Tuesday, March 1, 2011

Kisah Tiga Jemaah

Salam sayang,


kredit kat yahoo image : 

Masjid Nabvi ketika waktu malam.....:)

Hari nih aku nak share dengan korang cerita pasal 1 cerita lawak aku dapat dekat masjid...minggu berapa aku tak ingat arr...so, kalu korang nak baca, sila rolled ke bawah okeh...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kisah Tiga Orang Jemaah.

Pada suatu hari, ada tiga orang rakan baik, masing - masing baru balik dari luar negara berbeza. Dan dengan tidak semena - mena bertemu lah tiga orang rakan baik nih di suatu kedai minum di suatu tempat. Maka, dengan riang gembiranya mereka bertiga berboraklah hampir berjam - jam lamanya. Sampai tokey kedai tengok diorang pun, naik bosan tahap giler babey..yer arr...setakat minum air kopi...makan taknak pulak...hahah...padan muka tokey kedai tuh...dapat pelanggan gitu rupa...hahaha

Selama mereka berborak, banyak cerita dibahaskan, termasuklah ilmu politik, ilmu pekerjaan dan macam - macam ilmulah...tak terkira banyaknya...termasuklah ilmu agama. Yerlah, jumpa kawan lama, kalau korang jumpa kawan lama pun, sah - sahlah korang berborak tak hinggat dunia kan....hehehhe:)

So, nak dipendekkan cerita, tertiba salah satu dari mereka mengajak pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Then, terus sahaja mereka ke masjid dan ketiga - tiga mereka mereka mengambil keputusan untuk menangkat salah seorang dari mereka menjadi imam. 

Imam pun memulakan solat, dan makmum pun mengikut. lama kelamaan, imam pertama senyap seribu bahasa. Makmum menunggu....dan akhirnya, imam surrender, pasal tak lepas baca Surah Al - Fatihah...Punyalah lama makmum, menunggu...baru tau, imam pertama tak lepas baca Al - Fatihah. Makanya, secara aoutomatis, terbatallah sembahyang mereka.

Tukar imam lain, kawan yang 1 lagi diangkat...maka, kawan yang satu lagi mengelak...mengatakan dia tak leh nak berdoa....huhuhuhu...nasib baik bagitau awal...dan akhirnya, kawan terakhir yang menjadi imam dan mengakhiri solat berjemaah berkenaan.

Dan, dalam perjalanan pulang ke rumah, mereka berborak - borak pasal kes solat tuh. "wohhaa..tak menyangka aku, ko boleh jadi imam weh...aku tabik springgg arrr kat ko bro...dahysaaaattttt!!!!" salah seorang dari mereka memulakan bicara.
.
.
.
.
.
"Ceh..takde maknernyer dahsyatttt....tuh belum lagi kalau aku amek air sembahyang tadik...arrr...kalau tak, mau tau lah" kata kawan yang diangkat menjadi imam tadi.....



p.s : moral cerita nih......cari dan pikir sendiri okeh....hahhaha:)

kredit kat yahoo image 

cantikkan masjid nih????hehehhe.

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

8 comments:

LiErOSe~QiEmi said...

mengoms punye budak!!!

mahfudzah said...

hahaha..xsenonoh la budak tige ekor ni

Eda said...

penah dengar cite ni...3-3 tak boleh pakai..

Citarasa Rinduan said...

hahahhaaha..
sakit perut bila baca entry nie..

kak GEGAR BLOG ANDA

Yutaka Mushimura said...

Cp Bunga: hahha...maka, solat itu penting...ade rukun - rukunnyer...:)

Yutaka Mushimura said...

madfuzah : betul..hehhehe:)

Yutaka Mushimura said...

Eda: yang nombor 2 tuh..mungkin boleh kot..sbb tak pandai baca doa jer...hhehhe...entahlah..lain..orang lain tafsirannyer..betul tak????

Yutaka Mushimura said...

Citrarasa: hehehe..thanks akak..datang gegar...eh...jgn rammai..cukuplah sekadar teratak nih tak roboh...hehehhe....tq akak..datang ziarah....hehhehe...

:)

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...