Tuesday, January 18, 2011

Kenali Pekara Yang Perempuan Benci

Salam sayang,

Hari ini aku nak share dengan korang apa yang aku belajar dari pakar motivasi tersohor aku, iaitu kawan baik aku sendiri. Sembang punya sembang kat kedai mamak hampir 30 minit sambil melantak roti naan cheese khasmir sekeping sorang area Shah Alam memang membuahkan hasil yang giler babey gempak. Mula - mula tuh, tujuan aku cuma satu, iaitu melepaking sekejap..sambil menghirup udara bercampur baur ketiak masam mamak yang tengah khusuk menebar roti canai dan roti naan. Giler arrr berpeluh....perg...tapi aku gagahkan jugak....untuk makan...nyum..nyum..nyum...

Masa bersembang tuh kan, kawan aku nie ade dok peringat kat aku pekara yang perempuan sangat benci...banyak betul....kalu aku tak listkan..memang aku xingat arr...nasib baik aku ade akal mintak resit kosong dan 1 batang pen kat mamak tuh...untung jugak rupanya melepaking tempat mamak ni.Tempat lain hado????aku rasa nan hado kot.....kah3x.

Meh aku sharekan ape yang aku catatkan untuk pengetahuan bersama ek....

kredit dari yahoo image
Mata menawan kalbu

kredit dari yahoo image
Tengah berSMS pakwe agaknyer....


20 Pekara Yang Di Benci Oleh Wanita

1. Meninggikan Suara
2. Mengongkong
3. Cemburu Buta
4. Panas Baran
5. Kaki Rokok
6. Ego
7. Menipu
8. Main Kayu Tiga
9. Suka Cuci Mata
10. Perasan
11. Mementingkan Diri Sendiri
12. Kurang Memberikan Perhatian
13. Mata Duitan
14. Komited Terhadap Kerjaya
15. Gelojoh
16. Putar Belit
17. Tak Tahu Menghargai
18.Pengotor
19. Suka Kontrol Macho
20. Pentingkan Kawan - Kawan

So...ape pandangan korang...boleh caya ker dengan ilmu yang kawan aku sampaikan ni x???Pada aku, ada jugak betulnya....cuma bab 3, 6, 7, 8, 11,dan yang paling penting bab 13....aku rasa perempuan pon sama kot....

p.s : Dalam perhubungan, sejujurnya kita haruslah menerima pasangan kita seadanya.Kalau nak ikutkan pekara yang dibenci...pekara yang giler meluat kat pasangan kita....aku rasa sampai bila - bila pun x jumpe...sebab aku pernah dengar orang kata...No Body Perfect....jom melalak lagu korea...No Body No Body But You...okeh...chow dulu...

p.s : Jangan korang terasa pulak....just muhasabah diri sendiri jugak...kui3x...
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

15 comments:

Aleen Aiden said...

saye sokong semua pekara d atas.kah3

Desk Of Carlo Santeekee said...

Salam..

Serius? Patut la aku tackle sorang minah nih asyik x dpt je.. most of the points ada kt aku kot.. erk! Gurau je.. buat x baca..

Yutaka Mushimura said...

kenyataan telah disokong oleh cik aileen aiden....kui3x

mungkin ada lagi sokongan or bantahan selepas nih..mohon perhatikan...kui3x...

UniCorn_|aDy said...

^_^
nice en3...
suke2..
besh...
thumb up...
kesemua 20 adalah betol...
*wink

Yutaka Mushimura said...

unicorn: ohh..masih perlu belajar dari yang senior...

sgt2 berterima kasih pada senior...:)

eikieyn said...

sangat agree. :p

platipus said...

wah...ni mcm berpengalaman penah jd perempuan pulak

Yutaka Mushimura said...

ekien: hah..tq bari komen...saja jer..nak tawu ape pandangan wanita...heheh

Yutaka Mushimura said...

platipus: bukan berpengalaman..cuba mencatit ilmu diberi..hehheh.tq ek

bunga_rose said...

dah tau per pempuan suke, tak suke, per lagi, cepat pi tackle awek!!!

Yutaka Mushimura said...

CP Bunga: ooh...masih perlu belajr lagik..banyak lagi yang perlu diusahakan...okeh...doakan kejayaan semua ek.:)

ika said...

vaa vaa ! :D

Yutaka Mushimura said...

ika: vie vie vie!!! :)

mizzura said...

commented!

1. Memang takleh terima
2. sikit2 bolehla untuk kebaikan
3. Letih sebab asyik nak kena bgtahu hal sebenar
4. TAK SUKA!
5. katakan TAK-NAK
6. Kalo tak bertempat bengang gak
7. Kalo niat baik tepaksa menipu, ok. Tapi kalo niat jahat memang tak ble blah.
8. tiada maaf bagimu
9. biasa je, suma laki camtu, tengok anugerah tuhan.hehe
10. haha..buat malu je.
11. kalo ada kebaikannya takpelah.
12. tak romantik langsung.
13. i like...hehe..tapi jangan pulak kebas duit aku.
14. Kalo komited sampai boleh jadi PM okay gak, koman2 dapat lah aku jadi bini PM.
15. Buat malu orang je
16. Species ni tak le BLAH
17. Mungkin tak tunjuk kot.
18. Ewww..tak suka.
19. Ok per janji tak selekeh
20. hmmm...50-50.

Yutaka Mushimura said...

mizzura: perh..siap kasi komen bernombor...woohaa....aku terpaksa baca secara scroll down untuk lebih memahami....kui3x...

tq gurl..tq...komen nie sgt2 bagus...untuk dikongsikan...:)

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...