Wednesday, January 8, 2014

Dari Sungai Makam Ke Sungai Sugla | Tanggal ke 10

kredit kat mecail2012.blogspot.com
Salam,

Mood Pujangga Malam abad ke 10 Masihi kembali lagi,

Sudah ada 4 episod terdahulu, layankan episod terdahulu sebelum cerita hikayat ini berterusan. heheheh.





Sebermulanya hamba mendayung rakit itu bersama ia akan sebuah peti yang sarat dengan buah tangan tidak terperi banyaknya itu, hamba merasakan suasa angin bagai membantu rakit itu bergerak laju.

Hatta arus air sungai pun bagai menyeri angin yang berlalu. Umpama aur dengan tebing, sama laju lagi berganding bahu. Saling sandar bersandar juga akan lajunya.

Sementara hamba sedang mendayung berdikit - dikit berusaha sambil dibantu akan angin dan juga arus, sudah sampailah jua hamba ke tengah sungai Makam dan pasti pula menyusuri laluan sungai utama yakni sungai Sugla.

Akan tetapi, menempuhi sungai Sugla itu banyak cobaannya, banyak rintangannya lagi banyak kesusahannya. Itu yang dikhabarkan dari penduduk Pulau Lentakang. InsyaAllah, dengan kudrat dan iradatNya, pasti jua hamba menempuh akan ia demi untuk sampai ke Tanah Negara Indra Rasia.

Perjalanannya sudahpun bermula dari sungai Makam, adakah bertempuh perbagai cubaan besar???Yaa, saksikan episod seterusnya.

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

3 comments:

NasQ said...

ni karang ayat bunga bunga ni dah hafal belum nama bakal bini... kang tersasul sebut nealofa lak kang...

NasQ said...

khas untuk ko http://t-karut.blogspot.com/2014/01/khas-untuk-budak-perasan-jepun-yang-nak.html

Yutaka Mushimura said...

hahaahahahah....

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...