salam,
Apa pun, Datuk Seri Najib memberi jaminan Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud kerana tidak berpaksi kepada realiti di negara yang memiliki masyarakat berbilang kaum.
aper pandangan korang semua????
p.s: persoalannya, Manusia dibentuk dan direka khas oleh Allah S.W.T untuk mentadbir seluruh alam maya dan semuanya adalah memenuhi keperluan realiti kehidupan. Masih tertanya - tanya, adakah kita masih hidup dalam keadaan realiti, atau sebaliknya??? Maaf sekiranya tersalah kata. Kadang - kadang mendengar kebenaran itu amat memedihkan.
Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)
7 comments:
bila manusia dah jauh dari ALlah,,xtau dah mana satu wajib kan bro
@gilaweb
emm..kita tak tau lah....still mohon pada Allah jua dari segala kemurkaanNya.
Assalamualaikum...Hudud dinyatakan oleh Allah jelas di dalam Al-Quran sebagai perintah yang mesti dilaksanakan oleh pemimpin Islam dan perundangan ini wajib dilaksanakan ke atas ummat Islam untuk memelihara keharmonian masyarakat. Dari sudut ayat,ayat hudud dalam Al-Quran adalah ayat Muhkam atau ayat hukum/perintah yang jelas dan tidak boleh diingkari. Dan Allah Taala mengingatkan berkenaan hudud bahawa Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui kesudahan yang baik. Ingin berkongsi satu kisah pada zaman Rasulullah SAW yang mana seorang wanita ibu tunggal telah didapati bersalah bagi kesalahan mencuri dan djatuhi hukum potong tangan oleh Rasulullah SAW.Ada di kalangan sahabat yang kasihan terhadap wanita tersebut memandangkan dia ibu tunggal dan beberapa sebab lain.Di Kalangan sahabat meminta Usamah Bin Zaid r.a yg merupakan cucu angkatkesayangan Rasulullah SAW supaya memujuk Rasulullah SAW untuk menarik semula hukuman tersebut. Maka Usamah pun pergi dengan berat hati menyampaikan pandangan sahabat kepada Rasulullah SAW. Dengan marah Rasulullah SAW bersabda:" Siapakah Engkau wahai Usamah? Sedangkan Aku Rasulullah pun takut akan arahan Allah,kerana ini arahan Allah maka mesti aku laksanakan...(au kama qal )
Bayangkan jika Rasulullah SAW seorang kekasih Allah sendiri takut untuk memberi pandangan peribadi apatah lagi kita hendak mempertikaikan kewajaran hukum Allah dalam apa jua situasi sekalipun dan cukuplah kita yakin bahawa Allah Maha Adil. Wallahua'lam...
@syahnabil
perh..first time dapat komen terbaek camnih...tq:)
An-Nisā':61 - Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, ".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah
Mari kita doakan pemimpin2 kita supaya terbuka hati dan mendapat hidayah utk melaksanakan hukum Allah. This is Allah's Right. Human Right is to obey to Allah.
An-Nisā':61 - Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, ".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah
@mohd shafiq
wow...terima kasih atas sokongan kalian terhadap Hukum Hudud ini.
Marilah berdoa supaya dibukakan hati mereka - mereka untuk menerimanya dengan ikhlas dan berserah diri pada yang ESA.
tq
Post a Comment