Showing posts with label cool. Show all posts
Showing posts with label cool. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Tips Mendapat Ketenangan Dalam Senaman.

Salam sayang,

hari nih, aku nak share pulak kebaikkan solat. Emm...mestilah ramai yang taukan....hadoiiii....aku yang tak tahu....hohohoo...so, sebelum aku lupa dan nyanyuk di masa tua nanti...baik aku share kat sini untuk pedoman aku dan sapa - sapa yang nak baca okeh.....heheheheh:)

entry nih agak panjang....sila bersabar dalam men 'scroll' ka bawah okeh....:)


kredit dari Mrs. S jugak.....hehehehe



Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.


Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain, katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )



p.s : terima kasih pada Mrs. S...my opis klik....pada Mrs. S, sila terharu okeh....hahahhaha....siapa lah parent Mrs. S nih....sejuk perut maknyer mengandung....woooohaaaaa.

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Monday, February 21, 2011

Nuffnang Dan Blogger Saling Berhubung

Salam sayang,

hari ini aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada follower baru dan semua reader aku yang baru lagi yang lama memang sah - sah aku tak lupa...emm...yer ar, memang tujuan asal aku berbelog adalah untuk mencari kawan baru ek.betul tak???...Sambil - sambil tuh ader rezeki...apa salah mencuba benda yang lain pulak kan...contohnya...join Nuffnang ker...Churp - Churp ker..or iklan lain - lain...terserah pada korang pikir mana yang best, mana yang seronok untuk join..ok...

So, aku bukanlah nak cakap mana program iklanika ape yang best.....okeh...terduduknya aku kat depan monitor sambil menaip nih just nak share dengan korang traffik terbaru aku...wooohaa...boleh tak???bukan aper, aku terlalu teruja bila tetiba jer traffik aku naik siket - siket....emm..aku memang terharu sebab ade gak orang yang baca belog aku nih dari jauh....so, meh aku tunjukkan result pemantauan ek...


tengoklah sendiri..aku punyer belog nih ade naik dan turun..bukan cam blogger - blogger otai, contohnyer..Haniz Zalika, Redmummy, Cik Epal,  GTO, Bro Jai, Tia Si Lesung Pipit, Beautifulnara,Ben Ashaari, eh..nak boh sini semua..kang.. penuh ar..entry aku kan...hahah...

oh..Tia Si Lesung Pipit buat Contest Blogger Idol..cam AF...mau join..sila klik SINI...

sambung balik....so....aku sangat - sangat berterima kasih atas kesudian korang datang ke belog aku nih, bagi komen...dan buat aku teruja..dan terus terharu...okeh...

p.s: by the way, traffik kali nihlah yang buat aku terjojol mata jap....huhuhuhuhu..emm...thanks korang...akan aku jadikan hadiah hari jadi aku pada 13 Februari yang lepas...tq..korang...korang memang terbaik ohhh...aku sayang korang semua....heheheh;)

oh..yer terima kasih pada follower yang ke 100 aku...jap..jap..aku tempek sini..Wacanaku...tq ek...tanpa korang, siapalah aku...di sini..bubuy


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Tuesday, February 1, 2011

Magic Linking Cigarette - Giler Babey Rare

Salam

Semalam, aku berborak dengan adik aku yang kaki peminat Magic - Magic jalanan nih, kira macam kipas-susah-mati arr bila sembang move magic - magic nih...even aku pun terkesima tahap bapak terbahak - bahak bila tengok free show adik aku buat depan aku...maklumlah, dah lama berkecimpung dalam dunia Under World - Magic - Magic nih....

So, sedang elok jer kiteorang berborak sampai pagi tak ingat dunia, tibe - tiba dia show satu move yang dia tengah kaji dan aku percaya korang kalau tengok magic tuh, sure korang terpegun giler babey...siap camera buat secara slow motion lagik...perh....giler x hengat....

Aku just gitau jer performance nih dibuat oleh orang jepun, Akira Fujii yang berkawan baik dengan Cyril Takayama tuh...still x pernah dengar????yer ar...aku pun asal x pernah dengar gak....xper, jom rolled movement magic dia yang sangat - sangat kewl...okeh....

lets rolled.

Magic Linking Cigarette - please usha baik - baik...



p.s : kalu adik aku boleh buat camnih, mau nyer jadi Famous Amos....perh....camner, giler kan move dia..nanti aku share move best - best untuk korang tengok..


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Wednesday, January 5, 2011

Nombor Cikaro Terpilih

Salam sayang, 

Hyeee Korangggg......apesal aku pon da berjangkit nie....aigoooo....penyakit asbebet..kui3x..jangan marah ek...

Entry kali nie just nak reveal nombor cikaro yang telah terpilih dalam senarai belog aku....Entah bile mase lah aku updates nombor cikaro...Mister Linky's Magical Widgets ader la der....kui3x...tapi best gop arr korang search kt belog aku nie...sebelum nih teeeetttt...bogel lah, perggg...korang memang terbaik...ooohhhh...

