Wednesday, June 15, 2011

Preview Movie | X Men First Class

Salam,

kredit kat Yahoo Image

Hari nih, aku nak preview cerita X Men pulak. Sesaper yang gilerkan watak - watak X Men nih, haruslah gi tonton dan boleh tengok sejarah cerita Magneto dan Prof. Xavier camner jadi lumpuh. Aku tengok cerita nie dengan kawan aku Anuar dan Zam....tq guys...sebab join sekaki...hhahaks.

emmm..kisah bermula tahun 1962, dari takder pertubuhan X - Men, tapi banyak bercerita tentang Xavier masa muda, study sampai PHD jurusan Sains Mutation dan akhirnya dipanggil oleh FBI, CIA Amerika untuk memburu dan mengesan aktiviti Sebastian Shaw, Azazel, Riptile, dan Frost.

cerita pasal Magneto pulak, dia berasal dari Nazi camp, dan diasuh oleh Dr.Schmidt gunakan superpower. Dan, bila Magneto mula membesar, dia mula berdendam dengan Shaw. Akhirnya Magneto terpaksa bekerjasama dengan Prof. Xavier untuk tangkap Shaw dan kuncu - kuncunyer.

sebelum menjejaki Shaw dan kuncu - kuncunya, Xavier sempat mengumpulkan beberapa orang mutant lain seperti Beast, Darwin, Mystique, dan lain - lain.

so...nak tengok lanjutnya...sila tengok lat wayang...pada aku cerita nih penuh dengan aksi...marvelous...

p.s: Azazel berkahwin dengan Mystique, dan dapat anak Nightcwaler...ayah Cyclop pun ader tau....:)

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

5 comments:

taliff said...

dah tengok cerita tu....bolehlah....nak layan transformer nih!!!

Syuk Ry said...

citer ni best giler.. huhu..
film review : X-MEN First Class

Yutaka Mushimura said...

syuk: yer..betul..citer nih best...giler..

najmi^^ said...

meh2 tungu harry potter la..hoho

Yutaka Mushimura said...

najmi: betul..aku tunggu transformer, captain amerika, h.porter, semua comic punyer...hahahha:)

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...