu ciri - ciri orang yang mencintai korang deep - deep giler...Untuk pengetahuan korang la, entry nih aku dah peram sejak aku start blogging lagik, cuma aku tak release je dalam internet....sekarang baru aku release....hahahah....jangan korang tanyer kenapa aku tak release pulak...okeh.

oklah korang, taknak buang masa...jom tengok apa yang aku peramkan dalam edit posts aku tuh...sila baca dengan tenang dan slow - slow..sebab entry nih mungkin amat panjang....okeh...

let rolled it bebeh....


Dalam kehidupan kita, kita tak perasaan atau tak sedar apa yang dilakukan dan gerak geri seseorang tu menunjukkan satu petanda yang dia mencintai kamu..sebenarnye, orang yang macam nie tak nak kamu tahu secara terus dari mulut dia, tapi menunjukkannye melalui PERBUATAN..so, kat sini, nak kongsi dengan korang 24 ciri or tanda yang si dia mencintai kamu, jom usha:


1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu..yang dia tahu, di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tak peduli! Baginya, yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya..fuhh~

3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, di hati dan matanya, kamu yang tercantik walaupun mungkin berat badan kamu dah bertambah..hoho

4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu..

5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', selamat hari minggu', 'gudnite', 'take care', dan sebagainya, walaupun kamu tidak membalas SMS nya..alahai, ciannye..huhu..si dye buat macam tu, sebab dengan kiriman SMS itu lah dia dapat menyatakan cintanya dengan cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung AYAT selain kata cinta tu..

6) Jika kamu menyambut hari lahir dan kamu tak jemput si dye ke majlis tu, setidak-tidaknya dia akan telefon atau SMS untuk ucapkan selamat hari lahir..

7) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan, mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah pown melupakannya, kerana bagi si dye, memory tu merupakan memory yang istimewa/berharga untuknya..sekiranya saat si dye bersama kamu tu tak boleh berulang selalu, mesti si dye akan sedeh atau menangis kerana terlalu mencintaimu..

8) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, sedangkan, mungkin kamu sendiri dah pown lupa yang kamu pernah ungkapkannya..kamu memang lupa, tapi bukan orang yang mencintai kamu..


9) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, mungkin dye pinjam CD milik kamu tu sebab nak tahu apa yang kamu suka, apa kegemaran kamu..walaupun si dye mungkin sukar untuk meminati kesukaan kamu, tetapi dye akan berusaha sehingga berjaya..

10) Kalau kali terakhir kamu dan si dye bertemu, waktu tu, kamu tak sehat, selesama ke, batuk-batuk ke dan sebagainya, si dye akansentiasa mengirim SMS atau telefon untuk bertanyakan keadaan kamu..ini kerana, si dye mengambil berat dan bimbangkan kamu..

11) Jika kamu mengatakan yang kamu ada test/exam, si dye akan bertanya bila ujian itu akan berlangsung, dan bila harinya tiba, si dye akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu..

12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi diri kamu, itu sesuatu perkara yang biasa, tapi baginya barang itu sangat istimewa..



13) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung..kenape??..sebenarnye, saat itu, si dye berasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya..kahkahkah
14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu..

15) Jika suatu saat kamu harus berpindah ke tempat lain, dia akansentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu..

16) Di hatinya, dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah tak dengar, 'jauh dimata, dekat dihati??'..hehe

17) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang KEKASIH SAHAJA..

18) Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari..atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS..sebenarnya ketika itu die sedang memikirkan kamu..Lol, KANTOI..haha

19) Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuatkan kamu pening kepala..ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu, dia akan meminta maaf dan tak akan melakukan kesalahan yang sama..

20) Jika kamu memintanya untuk mengajarmu sesuatu, dia kanmengajar kamu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang TERBODOH di dunia! wakaka~ si dye akan rasa gembira sekiranya dapat membantu kamu dan dia tidak akan pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan kamu..tapi kamu jangan ler mintak permintaan macam PUTERI GUNUNG LEDANG..nak hati nyamuk, nak itu, nak ini..hehe

21) Nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nyasekiranya kamu melihat handphone-nya..dan dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun kiriman SMS itu dah berbulan atau bertahun yang lalu..dia juga akan menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya..

22) Jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dan sekiranya dia akan menyedari tindakan kamu itu, dia akan menghilangkan atau cuba menjarakkkan dirinya dari kehidupan kamu walaupun tindakan itu membunuh/melukakan hatinya..

23) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya peluang atau kesempatan, dia akan ada menunggu kamu kerana dia tidak pernah mencari orang lain, dan sememangnya sentiasa mencintai dan menunggu kamu..

24) Orang yang mencintai kamu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin tahu, kerana baginya, dia tidak mahu membebankan kamu dengan kerenahnya..

Hmmm, so, agak-agak, pernah tak ade orang yang buat tindakan/ciri-ciri macam kat atas nie?? dup dap dup dap dup dap..pk pk..hehehe..kalau ade, cuba hargai ORANG tu.. ;P kalau nak tolak, cuba tolak dengan cara yang baik..ok? tapi, seelok-elok nya, cuba hargai orang tu, YOU WILL REGRET kalau tak tau nak sayang orang yang macam nie..ye laaa, quite rare kan nak cari orang yang macam nie zaman sekarang..kan kan.. ;P

p.s: rugi ooo kalu dah terjumpa orang camnih...dipersia - siakan....pada korang, please jaga orang kesayangan korang baik - baik..okeh....jangan kasik tikam sama belakang diorang....kasihanilah hati dan persaaan mereka....okeh...bubuy.:) 

Credit to: TentangCinta.com



Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...