Showing posts with label shoping. Show all posts
Showing posts with label shoping. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Promosi Dari Maybank Datang Lagi

Salam sayang,


Hari nih, aku nak share dengan korang yang duduk area Sitiawan, Manjung, Air Tawar Dan Lumut...Pangkor jugak tak terkecuali okeh....

Esok, 8 March 2011, jam 9 hingga 4 petang....

Jom sama - sama memeriahkan Karnival Maybank - Pos Malaysia di Pejabat Pos Ayer Tawar......aku rase first time ever arrr transaksi Maybank di kaunter tuh akan adiberi hadiah....okeh...dapat hadiah freee..okeh....

So...aper lagi weh...korang yang duduk area berdekatan...jom memeriahkan majlis....untuk mendapat hadiah free....aper yang freenya????itu aku tak tahu....

p.s : ish...aku dok area KL pulak...masa nih....tak boleh arr nak rembat hadiah free....sapa - sapa dapat hadiah free tuh, gitau ek....dapat hadiah aper ek....okeh....then, jangan lupa esok...key...esok....disana - disana....eceh, dah cam promoter TV 20 pulak...hhehe

:P

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Friday, February 18, 2011

Tips Penjagaan Gearbox....Buatlah Ia Seperti Awek, Okeh

Salam sayang,

hari nih, aku baru jer pergi bengkel kereta..nak pasang kangroo bar yang dah damage arituh...hope petang nih siaplah gamaknya...kalu tak, lambatlah aku pergi kelas hari nih. Pada tokey kedai kangroo bar, please kasik siap cepat - cepat okeh...hahhaha..giler aper aku hantar message nih dalam tenet, bukan tokey kedai tuh nak tengok pun. Hahahahaha....

Em, oleh sebab ari nih mood bertukar kepada kereta, aku nak share dengan korang lagi tips terbaru untuk tontonan korang. Tips nih aku dapat dari kawan opis aku, so kredit pada En. N. okeh..taknak kasik nama penuh, just nick name je, nanti ade pulak orang nak saman aku. Dohla duit ciput, kalu riban - riban, takper gop. Still kene banyak belajar lagik dengan otai - otai kereta.

Ok.Ok..banyak pulak intro aku hari nih. Jom terus rolled bawah, usha tips terbaru aku. Ade pertanyaan, sila tanye tokey kedai kereta.okeh.


Info Kereta : Tips Penjagaan Gearbox

Kredit dari Mudah.my
Gearbox Wira




Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta.

Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box.
Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.


Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda.
Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda.
Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan “normal operating temperature” sepanjang masa.
Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box(ikut panduan dalam manual kereta).
Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima.


JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.


MANUAL


Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth.
Ini boleh memendekkan jangka hayat clutch plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. 

JANGAN CUBA LAKUKAN ‘SPIN WHEEL’.

Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik).Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu. Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.



AUTOMATIK

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3.
Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan “overdrive button”.
Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button.

Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam.
Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah(bergantung pada jenis kereta). Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak.

kredit dari Yahoo Image


JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR.


Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar. Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah ‘mati’. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.


Akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba ‘belai’ dan ‘memandu dengan lemah lembut’.

kredit dari Blog Amnan

kredit dari Yahoo Image

p.s: haa...camner dengan tips kali nih..ok x???emmm...jangan luper ek, buatlah gearbox korang camne korang jaga awek or isteri korang yer.....untung - untung bila korang jaga gearbox, tak yah lah spent duit lebih - lebih, dan boleh enjoy ke tempat lain...beli lipstik or alat mekap untuk si isteri lebih baik...wooohaaa..


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Monday, February 7, 2011

Tutorial Melipat Baju

Salam sayang,

Chotto matteh mina san....

hari nih, aku xde mood pulak...makin petang makin xder energy.....aigoooo....so, aku dengan kemalasan tahap gaban nak share dengan korang macam mana nak melipat baju cara orang kedai kat mydin, kat SOGO...kat mana - mana ar...semua lebih kurang jer...so, pi try rolled dan klik ek kat bawah...



p.s : camner, pasnih korang pulak pakt - pakat lipat kain cara orang kedai buat ek....nak hagi heaven, siap balut boh dalam plastik...hahahhaha...


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Thursday, February 3, 2011

Nak Pilih Brand Lappy Mana Satu Nih???

Salam,

Hari nih aku nak mintak pendapat korang, yer arr..kadang - kadang kalau nak buat keputusan, kene gop mintak pandangan secara meluas...barulah keputusan tuh gempak....betul x???


kredit dari Yahoo Image
Laptop Apple...perh.....pakai Mac pulak...xpakai windows...huhuhu

So far, adik aku tanya kat aku, mana satu brand laptop yang best??? ada ke dia tanyer aku...aku bukannyer pakar bab gini...bab laptop or lappy lappy nih....so, oleh sebab aku pun x tahu nak jawab macam mana, apa kata aku terus je mintak pendapat secara umum gitu. Betul x korang???

