Wednesday, January 15, 2014

Dari Pulau Bayan Menyusuri Sungai Kecil Tarbala | Tanggal ke 7

Kredit kat pakcik Goggle - Burung Undan
Siri Hikayat dari Sang Pujangga Malam abad ke 10 masihi

Bergerak akan ia bersama - sama muatan di atas rakit besar ke arah Sungai Sugla setelah hampir lama terlelap lena di Pulau Bayan. Pulau Bayan nan tiada berpenghuni lagi membawa bencana kiranya hamba lebih lama menetap disana.

Adapun sesudah setengah hari hingga peluh hamba membasahi baju kerna bergerak di atas mentari panas nan tiada rasa pula angin biasa di tengah sungai Sungla. Juga pula terasa kehausan teramat sangat hingga meminum air sungai yang kebiruan ini pun hamba pun tiada rasa hilangnya, makapun hamba segera membuat sedikit rentangan kain kecil buat teduhan di kala hamba berdayung berdikit - dikit itu. Hamba rasa perjalanan terasa kejauhan kerna ia lebih mencabar dari perjalanan yang sebelum ini.



Hatta sekalipun tiada kelihatan akan ia seekor ikan pun cuba naik ke atas permukaan mungkin sahaja terasa kepanasan yang begitu membara. Bagai sedang mentari itu tegak di atas kepala hamba sedang menari - narilah burung Undan mencari akan rezeki tiada henti.

Selama iapun bergerak bersama rakit menuju penghujung Sungai Sugla, menanti pula untuk menyusur Sungai Tarbala yang sedikit kecil saiznya dari Sungai Sugla.

Sungai Tarbala nampak seperti kecil tatapi jangan pula ia disangka tiada halangan. Bak kata pepatah emas, Setenang Air Di Muara, Jangan Sangka Tiada Buayanya. Hati hamba perlu cekal menghadap semua. InsyaAllah, kiranya ada keizinan jua dari Allah sang Maha Pencipta, pasti jua tujuan terlaksana.

Lalu, hamba pun berlalu tanpa setitis rasa ragu - ragu sambil berbekal akan ia keredhaan serta doa atas keselamatan pada sang Rabb.

Perjalanannya makin jauh, terasa jauh untuk sampai ke Tanah Negara Indra Rasia. Berjayakah untuk sampai ke destinasi? Ada lagikah dugaan menunggu. Pasti tunggu dan sambung ke hari berikutnya.

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

0 comments:

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...