Aku terkesima...kan bagus kalu aku ade link dengan FBI ka, CSI ka, INTERPOL ker, senang aku track balik IP korang...kui3x....

So, nah aku persembahkan my only cikaro pinky - pinky Bunny kat korang....hope korang suka okeh.

Kredit dari Yahoo Image

so..jom tengok aper yang korang search kat blog aku nie...


kredit kat Nuffanng Yutaka Mushimura

p.s : kan bagus kalu korang search Bunga Khas Malaysia = Bunga Raya....betul x???
p.s : still cari nombor Cikaro....aigooo..nah..nah..aku copy dari pintu tandas awam = 019 485 ....

alamak....dah kene eraselah....nih mesti nombor betul kan..kan...aper lagi, korang teka ja sendiri...dosa jangan share dengan aku... 

Kalau suka, boleh Like:)

Friday, December 31, 2010

Mencari Puan Azam Pada Tahun 2011.Tahun 2010 Encik Azam Sedang Berada Di Nagoya

salam sayang,

cuba korang tengok bukit tuh, sebelah kanan adelah 2010, sebelah kiri adelah 2011. So, Encik dan Puan Azam sedang menunggu korang kat sungai....
tengok - tengok, mereka sedang berlegar2 naik bot......kui3x.

Encik Azam...wahai Encik Azam. Ko memang, setelah aku call ko waktu 1 Januari 2010 dulu - dulu kan...ko nampak selalu makan - makan ice cream dan bergurau senda..sampai aku terguling, terkejang pasal ko selalu buat lawak....

ale2 ko menginggalkan aku wahai Encik Azam bile dah dekat 31 Disember 2010. Pasal aper Encik Azam nie kene tinggalkan aku....terus pulang ke Nagoya, Jepon.

nak tawu x kenaper Encik Azam tuh tinggalkan aku...nak tawu???

sebab..Encik Azam selalu bagi semangat membara, beri keazaman, beri inspirasi baru, beri semangat baru, beri impian baru...ale - ale, dia tinggalkan aku sebab dah bagi semua yang aku perlu. 

Sangat - sangat berterima kasih pada Encik Azam. Aku xkan bersedih meninggalkan ko, malah aku bangga bersama Encik Azam. Encik Azamlah juga yang paksa aku pergi ke Big Gath tuh. Kalu korang xcaya, korang boleh cari Encik Azam di Nagoya....kui3x...

So, malam nie, pukul 12.01 pagi. Aku kenelah menyeru nama Puan Azam pulak. Sebab Encik Azam sibuk katanya, dia gantikan aku Puan Azam...korang janganlah jeles seh....kui3x.

p.s : pada korang, jagalah Encik Azam @ Puan Azam korang tuh bebaik. Sungguh, mereka memang akan bagi kata - kata pendorong buat kalian terus hidup secara happy lappy. Buang yang keruh ambil yang jernih.

p.s : Encik Azam @ Puan Azam adalah monolog bagi perkataan AZAM. Marilah berazam baru dengan bersungguh - sungguh....woohaaa....ade bakat x aku jadi penulis novel????kui3x.. 

Monday, December 27, 2010

Big Gathering Untuk Blogger Di Time Square

Salam piweet..piweet..

Semalam, aku dah ter'clash' dengan 2 event serentak...1. event Big Gath kat Times Square dan yang ke 2. event sport bowling anjuran majikan aku yang baik hatinya. Dengan rasa rendah diri, aku xdapat nak hadir ke event ke 2 pasal aku da janji dengan 1st timer BIG GATH anjuran MELROMEO dan rakan - rakannya. Soriii..andai ku boleh kerat tubuhku menjadi 2 kan senang...hahahh..

So far, meh aku nak boh figura - figura aku n blogger - blogger yang Affamoss sa....(perkataan diambil bile aku dekatkan perkataan famous amos)

~semangat giler aarr aku walaupun kaki terseliuh patah riuk...memang happening ooo...rugi kalu x pergi.~

kredit untuk BEAN MORENO
aku paling hujung...yang paling tinggi : MELROMEO dan BEAN MORENO

kredit untuk BEAN MORENO
posing paling aku gemar. dok membelakangkan kamera. aku dok dgn si HAZMAN ARIF

kredit untuk BEAN MORENO
posing bersama botol air.Sila tengok cara aku memegang botol, ade cara cam aku pegang KATANA x?? Si kacak mata tuh sebenarnyer CARL SAMSUDIN

kredit untuk BEAN MORENO
tengah seronok tengok korang ber ' celoteh'. yang tengah bukak mulut tuh, isteri kepada BEAN MORENO. HAAIEN SEPET 

kredit untuk BEAN MORENO
aku di balik dinding, ingin bertransform jadi 'sesumpah' color MERAH...oh..tidak, nanti sama sgn GTO..jgn marah ek...yang tengah cakap2 dgn GTO tuh FREAK-ID

Si gadis comei berbaju putih paling depan tuh HANA.

kredit untuk BEAN MORENO
Ini adalah acara tepuk amai - amai. comel gop si tudung pink nie GADIS TERBILANG ,1,2,3.. minah ade taring kat gigi kiri dia ooo...heheheh...jgn mare ek....

