Monday, August 23, 2010

Jualan Oleh KPDNKK



Salam 1 Ramadhan,

Mai sini jualan - jualan untuk korang serbu...asyik gi SOGO ja...Midvelly jaa...Borink tauuuu.... :P (wekkkk!!!)

Korang minat shopping kan???kan???kann???

Emm. kebetulan aq dapat info best punyer lah, meh pakat pi serbu tempat tuh ramai - ramai....untung2 aq leh la jumpe korang secara live gitu...

~~heheheh~~

nih la info nyehhh....



Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli BarangRaya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 25 Ogos hingga 29 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)

Masa : 10 pagi hingga 10 malam

Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)

korang nak tau, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Nike, Adidas, New Balance, Decellini, Arnold Palmer, Van Heusen, Polo Club, Snails, Jeep, Bebe Homes, Colours, Polka Dots, Disney Pooh, Baby looney Tunes, Panasonic, Bill Keith, Camel, Larrie, Crocodile, Nokia, Samsung, Nikon, Sony dan banyak lagi.

Pasal harga.....aq x tau lah..korang gi lah tgk. pi borong berbondong2 sampai muntah kereta korang tuh....

~~aq nasihatkan pi sewa PICKUP ka, Van kan, x pon lori sayur~~~

~~hohohohoho~~~

~~selamat berbelanja sakan~~



2 comments:

wawa said...

wah..best nie...
teruja gitu

Yutaka Mushimura said...

hehheheeh...jom jumpa di sana di sana di saaaannnnaaaa!!!!

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...