Weiiiyuuuu...
Salam kat korang semua.
Hari ni, aku seperti biasa. Berada di opis, sambil buat kerja, sambil menaip belog. Hope kehidupan cam nih boleh aku teruskan sampai lah aku dapat Master 2 tahun lagi.
~~sabar..x lama lagi tuh aku ke menara gading~~
~~~Hehehehehehe~~~
Kalu girlz dapat Master, pergggg...Giler melambung la Mas Kahwin diorang. Plus dengan extra bunga - bunga, extra itu, etra ini.....
~~~Aigoooo....~~~
Terus aku bertambah sakit kepala.....padahal, x de kene mengena pon kes diatas...saja ja buat sebab.
Aku nak share dengan korang, semalam dan hari ini aku masih merasa sakit kepala tahap GABAN nih....
Kat bawah nih, aku share dengan korang info pasal sakit kepala, dan cara -cara merawatinya.

Sakit kepala ialah rasa sakit dalam kepala. Ia merupakan masalah kesihatan yang paling lazim berlaku dan paling banyak jenisnya. |
|
Jenis-jenis sakit kepala dan ciri-cirinya: |
|
1. Sakit kepala disebabkan ketegangan: |
Sakit jenis ini biasanya dirasai di belakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja. Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari hingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukannya mungkin berubah-ubah. Menyerang pada bila-bila masa. Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu 'Ikatan kuat' yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.
|
2. Sakit Kepala Migrain: |
Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas. Sakit dirasai di sebelah bahagian kepala sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala. Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama. Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan. Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari. Sakit yang mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alkohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga boleh berlaku semasa haid. Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap migrain.
|
3. Sakit kepala yang bertumpu (cluster headaches): |
Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migrain tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita. Sakitnya hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi di belakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama. Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam. Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan. Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.
|
njagaan sendiri untuk mengawal sakit kepala anda: |
Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan cuba elakkannya. Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan sakit kepala. Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot yang tegang. Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit kepala anda. Berehat - Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas panjang-panjang dengan perlahan-lahan. Mandi Tutup mata anda dengan kain basah.
|
Haaa....ade dia kate nak telan PANADOL ker aper.....pada aku, makan panadol nih untuk tahan sakit jerr...dah.dah.pasnih x mau aku telan PANADOL.
~~padahal terang lagi bersuluh suruh telan ubat tahan sakit~~
~~bila nak baik daaaa.....~~
~~HEHEHEHEHE~~
~~Abisla Syarikat Panadol Pasni, Gulung Tikar~~
3 comments:
lah sakit kepala ke..
arini sakit lagi ke??
ade lah sakit siket...ingat nak amek MC jer..tp rase rugi lak...
~~bek simpan untuk cuti RAYA AIDILFITRI~~
~~~hehehehe~~~
trimas kasih daun keladi...
Armouris - picture kete ferrari merah..
~~hidung sumbat sok2 harap tiada lagi...
Post a Comment