Monday, January 13, 2014

Suatu Merduan Di Pulau Bayan | Tanggal Ke 8

kredit dari gph-blogspot.com
Sambungan hikayat dari penulis Pujangga Malam abad ke 10 Masihi.

Diberitakan akan hamba melalui khabar - khabar angin itu akan pulau ini tidak berpenghuni. Lalu dengan sungguh - sungguh hamba mencari kayu api untuk hamba nyalakan ia menerangi malam hari. Takut - takut pula akan datang penunggu rimba pulau tiada penghuni.




Tatkala sedang angin bertiup sepoi merintangi hamba, dari kesayuan hamba mendengar sesuatu merduan yang tiada pernah didengari sebelum ini. Mengasyikkan, melemahkan serta membuat hamba terus tertidur ditemani oleh unggun di sisiran pulau.

Didalam mimpi hamba terdengar akan sang wanita muda berpakaian serba indah sedang ia berendam di tengah dalam sungai Sugla itu memberikan isyarat serta bermain akan ia seruling bambu menyebabkan hamba pun tertidur dalam keadaan termimpi.

Pabila bangun dari mimpi itu, sang wanita sekali lagi bermain seruling bambu sambil mengatakan yang hamba akan terus tidur di Pulau Bayan ini kerana sudah lama sang wanita itu lama tiada dijenguk orang luaran. Arakian, sesudah hamba dengarkan sahutan itu hamba pun melaungkan Azan dalam keadaan bermimpi dan mimpi itu pun hilang dibalik suram malam.

Hamba pun terjaga benar dari mimpi di dalam mimpi itu dan melihat ke langit. Sudah pagi tetapi tiada agak berapa hari sudah tertidur. MasyaAllah, sudah tertidur lama agaknya diriku ini sambil hamba melihat kayu api yang menemani hamba telahpun disalut pasir - pasir deruan dari gelombang angin entah berapa hari.

Arakian, bermulalah hati hamba tiada bertenang bagai gelora api lalu berangkat jualah hamba ke gigi air sungai Sugla meneruskan perjalanan ke destinasi tujuan, Tanah Negara Indra Rasia.

Kemanakah arah tujuan seterusnya? Adakah sampai jua ia ke Tanah Negara Indra Rasia???Nantikan episod pendek seterusnya.

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

0 comments:

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...