Showing posts with label kejam. Show all posts
Showing posts with label kejam. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday | Part 9 | Revealing Unrevealing




Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Thursday, September 8, 2011

Mes Surat Yang Memeningkan

Ini adelah SIMA YI
kredit kat goggle
Salam,

Mes Surat....biler masuk Mes Surat menjadi ahli dewan masak memasak...tetibe nama Yutaka terpanggil banyak kali...kalu tak silap den..ader lah dalam 2 - 3 kali. Mungkin sebab tak banyak cakap or memang saja nak menembak den secara tepat...depan dan terus menerjah...tak cerita belakang....

Tuesday, August 16, 2011

Power Words For Today | Part 8

kredit to Yahoo Image
Hello everybody..hello everybody....body body....

What are you going???opss....yes, I know that you was reading my blog....my only blog for today...first of all, THANK YOU for reading my bloody nightmare plus Japanese style blog meh...

Friday, August 5, 2011

Bengang Lalu Sakit Kepala Tahap Kritikal, Organ Dalaman Juga Turut Sama Berapi

kredit kat yahoo image
Salam,

Hari nih aku tak nak cakap banyak...sebab semua organ dalaman aku telah berada pada suhu extra mendidih....

Monday, July 11, 2011

Kerana Mulut Badan Binasa

Salam,

hari ini..jam 8.15am....dah telan 2 perkataan yang sangat kejam dari seseorang....aku rase aku dah bagitau dia terus terang...tapi..maklumlah....orang dah kahwin....tak mengerti akan kesengsaraan orang yang tak kahwin.....

Mentang - mentanglah kau dah kahwin...aku tak kahwin...so, takkanlah senang - senang jer sebut perkataan taboo tuh...hahahhaha....takperlah, dunia nih kan ada masanya pasang surut, ade masa turun naik.

p.s: jangan mudah menyebut kata - kata yang boleh mengguris hati orang lain....sebab, rezeki orang siapa yang tau.

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Monday, July 4, 2011

Kekejaman Dan Kekecawaan

Salam,

entry ini khas untuk diri sendiri....harap sedar dengan kadar segera....

Bisikan hati:

Untuk makluman ko....ko sekarang sedang menghitung hari....untuk terus bekerja camnih....so, kenape ko tak cari kerja lain ek???aku pun heran...

Bisikan otak:

Untuk makluman ko....janganlah ko pikir sangat aper yang si hati cakap...pasal rezeki semua di tangan Allah...lagipun, dia dah merancang aper yang ko perlukan dalam dunia nih. 

Bisikan syaitan:

weh..baik ko jangan percayakan sesape dalam dunia nih....ko kene berpijak dengan kaki sendiri...so, survive sendiri ek...

p.s: yang bisikan syaitan tuh memang tak boleh pakai....giler ker haper...takkan sampai tak percayakan Allah gak kan....so, kita sebagai manusia kene berpegang teguh tau....iman itu penting....tapi, ade kalanya keimanan akan luntur dek sebab kekecewaan yang terlalu mendalam.

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Sunday, June 5, 2011

Wasiat Terakhir Part 2 - Namamu Jadi Sebutan

salam,

Untuk peringatan untuk diri sendiri...supaya tidak menjadi orang yang dikatakan 

jangan ganggu hidup saya sebab SAYA TAK PERNAH SUKA KAT AWAK.. SAYA LEBIH RELA X KAWIN DARI BERPASANGAN DENGAN ORANG YANG MACAM AWK..! HARAP AWAK FAHAM DAN JANGAN PERNAH DATANG DALAM HIDUP SAYA LAGI SEBAB AWAK HANYA AKAN BUAT SAYA LEBIH BENCI KAT AWAK.. SAYA TAK PERNAH SUKA KAT AWAK DULU, SEKARANG DAN SELAMANYA.. MAAF BAHASA SAYA KASAR SEBAB SAYA DAH TOLAK CARA BAIK TAPI AWAK STILL X FAHAM BAHASA..! SEKIAN.....

Dan untuk pengetahuan korang, manusia yang menerima ayat tamparan nih...sudah mati...sebab ini adalah amanat terakhir bagi wanita yang disayangi melebihi segalanya....mohon keampunan dari semua manusia agar manusia berkenaan hidup dengan tenang disana...InysaAllah....amin. 

