Wednesday, April 6, 2016

Tanggal Ke 4| Daya Merentasi Halangan


Mood berhikayat kembali, khas dari Pujangga Malam abad ke 10 Masihi,sudah lama tiada menulis akibat kebizian hamba. Maafkanlah kepada sesiapa yang sedang menunggu penulisan ini....hehehhe:)

Setelah sekian lamanya hamba menyepikan diri akibat dihentak seorang tua bongkok tiada dikenali itu pun terjaga bangkit sambil memegang kepala hamba yang siap dibaluti.




Tiada siapa yang berada disekeliling hamba hatta sekalipun makluk sekecil anai - anai jua tiada hamba jejaki.

Keadaan agak suram sepi dibalik purnama malam yang separuh bulat di angkasaraya telah membuatkan hamba semakin ingin merentasi halangan yang entah dari mana asal usulnya jua tiada hamba ketahui sejak dihentak beberapa hari entahkan minggu, mungkinkah tahun. 

Hendak hamba bangkit, kaki hamba bagaikan dicarik - carik mungkin jua si tua bongkok itu memukul kaki hamba ini. Arakian, selama dua purnama hamba terlantar di tempat ini tanpa sebarang makanan mahupun sebarang kudapan yang boleh hamba jadikan alas sementara mencari petunjuk agar dapat keluar dari tempat ini.

Adapun pada keesokkan suronya, hamba mendapat satu akal dimana hamba ternampak satu bebayang alis dibalik celahan - celahan dinding tempat berpapan kayu itu adanya suatu tanda keluar iaitu............. 

Sambungan akan datang. Mohon untuk menunggu ye....

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

2 comments:

mizzura said...

boleh compile jadi novel

Yutaka Mushimura said...

@mizzura

boleh jugak...tapi xdop ongkosnye....hahhahaks

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...