Friday, August 27, 2010

Tudung Oh Tudung...Kamo Memang Cantik.



Salam ramadhan,

Korang da beli baju raya???tudung raya??aq rase dah kot....xper yang penting korang happy. Ceriakan hidup korang semahu - mahunya.

~~hehehehhe~~

Ni adalah kredit dari my office mate. Dia x de belog, kalu x da lame aq promote belog dia dlm nih...Ape - ape pon, terima kasih kt diorng semua.


memang berbaloi untuk di share - sahrekan bersama...

~~sharing is caring~~

ISU PENTING : FESYEN TUDUNG BERSANGGUL...

Saya rasa.. amat penting untuk saya kongsikan satu perkara ni.. Act, saya baru jer tau ttg perkara ni. Kalau kita semua perasan sekarang, fesyen bertudung bersanggul sangat2 femes sekarang. Saya tengok, majoriti yang bertudung, especially y pakai shawl...msti akan mengayakan tudung y dipakainya dalam keadaan bersanggul.

Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dlm pic diatas. Memakai tudung y menampakkn bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan kawan2 semua . Renungkanlah hadith2 dibawah :

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
KOMEN :

Sama2lah kita sebarkan isu ini.. Agar ianya dapat memberi kesedaran utk diri saya & kita semua.

Many Thanks & Salam,

Dzul Yadaini Bin Muhamad

Muhammed Zaid Mohd Karim


7 comments:

Anonymous said...

Brilliant blog, I hadn't noticed risingsunawakenmoon.blogspot.com before in my searches!
Carry on the good work!

Bella Enveeus said...

oh yes, penting perkara ini.. dan dengan adanya banyak blog yang menulis benda ni, ramai org yg boleh diselamatkan dr kekeliruan or terus menerus membuat kesilapan.. :)

Yutaka Mushimura said...

betul..betul..betul..

~~hope fully leh kurangkan gejala salah faham tuh~~

MisZ Aien said...

Setuju ngan awak//
lau snggul x tinggi xsah eh...

Yutaka Mushimura said...

awk..sy rasekan ....selagi xnampak cam bonggol unta kat kepala..ok kot..

hehhe......:)

ape kater awk tanyer pada yang lagi arif untuk kepastian.

MisZ Aien said...

Ye kot...sebab ye la rambut pompuan kan panjang. saya sndiri pun bersanggul juga..

pernah dengar pasal Dr asri cakap pasal ni..cuba la tengok2... banyak fatwa pasal ni kan awak...

Yutaka Mushimura said...

ha.aa...setuju dak dgn awk....hehhehe

~~Kenyataan Bertulis~~

Blog kepunyaan Yutaka Mushimura atau RisingSunAwakenMoon.blogspot.com adalah blog peribadi. Semua entri yang dihasilkan adalah berkisarkan kepada pendapat peribadi semata-mata sahaja. Blog ini juga mengandungi maklumat yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan sahaja di masa tua tuan empunya blog serta akan diabadikan sehingga ke anak cucu. Sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak dari maklumat dalam blog ini. Mohon untuk pastikan pengunjung blog ini berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini sebab pemilik blog tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas segala komen-komen yang diberikan oleh pengunjung. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengunjung itu sendiri. Pemilik blog juga tidak menjamin ketepatan maklumat yang dipautkan dalam mana-mana entri.

Pemilik belog ini juga berhak untuk diberikan kredit sekiranya terdapat plagiat dari mana - mana entri yang telah dijadikan rujukan dengan izin. Segala aktiviti plagiat yang dirujuk tanpa keizinan adalah dilarang sama sekali.

Sekian terima kasih. Kredit untuk Jardness.com atas kenyataan di atas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...