Thursday, January 16, 2014

Permulaan Yang Panjang Di Balik Pondok Itu | Tanggal ke 6

kredit kat ceritalabel.blogspot.com
Mood Hikayat dari Pujangga Malam abad ke 10 Masihi...

Perjalanan hamba menyusuri Sungai Kecil Tarbala ini rupanya tiada sukar. Air sungainya yang jernih lagi tenang memudahkan hamba mendayung tanpa menggunakan banyak keringat. Angin sungai pula bagai sebati dengan keindahan alam sekeliling Sungai Kecil Tarbala ini membuatkan hamba menyingkap kenangan - kenangan masa lalu.


Ya, masa lalu taktala bertemunya sang puteri Tanah Negara Indra Rasia di Pulau Lentakang. Tiada pula hamba ketahui akan hadirnya sang puteri itu kerna pakaiannya semasa bertemu agak kebiasaan sama seperti rakyat jelata yang lainnya.

Pertemuan kali pertama sang puteri dengan hamba bermula di sebuah pondok kecil kepunyaan Tuan Guru hamba, Tuan Guru Syed Abdullah Jentari juga anak penghulu Pulau Lentakang Tuan Guru Syed Abdullah Hambali. Ketika itu, sedang hamba mempelajari selok belok agama dengan Tuan Guru Syed Abdullah Jentari, muncul seorang wanita tiada dikenali oleh kebanyakkan orang disitu datang dari belakang menyusuri pintu hadapan pondok kecil itu lalu bersimpuhlah akan ia mengadap tunduk bersama - sama Tuan Guru Syed Abdullah Jentari.

Pembelajaran hampir selesai, lalu hamba pun menegur wanita berkenaan dari kebelakangan hamba. Sambil meniti ilmu - ilmu baru, sempat juga hamba bertanyakan namanya serta berbual fasal ilmu agama. Nama hamba Muhammad. Bolehkah hamba bertanya, siapakah gerangannya saudari ini dan dari manakah datangnya? Dengan nada yang prihatin, lalu wanita itu seraya menjawab akan namanya Cik Puan Tengku Ampuan Humizah anak kepada Tengku Terutama Indra Rasia.

Termanggu hamba seketika itu tatkala diberitakan akan hamba wanita yang kelihatan berpakaian ala rakyat jelata itu rupanya adalah Tuan Puteri Tanah Negara Indra Rasia nun jauh dibalik beberapa pulau dan sungai. Dari pandangan hamba, sungguh baiknya budi pekerti Tuan Puteri hingga sanggup datang sebegini hanya semata - mata mencari ilmu jauh diperantauan.

Begitulah alkisah pertemuan singkat hamba bersama tuan puteri Tanah Negara Indra Rasia itu hingga hamba ingin sahaja menjelajah ke sana mencari ilmu serta ingin menjadi hulubalang disana mungkin sahaja hamba telah terpaut hati dengan kemesraan dan juga budi pekerti yang ditunjukkan oleh Tuan Puteri itu.

Perjalanan hamba menyusuri Sungai Kecil Tarbala merupakan sungai terakhir sebelum sampai ia ke Tanah Negara Indra Rasia. Alhamdulillah berkat dan iradat dari Tuhan yang Maha Esa, akan hamba sampai jua ke sana.

Apakah yang akan terjadi selepas itu? Nantikan episod yang seterusnya.


 Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

6 comments:

NasQ said...

aduyai... dup dap dup dap... doa qunut dah hafal?

Yutaka Mushimura said...

@Tukang Karut

daaaaa

Anonymous said...

panjang nye alkisah

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Penulisan ko mengingatkan aku pada novel Saga Takluk Jagat.. :)

Cerita mcmni, ada pengikutnya sendiri..aku teringin nak cuba menulis satu cerita berlatarbelakangkan melayu klasik (erkk, ak taktau nak namakannya sbg apa), tpi untuk memilih nama watak pun,ak tak tau mcmna..letak nama moden tentu tak sesuai dgn latar masa kan..

Yutaka Mushimura said...

@najmi nawawi (juon)

hahah..tq.tq....juon.

sila ikuti bab seterusnya

Yutaka Mushimura said...

@Tinta Lana

ye ker???aku buat cite ni just suke2 jer...mana la tau diberi peluang jadi penulis buku2 lama lak...

hohoho

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...