Monday, January 6, 2014

12 Langkah Seiringan | 12 Langkah Kesinambungan | 12 Langkah Bersama Senyuman

kredit kat pakcik goggle
Salam,

12 langkah seiringan berjalan berdua. Langkah yang akan menjadi kesinambungan bersama beribu senyuman terukir dibintang cakerawala di waktu malam.





Haaaaa....tu dia tajuk sepanjang - panjang tidak. Kembali ke mood (Punjangga Malam Kurun ke 10 Masihi)

Arakian, bermulalah satu episod liku - liku persiapan akan sebuah rakit perahu kayu nan baharu ke arah Tanah Negara Indra Rasia. Ya, itu adalah suatu negara baharu yang sedang ia merdeka lebih lama akan negeri Pulau Lentakang yakni negeri hamba hampir separuh dekad yang lalu.

Mengenangkan tanggal ke 12 hampir tiba, 12 langkah perlu dibina untuk hamba pastikan kekuatan rakit perahu ini sampai ke Tanah Negara Indra Rasia.


Hatta sesudah hamba mencari segulung kain buat ikatan layar buat rakit perahu itu, hamba kemaskan pula tali - tali lembaran di susuk sisi kanan dan kiri rakit menandakan rakin perahu itu sudah bersedia untuk menjelajah bersama hamba. 

Orang kampung hamba selalu mendengar akan keindahan Tanah Negara Indra Rasia yang terletak di tempat yang jauh sejauh 12 hari perjalanan. Harap benarlah kata mereka.

Namun, adakah rakit itu akan sampai ke destinasinya? 


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

2 comments:

NasQ said...

eleh... cakap je la dah gabra,..

Yutaka Mushimura said...

@Tukang Karut

choiii la hang...persediaan itu penting..kan itu keywoodnya...

woohaaaa

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...