kredit kat Goggle Image |
Jiwang karat....pergh...tajuk tahap gaban nih...penulis belog pulak dah tak der gf mahupun isteri yang mau disayangi...hhaha...takper, sebab kalau nak bercerita pasal jodoh - jodoh nih baek ditanya Allah saja. Buat aper nak berperang mulut, berperang sesama manusia..tiada gunanya. betul tak?
okeylah, sudah melarikan tajuknyer pun. buat makluman korang, ayat - ayat jiwang ini akan dipraktikan oleh penulis belog di masa depan...emmm, mayber perlu diberikan kepada seseorang yang betul, contohnya sang isteri or sang suami. okey, jom telaah ayat jiwang lagik.
Agenda 1
Tangan anda memegang si chikaro dengan rapat. Pandang matanya dalam-dalam. Bawa tangannya ke dada anda yang berbulu sambil meluahkan ayat ini. Pastikan ayat ini dilafazkan dalam satu nafas untuk keberkesanan 100%:-
Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak.
Agenda 2
Usapkan tangan anda ke wajah si chikaro. Belai rambutnya, pegang telinga si chikaro, jentik manja hidungnya dan buat tanda senyap di mulutnya sambil meluahkan ayat di bawah dengan penuh jiwa:-
Saya tidak percaya cinta tanpa sebab. Saya boleh berikan 100 sebab kenapa saya cintakan awak. Bau awak, warna kulit awak, rambut awak, senyum awak..
Agenda 3
Semasa si chikaro ingin clash dengan anda dan sudah bersiap sedia untuk pergi meninggalkan anda selamanya. Pegang erat jari lembut si dia, tarik dia ke dada anda, dongakkan mukannya, pandang matanya dalam-dalam dan ungkapkan ayat ini. Pasti dia tak akan jadi nak clash dengan anda.
Jangan pergi dari saya. Sampai akhir masa saya akan cuba memenangi hati awak, sehingga akhir hayat saya. Ketika itu jika kamu ingin pergi dari saya, pergilah.
Agenda 4
Jika anda seorang lelaki yang ego dan mahu meluahkan cinta kepada si dia, boleh gunakan ayat di bawah ini. Untuk kesan yang lebih terbaek, bawak sekuntum bunga ros merah / putih supaya dia terus berminat menjadi gf anda.
Saya telah menipu. Menipu mengatakan saya benci awak ada di sisi saya.
Agenda 5
Si sayang yang anda idam-idamkan selama ini telah menjadi awek kepada seorang lelaki lain. Disebabkan lelaki tu tak hensem seperti anda, anda bertekad untuk mengorat dia. Gunakan ayat di bawah. Untuk efek yang lebih mendalam, pastikan anda menghiris bawang untuk mengeluarkan titisan air mata kelakian anda semasa meluahkan ayat ini.
Saya tahu dalam hati awak tidak ada saya, tetapi kenapa hati saya terlalu sakit?
p.s: Untuk makluman, penulis belog tidak akan bertanggungjawab sekiranya gf / bf korang termuntah ijo yer...
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)
3 comments:
hahha.adessss
@aleen aiden
hehhe..mungkin boleh dicuba...kalu berjaya...tahniah diucapkan....tak cuba mana nak tahu kan...:P
@mohammad hazwan
hehhe..mungkin boleh dicuba...kalu berjaya...tahniah diucapkan....tak cuba mana nak tahu kan...:P
Post a Comment