Emm..sepanjang pengamatan koranglah, brand laptop aper yang best dan lebih tahan lama???Adik aku cakap, brand Compact dan HP still x beberapa elok....brand Acer pulak pun aku tanya kedai, barang sparepart mudah dapat, cuma kadang - kadang still x beberapa elok...huhuhuhu..

pening ar aku weh....still x tahu mana satu brand yang tahan lama dan puas hati pakai....:(

p.s: Korang ada cadangan??Harga dalam lingkungan RM 2500 - RM 3000...kalau ada, please share dengan aku ek...okeh.....

p.s : Lagi satu, kalau nak beli laptop, sekarang mesti dapat murah siket kan..maklumlah..mood dalam CYN lagik kan....pada tokey Laptop....kasik arr discount siket meh....untuk adik aku....bleh??


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Wednesday, January 19, 2011

Mari Menimbang Berat Dan Letak Tangan Ke Dada

Salam sayang,

Hari ini, aku nak share dengan korang pasal kejadian benar - benar berlaku di sekitar Shah Alam. Kali ni aku nak share gambar - gambar pulak dengan korang ek....stay tune dan tengok dengan teliti. Sebab, ade gambar yang kurang jelas pada nombor berdigit 2 tuh ek....kalu x selas, sila klik secara kegemokkan. Kalu x boleh nampak jugak, korang tempek kat desktop korang dan terus guna Adobe photoshop ka, ape -aper lah..asal boleh zoom sampai terjuling - juling cam Fatimah Juling....opppsss...pada Fatimah Juling, anda telah ter ' famous' kat sini....

kui3x;)

Ok..roll on babeh...

Berat No 1....dan kenyataan di belakang kad yang diberikan adelah......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makanya....orang yang berat nombor 1 sangat - sangat digilai dan perlu dikejar oleh gurl di luar sana.....

Mari tengok berat nombor yang kedua.

Berat No 2....dan kenyataan di belakang kad yang diberikan adelah......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makanya....orang yang berat nombor 2 perlu jugak dikejar oleh gurl di luar sana........

Mari tengok berat nombor yang ketiga.

Berat No 3....dan kenyataan di belakang kad yang diberikan adelah......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makanya....orang yang berat nombor 3 perlu buat aper ek........boleh bagik pendapat korang....kui3x

p.s: Pada kawan aku yang terasa....wahai sahabatku yang aku kasihi....bukanlah tujuan untuk menunjuk bagai....bukan jugak untuk mengutuk - kutuk....tapi nilai korang nih kan...boleh menghiburkan aku masa aku tua nanti.....sure aku tergelak sambil tunjuk kat cucu - cucu aku.....nenek dia entah sapa...mungkin cucu angkat kot....woohaaa..

p.s : Pada korang pulak, cuba try teka..aku terbabit ka tidak dalam aktiviti riadah kali nie...hehhehe;)


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Tuesday, January 4, 2011

Biskut Yang Telah Di ' Banned' Oleh AVA

Salam sayang,

Hari ini aku dapat info yang agak sahih untuk korang perhatikan. Sorry ek, kalu laoding lambat, pasal aku bubuh semua picture yang aku kene amek dari format PDF. So, korang baca ek, panjang sangat kalu aku taip satu - satu. Lagipun, korang bukan suka tengok gambar ker....so jom tengok gambar ja ek....

p.s : korang klik arr satu - satu untuk pembesaran kanta mata. Ek...
p.s : oh yer, kalu korang tawu nak tukar format PDF ke blog, korang gitau ek..aku kene belajar lagik...so sifu - sifu, tongga -tongga, harap komen ek...kui3x.



















kalau suka, boleh like :)

Monday, December 27, 2010

Big Gathering Untuk Blogger Di Time Square

Salam piweet..piweet..

Semalam, aku dah ter'clash' dengan 2 event serentak...1. event Big Gath kat Times Square dan yang ke 2. event sport bowling anjuran majikan aku yang baik hatinya. Dengan rasa rendah diri, aku xdapat nak hadir ke event ke 2 pasal aku da janji dengan 1st timer BIG GATH anjuran MELROMEO dan rakan - rakannya. Soriii..andai ku boleh kerat tubuhku menjadi 2 kan senang...hahahh..

