Friday, January 10, 2014

Tanggal ke 9 | Perjalanan Yang Panjang Menyusuri Sungai Sugla

kredit kat berakitkehulu.blogspot.com
Salam,

Kembali ke hikayat yang ditulis oleh Pujangga Malam kurun ke 10 Masihi

Adapun hamba telah mengharung sungai besar Sungla selama sepertiga malam purnama, masih lagi tiada pula menemui daratan. Pabila melihat rembulan serta bintang - bintang kelihatan di saujana, hamba pasti akan arahnya yang hampir kurang tidak dengan kedudukan bintang utama.



Malam tiada nampak akan dataran. Malam yang sunyi tiada geloranya. Malam keseorangan mendayung akan ia rakit nan besar. Tatkala hampir subuh kiranya, hamba pun menunaikan solat 2 rakaat di tengah - tengah sungai besar itu sambil rakit itu bergerak ia sendirian.

Allah itu Maha Besar lagi Maha Petunjuk. Maka Dialah yang sebenar - benar akan petunjuk tatkala seseorang hamba itu sesat tidak punya kedudukan yang sebenar. Arakian, pagi nan hening itu telah nampak akan ia kelibat daratan yang jauh tatapi kelihatan akan ia seperti pulau kecilan.

Terpaksalah jua hamba ke arah itu kerna sudah kepenatan berdayung.

Namun, adakah ini destinasi yang dituju? Ada benarkah tiada rintangan Sungai Sugla. Saksikan episod yang seterusnya.




Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

2 comments:

NasQ said...

dah hafal rukun nikah?

Yutaka Mushimura said...

emm...ader lima.

1. lelaki
2. wanita
3. dua orang saksi
4. wali
5. ijab dan kabul.

heheh.

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...