Wednesday, July 31, 2013

Extremist Sukaneka Secara Ilutrasi

Permandangan Indah di Hotel Herritage tempat moonsoon cup
Salam,

Jurucakap Radio Hot 69: Pertandingan antara Johan Kampung Batu berentap dengan Johan Kampung Hulu Langat still dileading oleh Johan Kampung Batu. Mata terkini yang direbut oleh Johan Kampung Batu sehingga kini adalah sejumlah 10 berbalas 8, dengan agggregate secara keseluruhan adalah 2.

Jurucakap Radio Hot 69: Sementara Jaguh Bola Sepak Kampung Senduduk pada hari ini pula terpaksa keluar padang akibat ketakselanjeran penjaga garisan yang tiba - tiba memberi kad merah dan sekali gus memberi peluang yang baik untuk Jaguh Bola Sepak Kampung Tok Bai mengungguli pertandingan. Kedudukan sekarang, Senduduk 1, Tok Bai 1.

Jurcakap Radio Hot 69: Ya. Kita bersama En. Mutti di tempat sukaneka berkenaan untuk memberi ulasan...Ya, En. Mutti...En.Mutti ditalian..

En. Mutti: Selamat pagi pendengar sekalian dan terima kasih pada En. Jurucakap Radio Hot 69 kerana memberi peluang saya keudara dan seterusnya memberikan ulasan ringkas tentang sukaneka yang sedang berlangsung di sini, iaitu Dewan Serbaguna Kampung Tok Bai, Terengganu. 

En. Mutti: Terdapat 4 jenis pertandingan yang diadakan disini iaitu Catur, Bola Sepak, Memancing dan juga Galah Panjang. Kami disini masih menunggu keputusan araca memancing dan galah panjang memandangkan pentandigan ini memerlukan masa yang agak lama dan mereka - mereka ini semuanya pro. tuttttttttttt....truuutttttt....ya, En. Jurucakap Radio Hot 69, saya baru sahaja menerima keputusan bagi pertandingan galah panjang iaitu juara keluruhan bagi acara berkenaan dimenangi oleh Johan Kampung Senduduk yang menang tanpa balasan......trruuuttttt..truuuttttt...truuuutttttt...(klik)

Jurucakap Radio Hot 69: En. Mutti, En. Mutti.....emm..ya pendengar sekalian, terdapat gangguan telepon dan kita terpaksa menunggu respon dari beliau sebentar lagi...izinkan saya memutarkan lagu ini buat pendengar sementara kami menyambungkan talian kembali untuk mendapatkan keputusan terkini. 

Jurucakap Radio Hot 69: Dengarkan lagu Pulang Di Hari Raya, dendangan M.Shariff. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin. Sila memandu dengan hati - hati. Minggu depan boleh dengar keputusan terkini...hohohohohoho...

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

1 comments:

~SaL IjOu~ said...

selamat hali laya~ ^^

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...