Tuesday, July 26, 2011

Perkahwinan Itu Indah | Informasi Luar Negara

Kredit kat Yahoo Image
Salam,

Perkahwinan. Sesuatu yang didambakan setiap insan di muka bumi. Allah serta rasulNya menggalakkan perkahwinan secara HALAL. Bukan kerana suka suki, tapi bersebab. Semuanya itu untuk memuliakan seluruh umat dimuka bumi hasil dari perkahwinan yang sah lagi direstui. Namun begitu, masih terdapat golongan manusia yang tetap mencari perkahwinan secara HARAM. Mengapa ia terjadi...jom kita diskusikan bersama.



Pada pendapat aku, kalau nak dicoretkan segala tinta bagi menulis segala alasan kenapa mencari yang HARAM dari yang HALAL...aku rase, korang dah masak dah kan. Back to basic lah, semua berpunca dari wang or benda - benda lain yang dianggap sensitif. So, aku malas nak huraikan.

So, aku nak share dengan korang arr...aper pandangan korang kalau nak kahwin pun, pasangan lelaki korang yang macho / hensem tuh terpaksa meminjam BANK untuk melangsaikan mas kahwin or belanja itu ini. Itu belum lagi bende lain, rumah, kereta, dan keperluan lain di masa hadapan korang. Sanggupkah korang menderita bersama - sama membayar hutang hingga hujung hayat korang????

informasi luar negara tentang perkahwinan

Tahukah korang rakyat SUDAN mengenakan syarat kepada setiap pasangan lelakinya. Setiap lelaki yang mahu kahwin, wajib mempunyai sebuah kereta dan rumah untuk memudahkan pasangan wanitanya dikemudian hari. Akhirnya, kebanyakkan lelaki di SUDAN berkahwin pada umur 40 an ke atas....so, agak - agak korang, anak diorang ader berapa dan sempat ker tengok cicit sendiri....wooohaaa.

p.s: aku rase, lambat laun, MALAYSIA pun boleh jadi macam nih kalau tak dikawal mulai sekarang. No wonderlah Nabi S.A.W dan Al - Quran itu memudahkan urusan perkahwinan...selamat beramal yer.aper pendapat korang pulak???

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

4 comments:

MisZ Aien said...

yeay..saya sokong...tapi xdak duit payah jugak... :) :( keke...

fatian athiea said...

informasi yutaka.hehe

Yutaka Mushimura said...

miz aen: heheh....duit itu penting...untuk urusan dunia.

Yutaka Mushimura said...

miz molecule: aloh..sekali sekala aku share kan..best aper...ko tuh..hapdet entry baru yuk..:)

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...