Monday, June 20, 2011

Cerita Lawak Part 3

Salam,

Hari nih nak continue lagi cerita lawak.....okeh...kalu dah baca yang nie..korang tunggu arr part 4 pulak...okeh..

let move on.....dikreditkan dari kawan opis aku...:)

racun

Ahmad Kassim dah berumur 47 tahun tapi masih belum kawin.Tapi bila dah nak jadi jodoh,berkahwin lah ahmad kassim dengan rosnah yan berumur 25 tahun.Tetapi bila jer malam pertama rosnah terus meninggal dunia.


Setelah habih edah(lelaki mana ada edah) Ahmad bernikah plak dengan salmah yang berumur 19 tahun.Macam tu jugak jadinya salmah meninggal sebaik azan subuh malam pertama. Ahmad dengan sedihnyer pegi berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan. Doktor telah memberitahu ahmad yang benih nya dah expired dan bertukar menjadi racun akibat lama tak digunakan..kuang..kuang..kuang..
p/s : jgn simpan air lama²..nanti jd racun lak .


Tingkap Pecah

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”

Hilang Duit
Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.Guru : "Kenapa menangis?"Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."Guru : "??!!!"


Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Ajoi pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : “Ajoi, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengerjakan kebun nenek…”

Ajoi : “Jangan cakap macam tu, nek…” (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung… dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : “Semua yang ada di kebun nenek, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa siram tiap-tiap hari tanaman nenek.”

Ajoi : “Baik nek, nenek jangan bimbang tentang perkara itu… Tapi dimana kebun nenek? Ajoi tak pernah tahu pun..”
Nenek : “Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.”

Ajoi : “%$^&^%$”

Wasiat Nenek Ani

Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospit! al kerana sakit jantung, ... .

Keadaannya semakin ari semakin t eruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut

Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara ! mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah... ... ... ... .

"Din, ... . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu"


Kalau suka, boleh Like:) Kalau minat, boleh Komen:)

0 comments:

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...