So far, meh aku nak boh figura - figura aku n blogger - blogger yang Affamoss sa....(perkataan diambil bile aku dekatkan perkataan famous amos)

~semangat giler aarr aku walaupun kaki terseliuh patah riuk...memang happening ooo...rugi kalu x pergi.~

kredit untuk BEAN MORENO
aku paling hujung...yang paling tinggi : MELROMEO dan BEAN MORENO

kredit untuk BEAN MORENO
posing paling aku gemar. dok membelakangkan kamera. aku dok dgn si HAZMAN ARIF

kredit untuk BEAN MORENO
posing bersama botol air.Sila tengok cara aku memegang botol, ade cara cam aku pegang KATANA x?? Si kacak mata tuh sebenarnyer CARL SAMSUDIN

kredit untuk BEAN MORENO
tengah seronok tengok korang ber ' celoteh'. yang tengah bukak mulut tuh, isteri kepada BEAN MORENO. HAAIEN SEPET 

kredit untuk BEAN MORENO
aku di balik dinding, ingin bertransform jadi 'sesumpah' color MERAH...oh..tidak, nanti sama sgn GTO..jgn marah ek...yang tengah cakap2 dgn GTO tuh FREAK-ID

Si gadis comei berbaju putih paling depan tuh HANA.

kredit untuk BEAN MORENO
Ini adalah acara tepuk amai - amai. comel gop si tudung pink nie GADIS TERBILANG ,1,2,3.. minah ade taring kat gigi kiri dia ooo...heheheh...jgn mare ek....

POOH dan aku sedang membuat tepuk amai - amai....sampai cucur atap...hahahha...


kredit untuk BEAN MORENO
aku dok dekat dgn CIK EPAL gojeng n CIK HELENA...memang mantooopppp arrr dia.

esok, aku updates lagi figura dalam handpond cikai aku nieee..yang nie..terbaikk punyerr lorr...


p.s : still berminat dgn GA aku...tarikh tutup 15 Januari 2011. Klik SINI kalu berminat.

p.s : semua figura diambil dari Face Book BEAN MORENO.Aku xde kamera. 

p.s : pada sesiapa yang tidak disebutkan namanya, jgnla marah. Aku bukan leh ingat nama korang semua...maklumlah blogger newbie. Kalu korang nak updates nama sorang - sorang, gitau aku ek..aku kene banyak belajar dari korang yang blogger Afamosssss sa nie....

menjeeerittttttttt......CIK EPAL ,TIA n HANA....aaaaaaa..updates esok pulak.

heheh..jgn mare ek...:)

Thursday, December 16, 2010

Moroccan Rose - Rose Du Maroc

Salam sayang kat korang,

kali nih nak share citer pasal minyak wangi yang aku rase ramai girlz - gilrz kat luar sana pakai. Lepas di 'test' lat kedai yang jual perfume nie, aku rase nak bagi bintang lah kat product nih...nah, amek selepuk. 

10 / 10 bintang...penuh.markah penuh. 

Antara lain xtiviti aku kat kuantan tempoh hari tuh adalah untuk mencari sebuah pefume yang pada aku sgt2 wangi. dek penangan aura aroma kawan aku pakai. So, aku pun pergilah ke kedai yang kawan aku suggest. Sememangnyer kedai tuh sangat famous amos dikalangan girlz - gilrz, sampaikan aku gi usha kat kedai tuh terus ade ayat gini:

Penjual Wanita Berwajah Ayu  : Nak beli perfume ker?
Yutaka  : Yer, sy nak tawu ade jual perfume bawu ROSE???
Penjual Wanita Berwajah Ayu : Ada.Ada. Yang nie kami buat promotion price, RM 75.Perfume nie diperbuat dari 100% dari bawu ROSE sebenar dan xde bahan berasaskan haiwan.
Yutaka : Oh yer ker. Nama perfume nih MOROCCAN ROSE ek...woohaaa...(betul...kawan aku cakap..memang betul. x sia - sia aku tanyer dia secara direct.)
Penjual Wanita Berwajah Ayu : Nih nak beli untuk awek ker???
Yutaka : Grrrrrr....

So.aku pon survey ja..just survey semua perfume dalam tuh hampir 45 minit abes semua info aku tanyer....tapi, yang Japanese Cherry Blossom perfume, bawu dia aku x suker....

Dan, akhirnya, aku beli atas pertolongan kawan aku tuh...nak cari kedai BODY SHOP...kang kee tanyer soalan yang sama.....huhuhuhuhu.


Kredit kat BODY SHOP webpage

p.s: pada kawan aku tuh...Cik Puan T.....tq ek..like u very very MUCH. Ehhhh...like ur aroomaaa so so much.

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...