Saturday, January 15, 2011

Tip Bercinta Berpanjangan

Salam,

Sekarang tengah dok roling cerita P.Ramlee - Anak Bapak kat astro...so far, selama aku tengok xla pulak ter"feling" camnie....aigoooo.

mungkin pasal lagu Ada Ubi Ada Batas tuh yang buat aku sedih...ehh..selalu kan cerita P. Ramlee ni kan cerita gembira jaaa...kan..kan...

meh arr aku nak share dengan korang lirik lagunya ek...ade banyak element yang bagus untuk difikir - fikirkan...

Ku Kejar Bayangan Akhirnya Hampa,
Ku Renung Rembulan Tiada Cahaya,
Ku Tidur Tak Lena Mimpi Datang Menggoda,
Apakah Dosaku Kekanda...

Chorus
Airku Minum Tak Hilang Dahaga,
Hatiku Kesal Tiada Terkira,
Kau Siksa Batinku Tikaku Merana,
Apakah Dosaku Kekanda...

Ada Ubi Ada Batas, 
Ada Hari Boleh Ku Balas, 
Apa Nak Ku Kesalkan,
Sudah Nasib Badan...

Ku Tanam Budi Tiada Tunggul,
Ku Tabur Benih Tiada Berbunga,
Hatiku Gelisah Bertambah Rusuh,
Apakah Dosaku Kekanda...

Jikalau Ku Tahu Jadi Begini,
Tiada Maknanya Hidup Di Dunia,
Dunia Yang Luas Tidak Bererti,
Apakah Dosaku Kekanda....

Repeat Chorus


Klik Untuk Dengar dari Youtube....okeh

So, jangan mainkan perasaan orang ek.Kalu dah suka or cinta janganlah main - main...kalu x korang tunggu la pasangan korang tuh nyanyi lagu nih sorang2 dalam bilik sambil pekup bantal penuh perasaan hiba.Tips nih aku terdengar dari kawan - kawan ek...so far, aku masih single mingle.Kene banyak belajar lagi.Titik.

p.s : tipnyer, pikirkanlah perasaan pasangan memasing kalu nak kekal lama percintaan. Semua ada hati lor..jagalah dengan baik...ok.



Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

12 comments:

Eda Latiff said...

wahh...terasa...balik opis nak nyanyi lagu ni la sambil tekup muka kat bantal...huhu

Yutaka Mushimura said...

eda: jgn terasa pulak..tuh kan tips...sepatutnyer bercinta kene jaga 22 hati kan...

Seimura said...

agak sedih lirik lagu tu. huhu.

bunga_rose said...

uiks!! tgh berchenta ker??? hahahaah

Yutaka Mushimura said...

seimura: memang sedih..n jadikan pengajaran ek...sesame kite mandapat iktibar..

Yutaka Mushimura said...

Cp Bunga: rasenye kan sy dah bagi statement Single Mingle....

tuh just pengajaran untuk diri sendiri dimasa depan jer...kui3x

Fariq Jalil said...

erk,, tetibe dada aku rasa sakit baca entri ni,, haha,,

EP2 - Khurafat Volume 2

Yutaka Mushimura said...

Fariq: awat sakit dada pulak????

aigoooo...

cik helena said...

lagu tu macam happy je dengar kan.tp lirik dia tu..huhu

time kasih untuk tips ini yutaka ;)

UniCorn_|aDy said...

mmm...
-.-

Yutaka Mushimura said...

Cik Helena: hahah...pandai kan P.Ramlee bermain kata- kata...

samapi sekarang pun masih dipuja2..

eh..tips tuh just simple jer...just share dgn sesape yang sudi amek pengajaran.

Yutaka Mushimura said...

Unicorn: naper ek??jangan ar buat muka ketat....aigooo...be happy ...

always...:)

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...