Saturday, January 29, 2011

Ilmu VS Harta...Ohh..Baru Aku Tawuuuu..

Salam choki - choki,

Hari jumaat semalam, seperti biasa aku berjalan kaki terus ke masjid..untuk mendengar ceramah sebelum solat jumaat....seperti biasa, bila kite dengar ceramah, sure kita tersedar diri...baru tahu langit nih tinggi ka rendah ka..

barulah kita x alpa bila hidup kat atas dunia...betul x???


Kredit dari Yahoo Image
Entah bila la aku dapat ke sini.....huhuhuh

entry kali nih just nak menginsaflkan diri sendiri..takut lupa diri..so, aku pun tulislah untuk pesanan diri sendiri....kalau korang terasa pi main jauh - jauh ek....hehehhe...

mari aku mulakan mukadimah ape yang aku dengar kat ceramah semalam....okeh..so, lets roll out...

Diceritakan pada suatu hari, ada 10 orang pembesar Quraisy datang menemui Saidina Ali. Sepertimana yang diketahui, Saidina Ali merupakan gedung ilmu di waktu itu...maka 10 orang pembesar tu pun menanyakan 1 soalan yang sama dan dijawab oleh Saidina Ali sebanyak 10 jawapan yang berbeza - beza...perg....memang sangat tinggi ilmu Saidina Ali....kagum sungguh!!!!wooohaaa...

So...soalan yang ditanya berbunyi begini.

Soalan 1 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta merupakan tinggalan Qarun dan ilmu sentiasa menjaga harta yang ditinggalakan.

Soalan 2 :  Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana apabila seseorang banyak hartanya akan banyak pula musuhnya tetapi apabila seseorang banyak ilmunya akan semakin banyak pula kawannya.


Soalan 3 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta apabila digunakan akan berkurangan tetapi ilmu apabila digunakan akan makin bertambah.

Soalan 4 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana sesorang yang berharta kerap kali digelar sesuatu yang kurang enak didengar contohnya bakhil, sombong. Tetapi, seseoarang yang berilmu kerap kali digelar dengan sesuatu nama yang baik - baik sahaja.

Soalan 5 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta perlu dijaga tetapi ilmu tak perlu dijaga dan akan menjaga harta.

Soalan 6 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta akan dihisab di akhirat kelak, tetapi ilmu pula akan memberi syafaat di akhirat kelak.

Soalan 7 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta akan semakin rosak dan lusuh, tetapi ilmu pula tak akan rosak sampai bila - bila.

Soalan 8 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana harta kadang kala akan mengeraskan hati seseorang tetapi ilmu pula akan melembutkan hati seseorang.

Soalan 9 : Wahai Saidina Ali, antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?

Saidina Ali menjawab: Ilmu lebih penting kerana pemilik harta kadang kala akan merasa hebat dan alpa, tetapi pemilik ilmu pula selalu akan merasa lemah ketika di dunia.

p.s : alamak, apesal aku tak ingat jawapan ke sepoloh nih......aigoooo....pelupa sungguh aku...huhuhu..sory
weh..still cetek ilmu didada...kalu korang ingat, gitau aku ek..kat komen...akan dihapdet kemudian...okeh.

 p.s : ingatan pada diri sendiri agar tak alpa...pada aku...alangkah hebatnya seseorang itu sekiranya ikut resmi padi.....semakin tunduk semakin berisi....janganlah pula mengikut resmi lalang.....semakin tinggi semakin nipis......so..jangan ade orang teasa..xde kalitan hidup dan mati okeh....

bubuy..nak tengok Astro...korang pun hado kan...jom melayan...




.Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

4 comments:

bunga_rose said...

tadok tibi kat rumoh... melayan anok jola.. anok pun harta gok kang???

platipus said...

best nye kalau dpt smpai mekah

Yutaka Mushimura said...

CP Bunga: loh...letrik still putus ka???

sian nyerr..

Yutaka Mushimura said...

platipus: emm..tuh ar, harap2 nanti leh samapi gak...insyaAllah

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...