Tuesday, July 4, 2017

Hai Melayu - Nukilan Sajak Dari Negarawan

kenapa picture ni....haaa..korang boleh pikir after baca sajak tu...
Assalamualaikum,

Tuan puan semua. lama x bersiaran dalam ni sebab banyak sangat menyelesaikan isu - isu dalaman, luaran, tengahan...semualah...hahhahaha

but, hari ini terlintas nak share satu lagi puitis syahdu nukilan Lagenda Negarawan Lama yang kian menyepi dari dunia kaca TV. nak tau x sapa???? jom layan terus nukilan beliau dibawah.

Selamat memahami.



HAI MELAYU

Hai Melayu...
Rumahmu semua dibina kontrak Indonesia,
Ekonomi pula dikuasi Cina,
Golongan profesional semuanya India,
Warung makan pun,
Mamak dan Siam yang berkuasa,
Bangla control cuci kereta,
Orang Nepal yang menjadi jaga,
Orang Pakistan usung karpet jaja merata,

Lalu melayu ada apa?
Harapkan Ustaz...
Saling menyesat,
Harapkan hiburan...
Lagi best filem barat,
Harapkan bahasa...
Banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan....
Jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah...
Banyak digadai kepada Korporat!!!

Hai Melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah orang atasan,
Konon perjuangan ini untuk kalian!
Kerja siket...Sembang kencang,
Banyak rungut....Siket rancang,
Siapa tegur...Dituduh lancang,
Duduk warung....Gigit kacang!

Hai Melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuba indah khabar,
Rentakmu makin lama kian hambar,
Kau Melayu aku pun Melayu,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa Melayu tak macam dulu...

Hai Melayu!
Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya,
Cuma yang kau tahu melaram bergaya.

Hai Melayu!
Kau melaung - laung di jalan raya,
Bagi tahu kepada dunia...ini bumi aku yang punya,
Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai Melayu!
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
Bila dah kaya kau jadi puaka,
Ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai Melayu!
Sedarlah bangsa ku,
Buka lah minda mu,
Bersatulah bangsa ku,
Kerana Malaya bukan lagi milik mu!
Aku pun Melayu,
Engkau pun Melayu,
Bodoh Sombong harus di tepis,
Riak, Bongkak dan Hasad Dengki
Sesama Bangsa harus guris,
Bersatulah Melayu kerana agama dan bangsa,
Moyang - moyang yang telah berjasa,
Kerana ini mungkin peluang terakhir,
Bangsaku untuk negara,
Berjasa dan Berkuasa...
Pedih menyengat...
Untuk muhasabah diri kita.

Jika tak nak berubah,
Betulkan yang biasa,
Biasakan yang betul.
Teruslah Jadi Melayu
Yang Layu Di Tanah Sendiri.

Nukilan Sajak : A.Samad Said.


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...