POOH dan aku sedang membuat tepuk amai - amai....sampai cucur atap...hahahha...


kredit untuk BEAN MORENO
aku dok dekat dgn CIK EPAL gojeng n CIK HELENA...memang mantooopppp arrr dia.

esok, aku updates lagi figura dalam handpond cikai aku nieee..yang nie..terbaikk punyerr lorr...


p.s : still berminat dgn GA aku...tarikh tutup 15 Januari 2011. Klik SINI kalu berminat.

p.s : semua figura diambil dari Face Book BEAN MORENO.Aku xde kamera. 

p.s : pada sesiapa yang tidak disebutkan namanya, jgnla marah. Aku bukan leh ingat nama korang semua...maklumlah blogger newbie. Kalu korang nak updates nama sorang - sorang, gitau aku ek..aku kene banyak belajar dari korang yang blogger Afamosssss sa nie....

menjeeerittttttttt......CIK EPAL ,TIA n HANA....aaaaaaa..updates esok pulak.

heheh..jgn mare ek...:)

Thursday, December 23, 2010

Perhatian. GA Aku Hampir - Hampir Nak Tutup

Salam sayang,

Hari nie pendek ja entry aku. Just nak inform korang pasal contest @ Give Away aku yang aku dah ubah ikut cara aku.

Untuk makluman korang, contest nie akan berakhir 15 Januari  2011 sahaja, jam 12.00 pagi. Kalu korang nak sertai GA aku nie, korang boleh klik kat



ape2 pon korang kene fullfill syarat - syarat penyertaan kat SITU.

oklah..setakat nie ade 2 orang yang tengah merebut jawatan tuh ek...Check it out.

3. Korang la pulak ek....saper ar pasnie..

p.s: emm, mungkin korang takut kot nak rebut jawatan nie kot.....Meh aku kasi tawu korang, sebenarnyer Jawatan tuh xde kene mengena dengan tanggungjawab pon....aigooooo...

jom buat se ' kretif ' mungkin...ek



Tuesday, December 21, 2010

Korang Patut Tengok HARGA Belog Korang Kat Sini

Salam sayang kat korang,

Hari ni aku nak share info camne nak tawu Rank dan jugak Value semasa belog yang korang dok updates - updates selalu.....

kalu tengok kat web tuh, web tuh ade gitau webpage yang harge siot -siot mahal giler bebeng. perh..kalu jual nie...mak ai.....sonang hidup wei...so, jom check it out.

klik untuk ke ' gemok' kan dan kredit kat BIZinformation

oh yer..camner...korang punyer VALUE dan RANK???....ade best ka...

p.s: pasnih..korang leh arrr jual belog korang kalu nak buat loan RUMAH or loan KETE..xyah pinjam Ah Meng, Ah Cai, Ah Jee, Ah Gui, Ah Lee, Ah Keng, Ah Phui, Ah Bee, dan segala Ah - Ah...

p.s : belog aku pulak baru harga RM 9,182.15..heheheh...belum boleh buat belanje Nikah Kahwin lagik...kan gilrz - gilrz sekarang adalah sgt ribu riban....gagagagagagaga.

tq kat belog HAFIZ pasal share info niee...heheh...korang memang best aaarrr

berminat nak join GA aku...jom klik SINI




Monday, December 20, 2010

Haniz Zalika Yang Meletop Meluaskan Empayar, Mengalahkan Siti Di Malaysia, Memang Kentang Goreng. Haniz Zalika, Boleh Tak Yutaka Mushimura Mintak Autograph Secara Dekat, Amek Gambar Secara Dekat???Pleeeaaasssee....Kalu Dapat Jumpe Haniz Zalika Nie, Aku Roger - Roger Korang Ek, Pakat Serbu Beliau Sekarang!!!

Salam sayang - sayang kat korang,

Saper Haniz Zalika....saper weh...giler kentang goreng kalu korang x tawu....

nah aku nak boh bukti...

Kredit kat Yahoo Image

haaa...pastuh, cube korang goggle pulop....

Untuk kegemokkan, klik ja.....picture tuh.

Perg...kalah cek Siti...

p.s : Bleh x nak amek gambar n autorgraph Haniz Zalika nieee.....aku rase sampai sudah pon jangan harap......dia kan sibukkk....meluaskan empayar....betul x??

p.s : still berminat nak join GA baru aku, hehehe...klik SINI

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...