Salam,
Sudah lama tidak bersua di arena blog. Maklum sahaja lah, banyak kerja yang perlu diselesaikan, banyak masa terluang di tempat lain, nak pula minggu hadapan perlu ke Sarawak mencari sesuap nasi.
So, hari ini teringin pula rasanya hendak menyimpan memori indah pada suatu saat yang indah itu di dalam blog ini. Cuma sekadar ayat - ayat, tiada pula menunjukkan sebarang gambar - gambar yer.Teringin pula rasanya ingin bercerpen, sudah lama meninggalkan zaman bercerpen, boleh kan....
Cerpen Bertajuk - Ekspidisi Ke Perkampungan Itu
Arakian, bermulalah kenangan indah itu dari sebuah perkampungan kecil di daerah Johor berhampiran bandar Segamat. Entah bagaimana hendak saya gambarkan keadaan semasa itu sehinggakan rasa segan bila mana masuk melangkah ke dalam kawasan perkampungan itu.
Sudah lah keadaan riuh rendah suasana yang begitu meriah membingitkan suasana yang asalnya hanya dapat mendengar suara burung - burung kecapi, bunyian unggas - unggas malam di malam hari membuatkan diri ini penuh dengan rasa segan lagi bertambah gentar pada permulaan langkah masuk ke dalam rumah berkenaan.
Namun, dengan memberi semangat untuk diri sendiri, diri ini terus menjadi kuat tanpa tidak menyedari diri ini diperhatikan oleh setiap insan di dalam suasana yang sebegitu meriah. Kekok yang mulanya bertambah parah beransur - ansur hilang apabila mula menyapa sahabat handai dari pihak sebelah dan menjemput untuk makan makanan yang sedia terhidang.
Setelah makanan itu dijamah bersama - sama tetamu yang hadir, saya cuba untuk memberanikan diri ini mendekati beberapa ketua penghuni perkampungan ini dan bermulalah sesi bermesra bersama - sama dan akhirnya keadaan kekok itu hilang secara tiba - tiba.
Waktu itu umpama air yang mengalir deras. Betapa lajunya keadaan itu membuatkan diri ini terus dibuai oleh sesi pergambaran yang diambil oleh beberapa sahabat handai dari kawasan perkampungan itu satu persatu. Keadaan itu terus menerus membuatkan diri ini selesa dan bermula dari saat itu, perkataan "tahniah" sentiasa terpacul dari setiap tetamu buat diri ini.
Seakan - akan dibuai mimpi indah sedang diri ini hanyalah melaksanakan pekara - pekara asas yang sepertinya banyak lagi yang tidak sempurna, hanya membuat pekara yang cukup - cukup makan sahaja. Namun, dengan pekara - pekara itu, majlis yang saya anggapkan biasa rupa - rupanya telah bertukar menjadi lebih meriah dengan dipenuhi oleh sahabat handai dari kawasan perkampungan itu.
Semoga kenangan indah itu akan terus tersemat di jiwa sanubari tanpa disedari oleh sesiapa pun. Terima kasih wahai penduduk perkampungan itu yang menyambut kedatangan kami penuh kemeriahan dan jamuan yang begitu mengasyikan.
Sekian, kenangan itu kan terus tersemat. Password kenangan indah itu adalah seperti berikut:
26.01.2013 - Perkampungan Gudang Garam, Sekitar Bandar Segamat
dan
Selamat Hari Kelahiran yang ke XY buat kekasihku Hamizah
Kalau suka, boleh Like:)
Kalau minat, boleh Komen:)
4 comments:
pi sarawak? kirim gambir sekotak!
oh..okey..kalu jumpa..den kutip sendirik...:P
gulp. hehe
gulppp
Post a Comment