Hye korangggg...
weh, aku nak share tentang bende tradisional yang aku xpernah nak selidik. banyak giler spesis gasing. Dulu - dulu pon, aku main 1 spesis gasing ja. Kalau x silap, gasing jantung. oklah weh, aku nak preview kat korang aper yang aku dapat ek. Check it out....
Terdapat pelbagai jenis gasing iaitu :-
Ø Gasing kelawar
Ø Gasing telur
Ø Gasing piring
Ø Gasing kepala
Ø Gasing uri
Ø Gasing leper Kelantan
Ø Gasing kuno
Ø Gasing baba
Ø Gasing tanjung
GASING LEPER KELANTAN
Ciri-ciri
- Berbentuk rendah dan juga leper
- Beratnya 8kg
- Lilitannya 48cm
- Berketinggian 6cm
Gasing jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional sahaja. Gasing ini sangat berat dan itu sebabnya ia mampu berpusing dengan ligat dan lama. Simparan gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat di pasaran tetapi harganya terlalu mahal.
GASING URI
Ciri-ciri
- Berbentuk rendah dan agak leper
- Beratnya 6kg
- Lilitannya 30cm
- Berketinggian 8cm
Gasing ini amat terkenal di Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dan dililit dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi, atau plumbum. Jika simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.
GASING KUNO
Ciri-ciri
- Berbentuk sederhana dan berembang
- Beratnya 0.6kg
- Lilitannya 30cm
- Berketinggian 8cm
Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk buah barembang. Biasanya ia hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji.
GASING BABA
Ciri-ciri
- Berbentuk tinggi dan seperti telur
- Beratnya 0.6kg
- Liliyannya 38cm
- Berketinggian 20cm
Gasing yang berinditi wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa digunakan oleh pemain baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asalnya gasing ini berbentuk telur.
GASING JANTUNG
kredit dari yahoo image
Ciri-ciri
- Berebntuk jantung
- Beratnya 0.25kg
- Lilitannya 20cm
- Berketinggian 2cm
Gasing ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak . Ada juga yang menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan negeri gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, menggaris dan sepetir.
GASING TANJUNG
kredit dari yahoo image
Ciri-ciri
- Berbentuk tinggi dan barembang
- Beratnya 0.6kg
- Lilitannya 30cm
- Berketinggian 10cm
Gasing tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia berfungsi sebagai gasing pengacau dan untuk memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan juga merbau.
p.s : biler tgk gasing - gasing nih, rase cam nak main balik la pulak...kui3xx..korang camner....pulak???
4 comments:
bro, aku tak kisah pasal gasing ko..hahahaa..aku kisah wallpaper ko dh tukar???
ha.a bro..camner....xbest kew??
taliff..kita serupa...hihik
@misz aien : betul3...serupa
@yutaka : mana perginya background mambang biru air laut tu
Post a Comment