Korang pernah dapat pelajar praktikal tak kat tempat korang???tuh kalu korang bekerja lah....kalu korang tak bekerja lagi.....nanti korang kerja, korang sure dapat pelajar praktikal dok bawah korang kan....so, entry nih khas untuk sesaper yang takder idea nak buat ayat untuk komen korang punyer pelajar praktikal.
berikut adelah ayat - ayat yang korang nak tempek kat komen pelajar praktikal korang...kalu korang berminat...ek...dan jgn luper kredit kat aku jugak...hahahahhaha:)
dah..dah...jom tengok aper contoh ayat komennyer...
Komennye adelah seperti berikut: new inventori - ayat no 9 - 14
Komennye adelah seperti berikut: new inventori - ayat no 9 - 14
- Beliau masih di peringkat permulaan dalam mempelajari ilmu ...........(isi sendiri) di pejabat ini. Walaupun masih baru, beliau mempunyai semangat dan potensi yang tinggi untuk mempelajari sesuatu yang baru.
- Beliau sudah dapat menyesuaikan diri dalam pejabat ini. Antara lain, beliau mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan dari semasa ke semasa.
- Pembabitan beliau sebagai pelajar praktikal di pejabat ini sedikit sebanyak membantu pihak kami dalam kerja – kerja kecemasan.
- Beliau mempunyai peluang yang cerah dan mempunyai azam yang tinggi untuk diberi anamah. Namun begitu, peluang dan sikap berkenaan perlu digilap dari semasa ke semasa.
- Beliau senantiasa memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa.
- Kehadiran beliau dalam arena ini telah sedikit sebanyak menghasilkan output yang amat memberansangkan.
- Sikap yang beliau tunjukkan telah membuktikan pihak univeristi berjaya melahirkan graduan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
- Beliau telah membuktikan hasil pembelajaran di Universiti antara yang terbaik dalam memastikan kesinambungan hasil kerja yang bermutu.
- Semangat dan kerjasama pasukan yang ditunjukkan oleh beliau adalah amat membanggakan. Saya rekomen beliau untuk menjawat jawatan sekarang atau menjawat jawatan yang lebih baik bagi memastikan kehidupan beliau terjamin di masa akan datang.
- Sepanjang sesi pengenalan dan pembelajaran beliau di tempat ............... ( tempat praktikal) ini, beliau menunjukkan kecemerlangan peribadi yang tinggi sejajar dengan hasrat Perdana Menteri dalam menghasilkan produk Universiti yang berdaya saing serta memberikan output yang gemilang dalam memberikan hasil produktiviti kepada tempat ..............( tempat praktikal)
- Kerjasama yang beliau tunjukkan melalui hasil kerja yang diberikan benar - benar memberi impak yang sangat baik kepada prestasi .............(tempat praktikal). Sejujurnya, saya amat berpuas hati dengan hasil kerja yang diberikan serta saya amat mendokong beliau untuk terus maju di masa hadapan.
- Output yang ditunjukkan oleh beliau amat memberansangkan.
- Keberlansungan output yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau di ...............(tempat kerja) amat mengkagumkan serta boleh dikategorikan sebagai seorang yang berdedikasi tinggi serta mempunyai semangat kerjasama yang unggul di kalangan rakan seperjawatannya.
- Beliau tiada sebarang ketidakakuran terhadap amanah yang diberikan serta mampu memberikan hasil yang cemerlang serta memberikan keberhasilan yang tinggi untuk produktiviti syarikat ini secara keseluruhannya.
- Secara keseluruhannya beliau amat berpontensi untuk terus digilap menjadi pekerja contoh di kalangan warga seperjawatannya sekaligus menaikkan moral serta semangat memupuk ke arah peningkatan produktiviti beliau di tempat kerja.
- Secara amnya, hasrat beliau untuk terus berjaya dapat diterjemahkan melalui tindakan serta tatacara beliau dalam menempuhi alam pekerjaan.
p.s: korang kalu nak amek.idea nih silalah ek...jangan luper kredit kat aku jugak....:)hahaahaks
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)
18 comments:
hahahahaha... sah2 aku yang akan amik...
nasriq: hahhha..takpe2..nanti ko amek..kredit kat aku naa...hhaa:)
TQVM...sangat membantu
@Muhamad Hairi
tolong menolong apa salahnya kan...
saya amik juga wat komen ...anyway thanks a lot
kalau lah cik praktikal tengok blog ni , takdelah saya dapat komen "keep it up" je :( sedihh !
hahah... cm best je ayat ni... pinjamm
Good idea..thanks for sharing :)
Good idea..thanks for sharing :)
terima kasih banyak.. sangat2 membantu dikala ketandusan ayat.. :)
Terima kasih byk2 admin..sngat2 membantu sy sbg bos butik untuk memberi komen kpd student praktikal,, sy bg 5 bintang.. nanti tambah lagi2 ayt2 yg lagi best..hehee
sama - sama korang semua....sharing is caring...
wohaaaa!!!
thank you share, kita copy tau.. idea u memang mantap.. huhu
@mia awang
semoga bermanafaat
👍
This design is wicked! You definitely know how to keep a reader amused.
Between your wit and your videos, I was almost moved to start my own blog (well, almost...HaHa!) Fantastic job.
I really loved what you had to say, and more than that, how you presented
it. Too cool!
Wau...ni komen taraf perdana menteri ni..hahaha.
@Unknown
masih dikategorikan sebagai orang kebiasaan sahaja weh....jangan nak puji tinggi - tinggi..takut jauh terus tersebab ke bumi...
hahhahaha.
Post a Comment