Friday, October 15, 2010

Imaginasi Yutaka Mushimura Edisi 1


salam,

Kali ni aq nak try buat sesuatu yang unik untuk kali pertamanya belog aq....nak try buat book of rekod untuk diri sendir ek....pasnih..sure korang akan search lagi dan lagi....

~~perasaan x entry aq kali nih ade Edisi 1~~

maknyer, ade la edisi ke 2, ke 3 or mengikut kemampuan aq n tahap kesibukan aq sekarang..maklumlah...2 minggu lagi aq kan amek exam pulak....aigooo....

korang doakan aq yer....22 Oct 2010 dan 2 Nov 2010...

haaa..berbalik tajuk entry aq....Imaginasi Yutaka Mushimura....haaa nih dia...cubalah baca, maybe korang x paham, tapi cuba kaitkan dgn picture yang aq boh kat bawah ek....




Pada suatu hari, ketika seorang pakcik di kampungku memandang satu banner yang berlogo kpdnkk, beliau sangat teruja. Mungkin saja di banner berkenaan terdapat beberapa jualan hasil tempatan dan yang membuatkan beliau lebih beria - ia mahu ke sana sebab adanya produk penawar sakit jantung. Ya, memang sudah lama pakcik ini melarat akibat sakit jantung yang berpanjangan.

Pernah jua pakcik ini menceritakan kejadian yang paling getir dalam hidupnya ketika beliau sedang meminum sup dalam keadaan hujan gerimis dikala senja bersamaku. Aku yang mendengar cerita ini, hampir sahaja terdiam mengenangkan kisah sejarah silam beliau. Sambil mengirup sup berkenaan, pakcik memulakan bicara.

Betulkah balasan janji palsumu di bawah lampu leon ketika dahulu? Di bawah lampu leon lah juga kau beri balasan yang bukan sepatutnya.

Aku termanggu.Adakah pakcik ini sedang merepek.Pasti bukan.Beliau sedang berbicara sambil memandang tepat ke wajahku. lalu, terus aku membalas dengan selambernya. Bukan di bawah lampu leon lah pakcik, lampu neon.Lampu neon.

Haaa.Kamu betul. Lampu neon. Pakcik terlupalah, maklumlah dah tua. Sebenarnya, pakcik masih teringatkan kisah cinta pakcik pada seorang yang sangat pakcik rindui. Yalah. masih ingatkah lagi janjimu padaku dulu.Pakcik sangat cinta dia dan bayang wajahmu sentiasa berada mekar dihatiku.Wahai cintaku. Pakcik acap kali ingin kau dendangkan lagu seperti selalu. Dari pintu kaca yang bermadu, ku bermohon bantulah diriku arah mana satu yang Engkau restui dan Engkau redhai moga saja ia dapat memecah rindu balik kaca untuk sekian lamanya. Amin.

Wahhh..pakcik sangat bermadahlah kali ini. Nampak sangat pakcik sedang mengenang masa lalu. Bukankah pakcik dah kahwin?

Yalah. Kadang - kadang tuh teringat gak kan.Alah biasalah. nanti, kalu kamu berumahtangga nanti, kamu tahulah. Bagus jugak pengalaman yang ada, boleh mematangkan diri sendiri. Sudahlah, kamu, aper citer terbaru pasal Sosilawati Lawiya kali nih? Sambil kami bersama menghirup sup menunggu waktu magrib....



Yang bold tuh aq x dapat cari...nih dalam lirik lagu gak....hollah..banyaknyer korang search lirik ek....

cerpen tuh aq reka base on ape keyword yang korang search ek....maybe cerpen nih ade sambungan base on edisi ke 2 lak...

Komen kalu x best. kalu best pon korang komenlah...mane tau aq leh jadi penulis novel lak.
~~hollah~~~

~~stay tune with aq ek....hehehhe~~

3 comments:

Anonymous said...

Interesting post you got here. I'd like to read more concerning that matter. The only thing that blog misses is a few pics of any gizmos.

Nickolas Watcerson
jammer cell

Amir Syahir said...

emm.

Yutaka Mushimura said...

ya...dimana perlu diperbaiki ek...hiro??

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...