E.Y.E - NAMAMU JADI SEBUTAN


Ingin kucurahkan rahsia hatiku
Buat insan yang ku rindui selalu
Luangkan masa mu oh sayang untukku
Dengarlah kasih rayuanku
Bukan ku meminta simpati darimu 
Duhai dewiku hanya penggertianmu 
Yang kuharapkan dari semenjak dulu 
Semoga kan terbuka lagi pintu hatimu
Mengapakah engkau meninggalkan diriku
Ketika aku memerlukan cintamu
Tiada penawar rinduku ini
Yang melanda dikalbu 
Chorus: 
Kau warnakan duniaku
Dengan pelangi unggu
Kau lakarkan hidup sepiku
Dengan benang sutera
Cintamu hingga aku
Terus terlena keasyikan
Dalam khayalan mimpi yang belum aku pasti
kini kuharap kau kembali
Menerangi dunia ku yang sepi
Hatiku sunyi
Solo:
Namamu kini menjadi sebutanku
Sampai bilakah harusku pendam rasa
Yang dilanda rindu pelangi cintamu
Yang kini bersemadi jauh dilubuk hati

p.s: Ya Allah, ampunilah si mati, agar rohnya dan restuilah pemergianya bersama - sama roh yang aman dan beriman. Amin. Jom sedekahkan Al - Fatihah buat roh si mati.

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Monday, May 30, 2011

Perang Dalaman

Salam,

korang jangan percaya tipu daya manusia nih sangat okeh...lagik - lagi kes biru - merah - hijau. putih dan bagainyer....dan kene lah berfikiran negatif...tau...sampai mati....itu kater kawan aku...hahhaha

nak lagi teruk, biler terjumpe kes nih kt tempat kerja...

yerlah kan...rambut sama hitam, hati lain - lain...dan korang kene hati - hati jangan kene tikam belakang pulak di kemudian hari.termasuklah gf - gf, bf - bf......cam kawan kepada kawan aku....semua pasal orang sendiri yang tidak mengenang budi....

ibarat kata Sun Tzu - Art Of War

He Lures His Enemy Into Coming or Obstructs Him From Coming....(chapter 6 - Empty And Full)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Wednesday, May 25, 2011

Ketahuilah Apa Punca Anak Derhaka

Salam,

Hari nih nak kongsi ilmu dengan korang....:)...

renung - renungkan dan selamat beramal


Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun . Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.  Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif. .. . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan  . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka  . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka ". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.  Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan  , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh . Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.  Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya  .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali .

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda . Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja . Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda .    

ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

p.s : mak..ayah...saya akan cube yang terbaik untuk kamoooo berdua....okeh:) nak cuba ilmu baru ini nanti...:)

kredit kat Yahoo Image
kucing dang tajuk entry tidak berkaitan...wooohaaaa...
meooooooowwwwww.:)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Monday, May 23, 2011

Lu, Bukit dan Mati

Salam,

kredit kat Yahoo Image

sambungan dari kejadian Tanah Runtuh semalam...klik SINI untuk tau lebih lanjutnyerrr...

oh yer...aku pun nak buat entry ala - ala sokongan buat entry TK....klik SINI untuk tau lebih lanjutnyerrr....

dan..aku nak kaitkan dengan filem KONGSI - LU LANGSI LU MATI.....sebab ari Sabtu tuh layan cerita nih..

hahahaha....

p.s : taknak cakap banyak, aku rase ader panduan pembangunan tanah tinggi, dan aku rase Universiti pun ade ajar subjek Enviroment Impact Assesment (EIA)...tapi, kenaperlah agaknyer still nak kacau bukit suka hati, memang lah korang punya tanah sendiri....tapi still tak ingat diri nyawa berada dihujung tanduk.....

p.s : sudah - sudahlah salahkan sesiapa....ayuh bangun dan marilah sama- sama rapatkan barisan dan bekerjasama.....

wonderpet, kami tak kuat dan kami tak besar,dengan kerjasama....semua jadi mudah.....kan..kan..kan...


dan aku nak buat 3 wording jaa....mungkin korang boleh ingat....kan..kan

Lu...
Bukit....
dan
Mati...


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Friday, May 20, 2011

Kontrak Yang Membebankan Rakyat

Salam,

Hari ini, telah tiba masanya aku ceritakan isu yang sentiasa memberikan tekanan pada semua pekerja. Ya....isu kontrak semacam dah lali ja dengan kebanyakkan orang....aku nak tanyer korang semua....

