Thursday, January 27, 2011

Tips Bagaimana Nak Menyayangi Seseorang

Salam sayang,

Hari nie, setelah bertungkus lumus memintak permission dari cik Emma, kenalan dari tempat yang nak kata dekat x beberapa x dekat ar....entry kali nie adalah belas ehsan dari Cik Emma ek...harap korang terhibur...dapat tips lagik....hehhehehe



Tips Bagaimana Nak Menyayangi Seseorang


1.   Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

 2.   Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

 3.   Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

 4.   Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

 5.   Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

 6.   Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

 7.   Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

 8.   BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

 9.   Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

 10.   Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun. 

p.s: So, pada aku, janganlah mainkan perasaan orang, sebab kita bukanlah sentiasa berada diatas sentiasa....Memang betul, kalau seseorang yang sayang giler babey kat korang tuh...sebenarnya dia mengalami kesukaran tahap gaban untuk lupakan korang unless...

dia permainkan korang....kencing giler - giler sampai lencun..berbau hamis yang habes....kui3x...

jom wat keje key...berseronoklah selagi boleh, nanti bila dah terkujur dalam liang lahat...dah tak boleh enjoy kt dunia....hanyalah menunggu result HAKIKI jer...okeh..bubuy.


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

8 comments:

UniCorn_|aDy said...

hehe...
^_^
a aa..
tlg elakkan yg no 9 yer kwn2...
it does hurt..
much..
:)

Yutaka Mushimura said...

unicorn: baekkkkk cikgu....hehheheeh

MisZ Aien said...

hihi..ada tips juga untuk sayang seseorang meh> hihihi..sweet..

lau saya nak syg seseorang, biasanya xde alasan yang kukuh pon nak sayang.. tiba2 muncul rasa sayang dan saya akan terus sayang... biasanya, lau nak sayang seseorang xperlu nak paksa...hihi...

Yutaka Mushimura said...

miz Aien: hehhe..tq baca ek...

pasal kes Miz Aien pulak...mesti hati sudah berbunga2 waktuh tuh..tuh pasal leh sangkut...kui3x...good luck ek with ur future meh...

kui3x.teromputih siket lor

Eda Latiff said...

sgt setuju dgn no.9..

=)

fatian athiea said...

betul2..



kalau kite baik dgn org, org akn baik dgn kite..




kalau kite caye kt org.. org akn caye jgk kt kte..





ltkkan kite dtmpatnye..




itu je:)







gua amek ayt2 sket ltk kt fb..





gua lupe nk add lu kt fb ni..







nnti gua add ok??:)

Yutaka Mushimura said...

Eda: harap - harap begitulah....enjoylah selagi boleh.

Yutaka Mushimura said...

Miz Molecule: setuju gak dengan pendapat ko....:)

pasal fb tuh..aku tunggu naa..

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...