Monday, January 10, 2011

Muka Buku @ Facebook Akan Tutup 15 Mac 2011, Angkat Tangan, Letak Kat Kepala Dan Gengam Kepala Sendiri

Salam sayang,



Klik untuk jadi kanta besar

Angkat tangan, letak kat kepala dan gengam kepala.

oh My...oh My....
Omai...
Terkejut cipanzi aku mendengar khabar - khabar angin nie....FB nak tutup 15 March 2011 sebab Mark Zuckerberg ingin kembalikan kehidupan nya sendiri.....dengan kenyataan:

"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg. - petikan dari KOSMO

so...antara nasihat yang mungkin korang nak dengar dari tokey besar FB nie :

Kredit dari KOSMO - wajah Tokey FB: Mark Zurkerberg (27)

"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.

Kalu korang tanyer aku, aku memang xharap FB nie tutup 15 March 2011...baru je nak bermanja -manja dengan kawan - kawan lama, kawan baru....sudah nak ditutup.....camne kalu kawan -kawan kiter nanti tukar HP, HP masuk air, HP terjun lombong...dok asyik2 mengharap HP jer....kalu ade FB kan senang....xyah risau2...

nak pembacaan lengkap, klik SINI, Suratkhabar Kosmo

p.s: so far, aku da join Twit - twit si burung biru.....korang join lah aku ek...klik kat atas belah kanan korang, atas iklan lip - lap, lip lap anak mami.....

p.s : mungkin jugak Tokey FB nie, saja ja nak wat promosi kasi ramai pengunjung yang datang kan....hehhe...pandai giler gak strategik nie....nama Strategi Perniagaan nie boleh dipanggil Indirect Approach...

Kalau suka, boleh Like:)

9 comments:

bunga_rose said...

alah, tak mungkin laa..

tp klu btl pun, tak kisahhh hahaahah

Yutaka Mushimura said...

yer ker x kisah???

abes camner nak contact teman tapi mesra yang lama -lama??

huhuhu...

:)

Muttallif said...

dah dipublish dah kt internet, tu citer tipu je....gheee ghee

AJ said...

kisah tipu tu..mana mungkin dia lepaskan one of the most reputable business in the world

Seimura said...

bAgos jugak FB ni tutup. keh keh keh.

p/s: aku dah deactivated FB seminggu yang lalu. hoho.

Yutaka Mushimura said...

talif: kah3x..aku pon xcayer sebenarnyer..tuh marketing stategik beb...rujuk Art Of War

Yutaka Mushimura said...

eriqazz: mak ai..ade blogger otai..komen..tq.tq..

emm..betul tuh setujuk..tuh market stategik jer..kui3xx...

Yutaka Mushimura said...

seimura: hhaha..cepat ko bertindak..syabas..

kui3x

Yutaka Mushimura said...

tenangsudey: hahah..kan sy da kater..tuh hanyer taktik n strategi perniagaan jer.

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...