apa perasaan korang kalu korang ada anak sendiri dan bekerja sebagai kakitangan kontrak yang macam nih...
  1. Sentiasa dihina di dalam organisasi
  2. Sentiasa rasa terhina bila bersish bahu dengan makcik cleaner, sebab dia tau makcik cleaner tuh kerja tetap biarpun gaji sikit.
  3. Sentiasa merasa tak aman bila buat kerja, sentiase pikir riwayat kerjanya akan tamat tah bile - biler
  4. Sentiasa bercakap kurang sebab dia memang rasa terhina.
  5. Sentiasa rasa diri terhina bagai sampah, bila diperlukan dibelai dimanja, biler tak diperlukan dibuang, dicemuh, dimaki, diherdik, dicari, dikeji, ditengking sebab memang rasa diri tak perlu cakap banyak....sebab dirinya adelah seorang orang pekerja kontrak.
  6. Sentiasa rasa bila bercampur dengan orang, dia sentiasa rasa terasing terutamanya bila bercampur dengan pekerja lain.....
  7. Sentiasa merasakan diri terbantut nak melangkah ke gerbang perkahwinan....so,  rakyat akan semakin sikit...sebab nak kahwin, kene pakai duit banyak,koman - koman RM 30,000 dan ibubapa silalah kontrol anak - anak korang supaya tidak MELANGGAN PELACUR yang jauh lebih murah, cuma RM200 semalam, hampir 0.66% dari RM30,000....haaa..padan muka....itu yang aku buat kajian....okeh...kalu aku, baik aku melabur duit RM 200 dalam ASB ka..kan..kan...sian kat diorang. 
  8. dan banyak lagi arrrr negatif impak biler anak korang jadi pekerja kontrak....tau tak???
  9. sekarang baru korang tau kan....nasi dah jadi bubur....baru korang sedar rupanya masalah AIDS ka, masalah PELACUR makin banyak ka, masalah orang tak kahwin lambat dan bujang/andartu terlajak sampai meninggal dunia dan tak sempat menambah zuriat islam ke bumi....dan, yang paling gembira adalah ZIONIS, kan..kan....diorang memang suka kalu 1 dunia kafir....yang tuh korang pikir sendiri...
so....korang boleh tak mengerti sikit, tolong lah cepatkan proses kerja bertaraf kontrak nih jadi tetap.....tak kan korang semua nak tengok anak - anak korang macam  nih sampai bila - bila....dan, korang jangan cakap kalu jodoh tak kemana....jodoh pertemuan ditangan Tuhan kan...rezekir ditangan Tuhan ka....aper ka.....itu semua memang betul...tapi...kan...

Tuhan Takkan Mengubah Nasib Seseorang Kalau Tak Berusaha 

ini pun betul....tapi, aku nak tanya korang......sapa yang berusaha sebenanrnya, pekerja kontrak nak usaha sampai mana.....sampai kontrak abis....lepas tuh aper???berusaha kerja lain kan...so, korang yang kerja tetap akan kegembiaraan dan takkan rasa sedih bila mereka tak der kat organisasi kan...kan...yang berpangkat tinggi, diorang memang goyang kaki selamba badak jaaa....sebab gaji diorang dah boleh sara 10 lapis Generasi diorang masa depan....dan, berbalik pada jawapan - jawapan yang berkenaan dengan Tuhan tuh...mungkin

kita boleh cerita biler kita dah di alam lain, dan pastinya jumpa di Padang Mahsyar....dan pekerja kontrak memang rasa betul - betul dizalimi....

ayuh para pekerja kontrak di mana anda berada, marilah bangkit, marilah maju mengorak langkah dan  memohon doa sebab doa kalian yang teraniaya / dizalimi inyaAllah akan dimakbulkan Allah...amin.

dan, korang jangan mengada - ngada nak kata, ya..ya..kamu semua dah tanda tangan kontrak dokumen...so, kalu begitu, terima sahajalah di alam kebangkitan seterusnya. tammat. 

dan entry 

Makan Sampah Ker Kami Di Masa Depan




kedua - dua entry ini sebenarnya ade kaitan dengan kerja kontrak.

p.s : ini adelah rekaan semata, tiada kene mengena dengan hidup dan mati....haaa, ini aku punyer statement dokumen kontrak....so, korang dah baca, kira pandai - pandai pikir....buat salah jangan sekali, sebab kalu terserempak dengan orang yang amarah yang tak pernah padam, inyaAllah ketemu lagi kalian.;)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

Thursday, April 21, 2011

Telur @ Sampah

Salam,

Cube korang tengok bende nih....

Klik untuk kegemokkan...Tuh Telur Asli dan Telur Palsu

dan....cube korang tengok picture nih pulak...


Sampah dan campuran cengkerang - cengkerang Telur

p.s : sekarang aku nak tanyer korang....adekah boleh aku ketegorikan Telur - Telur palsu itu sebenarnya SAMPAH....so, jangan biarkan Orang tuhhh...kasik kita Makan SAMPAH.....hahhakssss..kejam tak ayat aku....:)
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...