Tuesday, December 28, 2010

Paper Cup Yang Sangat Menarik Hatiku

Salam sayang kat korang,

Hari nie aku nak share dengan korang pasal Paper Cups. Entry ni telah diubah dan dipetik dari email yang diterima. Terima kasih pada pemberi maklumat. 

Jaya Praba PrakashRao, 
Kuala Lumpur Kepong Bhd. Technology & Quality Control Centre, Sungai Buloh, Selangor.

Varun*, seorang IT profesional yang bekerja di Technopark, telah mengalami sakit perut yang berpanjangan setiap malam. Setelah pemeriksaan perubatan dibuat dan dikenalpasti secara teperinci, terdapat sejumlah 'Wax' yang terkumpul di dalam perutnya. Antara lain, doktor mengenalpasti kotoran adalah berpunca dari 'Paper Cups' yang selalu digunakan oleh beliau ketika meminum teh di 'pantry'nya.

Fakta yang mungkin terlepas pandang adalah 'Paper Cup' disalut oleh lapisan nipis 'wax' bagi tujuan untuk mengekang kebocoran air melalui 'paper' berkenaan. Apabila bertindakbalas dengan kehadiran air yang panas, 'wax' berkenaan berkemungkinan dilarutkan sama sekali. Dengan kata lainnya, tubuh badan manusia akan mengalami masalah dalam jangka masa panjang.

So, ape tunggu lagi. bawalah gelas sendiri dan kurangkan menggunakan gelas plastik - ia lebih teruk lagi berbanding 'wax'!!!

Oleh kerana aku sangat menyayangi korang semua wahai penduduk bumi, so x salah aku nak share dengan korang semua kan.kan.kan....kalu nak guna jugak 'Paper Cup' dan plastik gelas....gunalah....tapi biarlah berpada - pada. Nanti syarikat pembekal pulak tutup kedai.....heheehhe:)


kredit kat Yahoo Image

6 comments:

bunga_rose said...

good info.. sebbaik guna mug huhu

Yutaka Mushimura said...

huhuhu..betul2...

kene kurangkan pengunaannyerr...sesama kita ek..;0

Muttallif said...

bagus2....info bgs..wax banyak digunakan sebenarnya..aku ingat dalam mee segera pun ada.....cuba ko teeee...gok!(tengok :))

Yutaka Mushimura said...

taliff: hahha.tak tawu pulak bro...

inyaAllah akan dicarik...heehhe..

bro..kalu ade gi la tempek kat belog ko...aigooo

Muttallif said...

pasal mee kew???? insyaallah, cuba untuk usahakan

Yutaka Mushimura said...

taliff: hhaha..terbaik bro....

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...