Tuesday, July 5, 2011

Format | Tips Untuk Mengomen | Pelajar Praktikal.

kredit kat Lenovo Image
Salam,

Korang pernah dapat pelajar praktikal tak kat tempat korang???tuh kalu korang bekerja lah....kalu korang tak bekerja lagi.....nanti korang kerja, korang sure dapat pelajar praktikal dok bawah korang kan....so, entry nih khas untuk sesaper yang takder idea nak buat ayat untuk komen korang punyer pelajar praktikal.

berikut adelah ayat - ayat yang korang nak tempek kat komen pelajar praktikal korang...kalu korang berminat...ek...dan jgn luper kredit kat aku jugak...hahahahhaha:)

dah..dah...jom tengok aper contoh ayat komennyer...







Komennye adelah seperti berikut: new inventori - ayat no 9 - 14
  1. Beliau masih di peringkat permulaan dalam mempelajari ilmu ...........(isi sendiri) di pejabat ini. Walaupun masih baru, beliau mempunyai semangat dan potensi yang tinggi untuk mempelajari sesuatu yang baru.
  2. Beliau sudah dapat menyesuaikan diri dalam pejabat ini. Antara lain, beliau mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan dari semasa ke semasa.
  3. Pembabitan beliau sebagai pelajar praktikal di pejabat ini sedikit sebanyak membantu pihak kami dalam kerja – kerja kecemasan.
  4. Beliau mempunyai peluang yang cerah dan mempunyai azam yang tinggi untuk diberi anamah. Namun begitu, peluang dan sikap berkenaan perlu digilap dari semasa ke semasa.
  5.  Beliau senantiasa memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa.
  6. Kehadiran beliau dalam arena ini telah sedikit sebanyak menghasilkan output yang amat memberansangkan.
  7. Sikap yang beliau tunjukkan telah membuktikan pihak univeristi berjaya melahirkan graduan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
  8. Beliau telah membuktikan hasil pembelajaran di Universiti antara yang terbaik dalam memastikan kesinambungan hasil kerja yang bermutu.
  9. Semangat dan kerjasama pasukan yang ditunjukkan oleh beliau adalah amat membanggakan. Saya rekomen beliau untuk menjawat jawatan sekarang atau menjawat jawatan yang lebih baik bagi memastikan kehidupan beliau terjamin di masa akan datang.
  10. Sepanjang sesi pengenalan dan pembelajaran beliau di tempat ............... ( tempat praktikal) ini, beliau menunjukkan kecemerlangan peribadi yang tinggi sejajar dengan hasrat Perdana Menteri dalam menghasilkan produk Universiti yang berdaya saing serta memberikan output yang gemilang dalam memberikan hasil produktiviti kepada tempat ..............( tempat praktikal)
  11. Kerjasama yang beliau tunjukkan melalui hasil kerja yang diberikan benar - benar memberi impak yang sangat baik kepada prestasi .............(tempat praktikal). Sejujurnya, saya amat berpuas hati dengan hasil kerja yang diberikan serta saya amat mendokong beliau untuk terus maju di masa hadapan.
  12. Output yang ditunjukkan oleh beliau amat memberansangkan.
  13. Keberlansungan output yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau di ...............(tempat kerja) amat mengkagumkan serta boleh dikategorikan sebagai seorang yang berdedikasi tinggi serta mempunyai semangat kerjasama yang unggul di kalangan rakan seperjawatannya.
  14. Beliau tiada sebarang ketidakakuran terhadap amanah yang diberikan serta mampu memberikan hasil yang cemerlang serta memberikan keberhasilan yang tinggi untuk produktiviti syarikat ini secara keseluruhannya.
  15. Secara keseluruhannya beliau amat berpontensi untuk terus digilap menjadi pekerja contoh di kalangan warga seperjawatannya sekaligus menaikkan moral serta semangat memupuk ke arah peningkatan produktiviti beliau di tempat kerja.
  16. Secara amnya, hasrat beliau untuk terus berjaya dapat diterjemahkan melalui tindakan serta tatacara beliau dalam menempuhi alam pekerjaan.
p.s: korang kalu nak amek.idea nih silalah ek...jangan luper kredit kat aku jugak....:)hahaahaks



Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

18 comments:

NasQ said...

hahahahaha... sah2 aku yang akan amik...

Yutaka Mushimura said...

nasriq: hahhha..takpe2..nanti ko amek..kredit kat aku naa...hhaa:)

Unknown said...

TQVM...sangat membantu

Yutaka Mushimura said...

@Muhamad Hairi

tolong menolong apa salahnya kan...

Keyza Karl said...

saya amik juga wat komen ...anyway thanks a lot

mrs toblerone said...

kalau lah cik praktikal tengok blog ni , takdelah saya dapat komen "keep it up" je :( sedihh !

Anonymous said...

hahah... cm best je ayat ni... pinjamm

anne wahid said...

Good idea..thanks for sharing :)

anne wahid said...

Good idea..thanks for sharing :)

Anonymous said...

terima kasih banyak.. sangat2 membantu dikala ketandusan ayat.. :)

Anonymous said...

Terima kasih byk2 admin..sngat2 membantu sy sbg bos butik untuk memberi komen kpd student praktikal,, sy bg 5 bintang.. nanti tambah lagi2 ayt2 yg lagi best..hehee

Yutaka Mushimura said...

sama - sama korang semua....sharing is caring...

wohaaaa!!!

Unknown said...

thank you share, kita copy tau.. idea u memang mantap.. huhu

Yutaka Mushimura said...

@mia awang

semoga bermanafaat

Unknown said...

👍

Anonymous said...

This design is wicked! You definitely know how to keep a reader amused.
Between your wit and your videos, I was almost moved to start my own blog (well, almost...HaHa!) Fantastic job.

I really loved what you had to say, and more than that, how you presented
it. Too cool!

Kudin said...

Wau...ni komen taraf perdana menteri ni..hahaha.

Yutaka Mushimura said...

@Unknown

masih dikategorikan sebagai orang kebiasaan sahaja weh....jangan nak puji tinggi - tinggi..takut jauh terus tersebab ke bumi...

hahhahaha.

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...