Monday, March 14, 2011

Jual Ganja Secara Terbuka

Salam sayang,

Hari nih aku hampir kesibukan bizi - bizi seperti sediakala. Then, aku nak kasi tau kat korang aku bakal bergerak ke Kuantan Pahang. Ade sesiapa tak yang baca belog aku nih, yang memang menetap di Kuantan???sila angkat tangan, letakkan kedada sambil tarik nafas deep - deep, sambil mata pandang ke atas..okeh...:)

Haaaa...aku nampak korang....hahaha..yang angkat tangan dan letakkan ke dada sambil tarik nafas deep - deep tuh..sila komen di bawah untuk tindakan lanjut yang aku akan buat... okeh...:)

So..aper kaitannyer dengan jual Ganja nih....aigooo...tajuk tak menahan kan..buat kontroversi saja...hahhaha...

meh aku citer kat korang siket...boleh???still mau dengar ka cerita karut aku nih...sila rolled di bawah okeh...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kredit dari Yahoo Image

Inilah yang dikatakan sebagai Pokok Ganja..aku pun first time tengok....hahahha


Fakta pasal GANJA

Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan.
Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan. Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.


sebenarnyer, semenjak aku melayan cerita P. Ramlee, tajuk aper aku dah lupa pulak...aigooo...tuhlah, dok tulis dalam sms...dan draft punyerlah lama..sampai aku pun terlupa....ishhh...

sambung balik...dalam cerita P. Ramlee tuh ade babak menjual Ganja secara terbuka...huhuh...kelakar pulak aku tengok...tapi, babak tuh kejap jer...tak lama..just sebagai pelakon sampingan jer..jap..jap aku ingat balik....emmm..yang aku ingat, babak di kawasan terbuka dan kisah ala - ala arabic..tuh jer yang aku ingat...korang please check balik okeh...tolong ingatkan aku...na....di komen...kalu terjumpa...heheheh:)

dah..dah..itu jer yang aku nak hapdet...korang puas hati tak???

p.s : please jangan menjual Ganja secara terbuka...kalu secara tertutup pun jangan.....okeh...sebab aku tak mau ibu dan bapak korang menderita atas perbuatan anak - anak mereka.... 

Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

2 comments:

tiafazunia said...

ceh! buat tekejotttt je! grrr!

Yutaka Mushimura said...

tia ; aku sedang buat revision pasal ganja....hahhaha:)

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...