Showing posts with label selling. Show all posts
Showing posts with label selling. Show all posts

Friday, February 18, 2011

Tips Penjagaan Gearbox....Buatlah Ia Seperti Awek, Okeh

Salam sayang,

hari nih, aku baru jer pergi bengkel kereta..nak pasang kangroo bar yang dah damage arituh...hope petang nih siaplah gamaknya...kalu tak, lambatlah aku pergi kelas hari nih. Pada tokey kedai kangroo bar, please kasik siap cepat - cepat okeh...hahhaha..giler aper aku hantar message nih dalam tenet, bukan tokey kedai tuh nak tengok pun. Hahahahaha....

Em, oleh sebab ari nih mood bertukar kepada kereta, aku nak share dengan korang lagi tips terbaru untuk tontonan korang. Tips nih aku dapat dari kawan opis aku, so kredit pada En. N. okeh..taknak kasik nama penuh, just nick name je, nanti ade pulak orang nak saman aku. Dohla duit ciput, kalu riban - riban, takper gop. Still kene banyak belajar lagik dengan otai - otai kereta.

Ok.Ok..banyak pulak intro aku hari nih. Jom terus rolled bawah, usha tips terbaru aku. Ade pertanyaan, sila tanye tokey kedai kereta.okeh.


Info Kereta : Tips Penjagaan Gearbox

Kredit dari Mudah.my
Gearbox Wira




Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta.

Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box.
Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.


Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda.
Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda.
Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan “normal operating temperature” sepanjang masa.
Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box(ikut panduan dalam manual kereta).
Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima.


JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.


MANUAL


Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth.
Ini boleh memendekkan jangka hayat clutch plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. 

JANGAN CUBA LAKUKAN ‘SPIN WHEEL’.

Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik).Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu. Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.



AUTOMATIK

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3.
Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan “overdrive button”.
Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button.

Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam.
Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah(bergantung pada jenis kereta). Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak.

kredit dari Yahoo Image


JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR.


Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar. Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah ‘mati’. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.


Akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba ‘belai’ dan ‘memandu dengan lemah lembut’.

kredit dari Blog Amnan

kredit dari Yahoo Image

p.s: haa...camner dengan tips kali nih..ok x???emmm...jangan luper ek, buatlah gearbox korang camne korang jaga awek or isteri korang yer.....untung - untung bila korang jaga gearbox, tak yah lah spent duit lebih - lebih, dan boleh enjoy ke tempat lain...beli lipstik or alat mekap untuk si isteri lebih baik...wooohaaa..


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Tuesday, December 21, 2010

Korang Patut Tengok HARGA Belog Korang Kat Sini

Salam sayang kat korang,

Hari ni aku nak share info camne nak tawu Rank dan jugak Value semasa belog yang korang dok updates - updates selalu.....

kalu tengok kat web tuh, web tuh ade gitau webpage yang harge siot -siot mahal giler bebeng. perh..kalu jual nie...mak ai.....sonang hidup wei...so, jom check it out.

klik untuk ke ' gemok' kan dan kredit kat BIZinformation

oh yer..camner...korang punyer VALUE dan RANK???....ade best ka...

p.s: pasnih..korang leh arrr jual belog korang kalu nak buat loan RUMAH or loan KETE..xyah pinjam Ah Meng, Ah Cai, Ah Jee, Ah Gui, Ah Lee, Ah Keng, Ah Phui, Ah Bee, dan segala Ah - Ah...

p.s : belog aku pulak baru harga RM 9,182.15..heheheh...belum boleh buat belanje Nikah Kahwin lagik...kan gilrz - gilrz sekarang adalah sgt ribu riban....gagagagagagaga.

tq kat belog HAFIZ pasal share info niee...heheh...korang memang best aaarrr

berminat nak join GA aku...jom klik SINI




Friday, November 12, 2010

Tip Nak Tawu Perfume ORIGINAL

Salam,

ari nih aq nak gitau korang yang aq buat 1 belog untuk jualan ORIGINAL perfume....ORIGINAL kau..x cayer..korang leh usha belog nih....nih belog aq yang kedua...n aq akan sentiasa boh backlink kat side belog utama aq ek......

mempersembahkan....tet..treeettt....tretettttteeeeeeetttt.......



Tip aq lak,

1. kalu nak tau ORIGINAL or x, tiub perfume dlm botol tuh selalu kene pada dasar paling bawah...
2. bau dia kekal lama, walaupun dibasuh

so, dah ade 4 tips...heheheh...


n kalu korang nak tau....produk yang kiteorang buat tuh semuanya ORIGINAL...kalu korang minat, gi klik SINI.


wooohaaaa!!!!cayuk2 kat korang ek. happy day. esok cuti....bekerja dgn rajin yer.

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...