Friday, January 10, 2014

Pulau Bayan Di Balik Sungai Besar Sugla | Tanggal ke 9

kredit kepada blog.tourism.gov.my (Ini gambar Pulau Redang)
Salam,

Kembali ke Hikayat purbakala seseorang hamba. Ditulis oleh Pujangga Malam abad ke 10 Masihi.

Sayugianya hamba telahpun sampai ke satu pulau tiada bernama. Setelah puas berdayung akan rakit besar dari Pulau Lentakang melalui Sungai Makam, lalu hamba pun sampai jua ke sini.




Entah pulaunya apa tiadalah hamba tahu. Namun, pesanan orang - orang Pulau Lentakang senantiasa ada tersemat yakni akan ada suatu ketika tuan hamba bertentang akan suatu rintangan sepanjang Sungai Sugla.

Ya. Tatapi, apakah ia. Hamba pun tiadalah mengerti. Hatta sekalipun angin sepoi - sepoi yang nyaman di persisiran pulau ini telah menarik hati hamba datang ke sini. 

Lalu, hamba pun berdayung ke arah pantai pulau ini dengan harapan dapat berehat sebentar cuma. Pagi nan cerah, kicauan burung - burung pula sangat romantis bagai memecah kerinduan hamba untuk sampai ke Tanah Negara Indra Rasia. Lamunan pun terhenti jua.

Separuh hari sudah pun berlalu, malam pula menjelma kini. Namun sudah tiada daya untuk bergerak kerna letihnya diri juga tiada pula terjumpa akan ia orang di sekeliling pulau ini. 

Adakah orang menghuni pulau ini? Saksikan dan teruskan ke episod seterusnya.


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

2 comments:

NasQ said...

Segamat tu bukan pulau la...

Yutaka Mushimura said...

ek ele.....

ini cerita hikayat laaa...

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...